CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bakal pengantin ditangkap berkhalwat, lelaki panjat siling elak dicekup

13-5-2026 06:00 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1203| Komen: 15

 


Johor Bahru: Mendakwa bakal berkahwin beberapa minggu lagi, namun alasan itu tidak dapat menyelamatkan seorang lelaki dan wanita berusia 20-an daripada ditahan atas kesalahan berkhalwat.

Malah, ketika serbuan dibuat, lelaki bujang itu ditemukan bersembunyi di atas siling rumah dipercayai untuk menyelamatkan diri sebaik menyedari kehadiran penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).

JAINJ dalam satu kenyataan berkata, pihaknya bertindak menyerbu sebuah rumah teres dua tingkat di sebuah taman perumahan dekat daerah ini pada jam 2.30 pagi tadi.

"Seorang wanita berbaju 'kelawar' membuka pintu rumah dan terdapat seorang nenek tidur di atas katil dekat ruang tamu.

"Wanita itu mendakwa hanya dia dan neneknya sahaja di dalam rumah tanpa orang lain, namun pemeriksaan menemukan telefon dan dompet milik lelaki menyebabkan penguat kuasa mengesyaki ada orang lain di rumah berkenaan," katanya dalam kenyataannya, hari ini.

Menurut JAINJ, penguat kuasa membuat keputusan memanjat siling rumah untuk pemeriksaan sebelum menemukan seorang lelaki mencangkung dan berpaut di kayu galang siling.

"Penguat kuasa mengarahkan lelaki itu turun dan hasil soal siasat mendapati pasangan berkenaan bukan suami isteri.

"Kedua-dua mereka masih bujang dengan lelaki itu bekerja di daerah ini, manakala wanita berniaga atas talian dan sambilan dari rumah," katanya.

JAINJ berkata, hasil siasatan, pasangan ini akan bernikah beberapa minggu lagi dan urusan di pejabat kadi sudah selesai.

Bagaimanapun, katanya, pasangan ini ditangkap khalwat mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Johor) 1997.


Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kemaruk 13-5-2026 06:03 PM
Baju kelawar tu baju batman ke

Fetish cosplay ke
Quote ninja boy 13-5-2026 10:41 PM
Edited by ninja boy at 14-5-2026 12:42 AM

Korang ada bini tahu baju kelawar kain batik tudung bawal baju mengandung
Quote Decaffeinated 14-5-2026 08:06 AM
Nenek tu kira berkhalwat sekali ka?
Quote kotakbaju 14-5-2026 09:16 AM
Ada orang buat report ke? Takkan sesaja nak pi serbu umah orang pulak
Quote misszazaz 14-5-2026 09:57 AM
hhhrrrmmmm
Quote hart_attack 14-5-2026 10:03 AM
kotakbaju replied at 14-5-2026 09:16 AM
Ada orang buat report ke? Takkan sesaja nak pi serbu umah orang pulak

ada la tu,kebetulan nenek ada. biasa x de org kot atau pun org x tau yg mmg nenek ada dlm umah tu
Quote supernaturalee 14-5-2026 10:11 AM
tak menyempat2


JAINJ berkata, hasil siasatan, pasangan ini akan bernikah beberapa minggu lagi dan urusan di pejabat kadi sudah selesai.



sok majlis sure jadi bahan ketawa


Quote seri_mawr 14-5-2026 10:25 AM
klu dia duduk sekali dekat ruang tamu....mcm tgh sembang... or dia tidur dekat ruang tamu mcm teman nenek...perempuan tu dlm bilik...  ni klu JAINJ dtg makanya dia kena tangkap khalwat dgn nenek tu ke..?
Quote kotakbaju 14-5-2026 11:19 AM
hart_attack replied at 14-5-2026 10:03 AM
ada la tu,kebetulan nenek ada. biasa x de org kot atau pun org x tau yg mmg nenek ada dlm umah tu

Kadang tu susah juga kalau tukang report main report je tak selidik dulu citer sebenar.
Quote Jitu 14-5-2026 04:25 PM
seri_mawr replied at 14-5-2026 10:25 AM
klu dia duduk sekali dekat ruang tamu....mcm tgh sembang... or dia tidur dekat ruang tamu mcm teman  ...

sbb tu agama kita dah ajar elakkan sesuatu yg blh timbulkan fitnah

contoh walaupun kita cuma niat nak ziarah nenek
tp kita takde apa2 hubungan mahram dgn dia
jgn la masuk dlm rmh
sembang je kat luar

mcm dlm kes ni mmg jelas la dia bkn nak jumpa nenek tp nak merendek
Quote hart_attack 14-5-2026 04:34 PM
kotakbaju replied at 14-5-2026 11:19 AM
Kadang tu susah juga kalau tukang report main report je tak selidik dulu citer sebenar.

itu la,skang byk juga kes tangkap khalwat ni. Tiap minggu mesti je ada. Ntah la. Tukang report ramai kot ????
Quote eyansss 14-5-2026 05:10 PM
patutnya wat lek je la sebab nenek ada...  cakap la nak ziarah pastu minta maaf sebab taktau tetap jadi kesalahan walau ada orang ketiga...  ni ko panjat siling, memang mendapat la...
Quote seri_mawr 14-5-2026 05:36 PM
eyansss replied at 14-5-2026 05:10 PM
patutnya wat lek je la sebab nenek ada...  cakap la nak ziarah pastu minta maaf sebab taktau tetap j ...

x jalan ni...
kena angkut jua ke pejabat agama...

pernah jadi...
mak mertua ada..arwah pak mertua ada....
adik ipar perempuan ada...
pastu ada sorang lagi adik ipar and tunang dia...

adik ipar & tunang dia kena angkut ke pejabat agama...
x memasal iouls dgn husband kena pi pejabat agama.. lambat tau nak buleh lepas...mcm2 soalan husband iouls kena jawab masa tu...

sbb ada org report kata ada khalwat. tapi tulah peliknya..dia x angkut pulak adik ipar iouls yg sorang lagi tu...huhu...

Quote eyansss 14-5-2026 05:55 PM
seri_mawr replied at 14-5-2026 05:36 PM
x jalan ni...
kena angkut jua ke pejabat agama...

aiks, takkan ramai gila berjemaah dalam rumah pun tetap kena...  pelik...  and yes, kenapa satu lagi pasangan tak kena pula...  
Quote seri_mawr 15-5-2026 09:42 AM
eyansss replied at 14-5-2026 05:55 PM
aiks, takkan ramai gila berjemaah dalam rumah pun tetap kena...  pelik...  and yes, kenapa satu la ...

adik perempuan sorang lg xde pasangan....
mak and arwah ayah mertua ada...

itu lah kepelikan berlaku...huhu...

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2026 03:06 AM GMT+8 , Processed in 0.387873 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top