CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

RTM hentikan semua siaran di Astro mulai 1 Julai ini selepas hampir 30 tahun kerjasama

13-5-2026 05:32 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5102| Komen: 92

 



KUALA LUMPUR: Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menghentikan perkhidmatan siaran saluran-salurannya di platform satelit Astro bermula 1 Julai ini selepas hampir 30 tahun kerjasama.

Dalam satu pekeliling bertarikh 11 Mei, RTM memaklumkan kedua-dua pihak ketika ini berdepan kesukaran untuk 'mencapai persetujuan harga' dan kontrak yang memenuhi keperluan serta kemampuan kewangan masing-masing.

"Selepas bertahun-tahun menjalinkan kerjasama dan rundingan berterusan berkaitan kos serta kadar sewaan bagi perkhidmatan ini, adalah sukar ketika ini untuk mencapai persetujuan harga dan kontrak yang memenuhi keperluan serta kemampuan kewangan kedua-dua pihak.

"Sehubungan itu, RTM memutuskan untuk menamatkan perkhidmatan penyiaran saluran RTM iaitu TV1-HD, TV2-HD dan Okey di platform satelit ASTRO serta platform 'over-the-top' (OTT) yang dikendalikan. Penamatan ini akan berkuat kuasa pada 1 Julai 2026," katanya.

RTM telah bekerjasama dengan Astro dalam penyiaran saluran TV1 dan TV2 sejak 1996, manakala saluran Okey yang sebelum ini dikenali sebagai Muzik Aktif dan TVi, sejak 2009.

RTM turut memaklumkan bahawa kerjasama dengan Astro melibatkan beberapa penerbitan usaha sama dan memberi impak positif kepada penonton kedua-dua pihak.

"Apabila kos sewaan saluran terus meningkat dan beban kewangan RTM untuk menyewa saluran ini menjadi semakin berat, adalah lebih wajar untuk kami menamatkan perkhidmatan ini agar tidak terus dibebani kos yang sukar dikawal," katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kemaruk 13-5-2026 05:35 PM
Ada kaitan dengan siaran piala dunia tak?
Quote alesandra 13-5-2026 05:51 PM
Edited by alesandra at 13-5-2026 05:53 PM

Mmg betul2 melingkup ke astrok pasni?adakah ianya bener2 jadi kenyataan?hbo dahxde, rights utk wcup pun hilang.harapkan epl, europe.apa jela yg tinggal? pastu yg ganti hbo tu pun sedehhhh betul aku tgk
Quote alesandra 13-5-2026 05:54 PM
kemaruk replied at 13-5-2026 05:35 PM
Ada kaitan dengan siaran piala dunia tak?

Takde.monopoli telah berakhir....unifi take over
Quote seri_mawr 13-5-2026 05:56 PM
dah lama x tgk channel RTM..huhuhu..
Quote kaseh80 13-5-2026 06:11 PM
The end of Asterukkkkkkkkkkkkkkkkk
Quote ultra78 13-5-2026 06:25 PM
Adakah sebab Astro minta bayaran lebih daripada RTM untuk benarkan saluran mereka masuk dalam Astro? Lantaklah. RTM tu gomen punya. Jimat duit gomen daripada bayar company yang sakit tu
Quote ultra78 13-5-2026 06:36 PM
alesandra replied at 13-5-2026 05:51 PM
Mmg betul2 melingkup ke astrok pasni?adakah ianya bener2 jadi kenyataan?hbo dahxde, rights utk wcup  ...

Aku rasa org pencen dan yang duduk di kampung aje yang masih layan astro. Itupun sebab dulu signal tv tak clear jadi pasang la astro. Tengok pun channel rtm & tv.Apa la nasib mereka lepas ni.
Quote alesandra 13-5-2026 06:39 PM
ultra78 replied at 13-5-2026 06:36 PM
Aku rasa org pencen dan yang duduk di kampung aje yang masih layan astro. Itupun sebab dulu signal ...

yela..rumah aku masih ada astrok sbb mak aku nak tgk.dia yg konker tv dari pagi sampai ke mlm.....
Quote akies 13-5-2026 06:51 PM
Paling benci astrok ye.
Nak terminate acc punyalah payah.
Kami pergi dkt service centre IOI Mall utk terminate,
staf situ kata sini boleh register sahaja.
Cancellation kena tru customer service.
Kena call lak tu.

Dh call, tgk masih boleh tgk lagi astrok.
Semoga melingkup
Quote Skuau 13-5-2026 06:58 PM
seri_mawr replied at 13-5-2026 05:56 PM
dah lama x tgk channel RTM..huhuhu..

betul last nengok....citer opah(lama tak?)
Quote Skuau 13-5-2026 07:01 PM
Nanti..Astro kena tambah citer...'selepas tgh malam'...konfom boleh jual punya
Quote kam3n 13-5-2026 07:09 PM
ultra78 replied at 13-5-2026 06:36 PM
Aku rasa org pencen dan yang duduk di kampung aje yang masih layan astro. Itupun sebab dulu signal ...

Kesian juga dengan orang2 kampung. Signal TV kabur, nak streaming pula internet tersangkut2.
Quote axl_bach 13-5-2026 08:45 PM
ultra78 replied at 13-5-2026 06:36 PM
Aku rasa org pencen dan yang duduk di kampung aje yang masih layan astro. Itupun sebab dulu signal ...

Hoi, aku x pencen pun lg tp aku pasang astro di rumah.....

Sblom ni pakai NJOI yg free tu, bayar masa mula2 pasang 5 tahun lepas, pastu dah wife terminate unifi sbb nk control anak2 dari layan youtube etc, so aku rajin beli yg pakej topup bulan2, ada pakej family pack yg ada beberapa channel tambahan, atau pakej kids n knowledge yg ada channel kartun dan dokumentari, atau kadang2 aku subscribe pakej popcorn yg ada channel movie.... Setiap satu tu rm30 sebulan...

Sekali dpt promo astro call utk subscribe pakej bulanan rm43 yg cover ketiga2 pakej dlm njoi bernilai rm90, terus aku subscribe Astro balik...

Hahahaha
Quote gideoncross 13-5-2026 08:59 PM
alesandra replied at 13-5-2026 06:39 PM
yela..rumah aku masih ada astrok sbb mak aku nak tgk.dia yg konker tv dari pagi sampai ke mlm..... ...

Biar btul mak uol tngok TV dri pgi ke mlm non stop?
Quote gideoncross 13-5-2026 09:05 PM
Skuau replied at 13-5-2026 06:58 PM
betul last nengok....citer opah(lama tak?)

Aiol ingat2 lupa psl crita "Opah" ni, dh lama rsanya, lebih dri 28 tahun dh brlalu
Quote ardent91 13-5-2026 10:19 PM
alesandra replied at 13-5-2026 05:51 PM
Mmg betul2 melingkup ke astrok pasni?adakah ianya bener2 jadi kenyataan?hbo dahxde, rights utk wcup  ...

sebab HBO nak independent dengan dorg punyer streaming platform, "HBO GO".. macam Disney lah ada Disney Plus

Quote ninja boy 13-5-2026 10:28 PM
Edited by ninja boy at 14-5-2026 08:02 AM

Kesian tv Malaysia berbanding zaman dulu2, dulu2 ada movie english hongkong hindustan tamil tv show survivor prison break masak2 kanak2 artis2, la ni kalau movie english tayang zaman 90an recycle movie fesen rambut baju besar2, ada tv6  boleh layan artis joget2 nyanyi drama2 yg tak dpt tgk zaman dulu2, kalau korang berjiran singapore dpt tv singapore layan movie english friday-sunday, ada fbi csi survivor library chef hotel lobby disaster I tamil dll, xde asteruk no problem, negeri utara boleh dpt thailand
Quote ragazza 13-5-2026 10:28 PM
axl_bach replied at 13-5-2026 08:45 PM
Hoi, aku x pencen pun lg tp aku pasang astro di rumah.....

Sblom ni pakai NJOI yg free tu, bayar  ...

So skrg ni kalau rtm keluar dari astro, kat njoi pun tkde la rtm?
Quote axl_bach 13-5-2026 11:01 PM
ragazza replied at 13-5-2026 10:28 PM
So skrg ni kalau rtm keluar dari astro, kat njoi pun tkde la rtm?

Ntah laa, aku oun xtau

Lihat semua komen(92)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2026 02:34 PM GMT+8 , Processed in 0.185010 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top