CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis buru lelaki warga asing peluk, cium dan cubaab culik pelajar di sekolah

14-5-2026 04:29 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 907| Komen: 13

 



Arau: Polis memburu seorang lelaki warga asing bagi membantu siasatan insiden tular membabitkan dakwaan cubaan culik dan gangguan fizikal terhadap murid sekolah di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada pengadu berusia 41 tahun pada jam 1 tengah hari, hari ini.

Beliau berkata, ketika kejadian pada jam 5.45 petang semalam, pengadu bersama isterinya sedang melatih pelajar kelas silat di padang sekolah rendah berkenaan.

"Pengadu mendapati seorang lelaki warga asing masuk ke pekarangan sekolah melalui pintu pagar belakang dan terus menuju ke kawasan padang tempat mereka berlatih.

"Suspek kemudian bertindak memegang, mengangkat serta mencium beberapa murid lelaki tanpa sebab yang munasabah," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Mohsin berkata, pengadu yang curiga dan bimbang suspek mempunyai niat buruk segera menghalang perbuatan lelaki terbabit.

Katanya, pengadu bertindak mengarahkan suspek beredar dari kawasan itu sebelum dibantu pengawal keselamatan sekolah yang tiba untuk mengusirnya dengan segera.

"Suspek terus beredar meninggalkan kawasan sekolah dan melarikan diri menuju ke kawasan hutan berdekatan.

"Pengadu juga memaklumkan bahawa suspek didapati tidak mahir menggunakan bahasa Melayu, sebaliknya hanya bercakap dalam bahasa Thailand," katanya.

Susulan kejadian itu, beliau berkata, polis sudah berjumpa bersama pihak sekolah bagi mengesahkan insiden berkenaan.

Katanya, pihak sekolah memaklumkan mereka sudah berbincang bersama pengadu dan menasihatkan dia membuat laporan polis demi keselamatan murid lain.

"Laporan itu kini dirujuk kepada Pegawai Penyiasat Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau, dan usaha sedang giat dijalankan bagi mengesan suspek terbabit," katanya.

Sumber : Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote eyansss 14-5-2026 04:54 PM
yang pi halau kenapa...  patutnya detain sampai polis datang
Quote Raline 14-5-2026 05:14 PM
tak vangla rohingya tak pun paki..
Quote TomyamPuteh 14-5-2026 06:29 PM
Tak baca habis ke?kan polis dh bgtau dia cakap Bahasa Thai.Mesti la org Thai
Quote silance 14-5-2026 07:17 PM
Yeeeeaaaayeee. Horey horey.

Facebook, YT, berita MSN, Cari forum semua cerita onar warga asing. Inilah yang kita mau muhibah sejak zaman dulu kala kini dan selamanya.
Feed us more with this kind of news. We dont to become a frog under the coconut shell. Elevate yourself.
Quote Skuau 14-5-2026 08:01 PM
takkan 1 warga asing buat onar....semua nak antar balik-decaf
Quote Decaffeinated 14-5-2026 10:27 PM
"Suspek kemudian bertindak memegang, mengangkat serta mencium beberapa murid lelaki tanpa sebab yang munasabah,"

ada ka sebab yang munasabah
Quote Decaffeinated 14-5-2026 10:27 PM
Skuau replied at 14-5-2026 08:01 PM
takkan 1 warga asing buat onar....semua nak antar balik-decaf

dah tu, nak hantar balik semua sekali termasuk mak ko nanti siapa nak cuci toilet?

Quote Blu3butter 14-5-2026 10:48 PM
Ler halau wat pe... Patutnya kutau seligi kasih rapat tanah pastu call poyish. Ni dah satu kerja nak gi cari kot tak naya budak lain pula
Quote che-cikL 15-5-2026 01:43 AM
Raline replied at 14-5-2026 05:14 PM
tak vangla rohingya tak pun paki..

Laaaa... Dah bertahun masih duk kelas belakang budak2 buka thread Cari. Tu lah dari dulu buka thread rupanya membaca pun tak reti digest... Ke langsung tak reti baca?
Quote supernaturalee 15-5-2026 08:55 AM
igtkn kena kt bdk perempuan

rupanya dak jantan

yihhhhhhh



Quote rosa_canina 15-5-2026 02:27 PM
lorr kata cikgu silat.. ptut nmpk dia buat tak senonoh terus debik je..
sempat lg halau plk..
Quote A-Are 15-5-2026 03:20 PM
agaknya xsihat mental kot suspek ni...
Quote MarryPottet 15-5-2026 03:20 PM
rosa_canina replied at 15-5-2026 02:27 PM
lorr kata cikgu silat.. ptut nmpk dia buat tak senonoh terus debik je..
sempat lg halau plk..

Budak2 tu pulak katanya tengah berlatih silat
Logiknya bila ada stranger angkat, cium & raba, sepatutnya automatik tindakan refleks akan terus meronta, bukak bunga silat utk pertahanan diri
Macam kes budak hampir diculik dlm perjalanan balik dr tuisyen tu, yg berusaha keras menyelamatkan diri & Alhamdulillah selamat dia dari kena culik
Jurulatih tu ajar silat pasif ke apa?
Patut kena pecat je jurulatih tu sebab terbukti gagal

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-7-2026 09:45 PM GMT+8 , Processed in 0.152253 second(s), 44 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top