CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Warga Asing Beli MyKad Palsu RM300 Mohon Kerja, Kalau Nak Jimat Boleh Sewa RM50

15-5-2026 10:33 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1235| Komen: 21

 


Beli MyKad palsu RM300 atau sewa daripada warga tempatan pada harga serendah RM50 untuk memohon pekerjaan secara ‘sah’ di negara ini.

Taktik warga asing itu terbongkar selepas dua gudang pakaian di Shah Alam digempur Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bersama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Jabatan Tenaga Kerja (JTK), hari ini.

Seorang wanita warga Indonesia berusia 28 tahun mengaku menggunakan MyKad palsu yang dibelinya pada harga RM300 untuk bekerja di gudang berkenaan sejak tiga tahun lalu.

Wanita asal Lombok itu mendakwa sudah lapan tahun berada di Malaysia selepas masuk menggunakan pasport sebelum dokumen berkenaan diambil ejen pekerjaan.

“MyKad palsu tersebut diperoleh menerusi seorang kenalan di Klang yang dipercayai bertindak sebagai orang tengah.

“Dia yang uruskan dan hantar kad itu. Saya bayar RM300 sahaja,” katanya dalam laporan Sinar Harian.

Wanita itu mendakwa tidak mengetahui siapa dalang sebenar yang menghasilkan dokumen palsu tersebut, namun mengesyaki individu berkenaan berasal dari Sabah.

Seorang lagi lelaki warga Indonesia berusia 30-an turut mengaku terpaksa menggunakan MyKad palsu selepas mendakwa ditipu ejen pekerjaan sehingga kerugian kira-kira RM7,000.

Katanya, dia meminta wang daripada keluarganya di Medan, Indonesia bagi membeli MyKad palsu pada harga sekitar RM400 supaya dapat terus tinggal di Malaysia dan mencari kerja.

“Ada kawan beritahu kalau mahu kerja boleh buat cara ini. Sebab saya terpaksa mahu kerja, jadi saya buat sahaja,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JPN Putrajaya, Mazhad Abd Aziz berkata, kesemua warga asing terbabit ditahan kerana disyaki menggunakan MyKad palsu dan MyKad milik individu lain bagi mendapatkan pekerjaan.

Menurutnya, seramai 26 individu ditahan terdiri daripada 20 wanita dan enam lelaki yang hasil pemeriksaan awal mendapati semuanya warga Indonesia.

Katanya, siasatan awal juga mendapati beberapa individu menyewakan MyKad milik orang lain pada harga serendah RM50 bagi tujuan permohonan pekerjaan menerusi syarikat sumber manusia.

“Kesemuanya akan disiasat di bawah Peraturan 25(1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990,” katanya.

Sumber: Rotikaya


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote silance 15-5-2026 10:41 AM
Seorang lagi lelaki warga Indonesia berusia 30-an turut mengaku terpaksa menggunakan MyKad palsu selepas mendakwa ditipu ejen pekerjaan sehingga kerugian kira-kira RM7,000.
Katanya, dia meminta wang daripada keluarganya di Medan, Indonesia bagi membeli MyKad palsu pada harga sekitar RM400 supaya dapat terus tinggal di Malaysia dan mencari kerja.
Wow, sedihnya baca. Macam cerpen.
Anyway logiclah pinjam ic face cut tak lari jauh. Kalu bangla totok muka tak match.  Anyway lagi, semua bodoh lah dalam cerita ni.
Quote TTun_Teja 15-5-2026 10:48 AM
Knpa la teruk sgt safety ngra kita..
Undang2 lemah..rasuah bermaharajalela
Hrta dan hak milik ngra tergadai begitu saja..
Quote prettyuglybabe 15-5-2026 10:53 AM
patut kena panggil jugak id asal mykad yang dorang guna tu untuk siasatan..
macam mana info id mereka boleh digunakan oleh orang lain..
Quote mejaputih 15-5-2026 10:54 AM
agaknya pasni kena buat thumbprint. tp i believe majikan takde nk check pun.
Quote FOTHER-MUCKER 15-5-2026 11:27 AM
Beberpa minggu lepas seorang warga indonesia melahirkan anak menggunakan ic warga Malaysia di hospital kerajaan. Mungkin dia sewa 50 ringgit

Balayage lah ic boleh dijual beli dan di sewa.
Quote FOTHER-MUCKER 15-5-2026 11:31 AM
mejaputih replied at 14-5-2026 06:54 PM
agaknya pasni kena buat thumbprint. tp i believe majikan takde nk check pun.

Sepatutnya kerajaan kena kuatkuasakan segala urusan mesti kena buat thumbprint baru sah. Tapi menteri berkenaan pun bodoh.
Quote FOTHER-MUCKER 15-5-2026 11:58 AM
Edited by FOTHER-MUCKER at 14-5-2026 08:00 PM



Lebih baik pendatang haram jangan di jauhi hukuman penjara tapi kenakan hukuman sebat dan hantar pulang ke negara asal dengan secepat mungkin.



Kos tahanan warga asing RM1.87 juta sehari

ZAKARIA SHAABAN


  • Oleh MASZUREEN HADZMAN
  • 15 Mei 2026, 6:30 am


Share on facebook

Share on twitter

Share on whatsapp

Share on email

Share on telegram


PETALING JAYA: Kerajaan membelanjakan kira-kira RM1.87 juta sehari bagi menampung 20,775 tahanan warga asing yang ditempatkan di depot imigresen di seluruh negara, berdasarkan kos sekitar RM90 seorang sehari. Data Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menunjukkan jumlah tahanan terus meningkat sejak 2023, iaitu daripada 12,092 orang kepada 15,917 pada 2024 diikuti 18,961 (2025) dan 20,775 (setakat 31 Mac lalu). Daripada jumlah terkini itu, seramai 16,642 adalah lelaki manakala 4,133 wanita dengan kesemua…






Share on facebook

Share on twitter

Share on whatsapp

Share on email

Share on telegraPETALING JAYA: Kerajaan membelanjakan kira-kira RM1.87 juta sehari bagi menampung 20,775 tahanan warga asing yang ditempatkan di depot imigresen di seluruh negara, berdasarkan kos sekitar RM90 seorang sehari. Data Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menunjukkan jumlah tahanan terus meningkat sejak 2023, iaitu daripada 12,092 orang kepada 15,917 pada 2024 diikuti 18,961 (2025) dan 20,775 (setakat 31 Mac lalu). Daripada jumlah terkini itu, seramai 16,642 adalah lelaki manakala 4,133 wanita







Quote Gianna111 15-5-2026 11:59 AM
dulu ada indo ni orang selalu kata muka dia iras iras muka one of our acik general worker kat tempat kerja i dulu. sampai satu tahap indon ni kata dia nak tengok IC acik ni. memang beriya nak tengok.. sampai satu masa tu dia bisik bisik kat acik ni..leh tak dia nk duplicate ic. tak ada socso kwsp tetap masuk kat ic acik ni...alah alah alah.tu je jaminan dia kat acik ni..
Quote cmf_honeysweet 15-5-2026 12:17 PM
Siasat lah juga tempat mereka ni bekerja... ic palsu pun.. takkan lah tak tau... nampak sangat menipunya... gaji bayar cash ke apa... x logik langsung... mesti diorng pun mmg cari PATI sbb nk bayar murah juga
Quote FOTHER-MUCKER 15-5-2026 12:48 PM

Memang tidak takut ditangkap rasuah. Terus ke 15:34
[youtube]dMQLLqiaWo4[/youtube]
https://m.youtube.com/watch?v=dMQLLqiaWo4&ra=m





Quote mejaputih 15-5-2026 12:51 PM
FOTHER-MUCKER replied at 15-5-2026 11:31 AM
Sepatutnya kerajaan kena kuatkuasakan segala urusan mesti kena buat thumbprint baru sah. Tapi ment ...

ye takde enforcement..jadinya majikan ikut suka ati asal nmpk ada IC kira pass, walaupun hakikatnya tu adalah IC pelesu.
Quote Purestteam1 15-5-2026 03:11 PM
dapat budi tak tu..haha...
Quote Skuau 15-5-2026 03:14 PM
IQ Sapa lebih rendah....sapa yang lebih bodoh lagi diperbodohkan????
Quote silance 15-5-2026 05:59 PM
PETALING JAYA: Kerajaan membelanjakan kira-kira RM1.87 juta sehari bagi menampung 20,775 tahanan warga asing yang ditempatkan di depot imigresen di seluruh negara, berdasarkan kos sekitar RM90 seorang sehari. Data Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menunjukkan jumlah tahanan terus meningkat...

- Rakyat ada ic setaun SARA 100 one off. Pati-pati celaka laknat perompak subsidi 365 hari sudah kena tangkap belanja RM90 sehari pula.
Inikah yang pengundi mau? Penat undi beratur berhujan berpanas harung banjir pun ada, hasilnya bagi RM90 sehari sekor pati laknat. Ada banyak logo pun sama saja.
Quote Skuau 15-5-2026 07:08 PM
silance replied at 15-5-2026 05:59 PM
PETALING JAYA: Kerajaan membelanjakan kira-kira RM1.87 juta sehari bagi menampung 20,775 tahanan war ...

"Kjaan libih sayang sama kita worang la kaka..nanti tolong kita undi ini macam gomen lagi la"-Bangla
Quote gigahertz 16-5-2026 12:09 AM
silance replied at 15-5-2026 02:41 AM
Seorang lagi lelaki warga Indonesia berusia 30-an turut mengaku terpaksa menggunakan MyKad palsu sel ...

question : No IC 4 kat belakang tu rembat siapa punya
Quote gigahertz 16-5-2026 12:11 AM
silance replied at 15-5-2026 09:59 AM
PETALING JAYA: Kerajaan membelanjakan kira-kira RM1.87 juta sehari bagi menampung 20,775 tahanan war ...

Punca subsidi makin membesar sebab PATI ni la.
Najib buat GST . pati tak terkecuali.
bila dah di mansuh.. pati pati ni happy.
Quote silance 16-5-2026 02:19 AM
gigahertz replied at 16-5-2026 12:09 AM
question : No IC 4 kat belakang tu rembat siapa punya

Ntah. Nama pun ic pelesu. Asal ada nombo la kot.
Quote kelip2_07 21-5-2026 03:11 PM
xke bodoh..pkai yg epelsu pn ttp kena tgkp..jd ko igt blh lps?muka ngan gmbr ic tu ko nk kata satu gmbr ms umur 12 taun??

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-7-2026 09:32 PM GMT+8 , Processed in 0.069966 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top