CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Rindu Nak Jumpa Dia & Bergurau” – Shuib & Rahim Akhirnya Berdamai

8-5-2026 09:36 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1980| Komen: 26

 


Hubungan persabahatan pelawak Shuib dan Rahim akhirnya kembali jenih apabila keduanya berdamai selepas lima tahun tidak bertegur.

Memetik mStar Online, Shuib mengakui rindu untuk bertemu dengan Rahim yang sudah dianggap seperti abangnya sendiri.

“Rahim bukan sekadar rakan kerja, dia memang sahabat dan sudah macam abang saya sendiri.

“Sepanjang lima tahun ini hubungan kami memang tak berapa baik. Terus terang saya cakap, saya memang rindu nak jumpa dia, berbual dan bergurau semula.

“Sebab Rahim ini lain, hubungan kami lebih daripada urusan kerja. Banyak perkara di luar kerja yang saya rindukan tentang dia,” katanya.

Sementara itu, Shuib berkata dia dan Rahim ada berbalas mesej. Tambahnya, dia bertanyakan kepada Mamat Sepah adakah Rahim akan menjawab panggilan videonya dan rakannya itu berkata ianya akan dijawab.

“Saya ada cakap dengan Mamat…Eh, Rahim balas mesej aku, lepas itu saya tanya dia, kalau aku video call dia, kau rasa dia angkat tak? Mamat jawab mestilah dia angkat.

“Saya rasa semua ini gerakan daripada Allah untuk saya ambil langkah itu. Bila saya video call dia dan dia angkat, saya memang terharu sebab dah lama kami tak berbual,” katanya.

Dalam pada itu, Shuib mengakui hubungan mereka retak sebelum ini kerana salah faham dan membuat keputusan  kurang matang pada ketika itu.

“Apa yang berlaku antara kami lebih kepada salah faham atau miscommunication sahaja. Bukannya gaduh teruk pun. Kadang-kadang masa itu sendiri jadi penawar. Bila sampai waktunya untuk sembuh hubungan itu akan pulih.

“Hari ini saya anggap sebagai hari yang penuh rahmat. Saya dapat kembali seorang sahabat. Saya harap hubungan ini akan kekal baik selepas ini, Insya Allah,” katanya.

Sumber: mStar Online, Rotikaya


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MakcikTermenong 8-5-2026 09:46 AM
Bermulalah episod baruuuuuuuuu...jeng jeng jeng
Quote hihanghoheng 8-5-2026 03:38 PM
diam la soeb
Quote asfaz 8-5-2026 03:41 PM
Nanti gaduh lagi ,report dgn mak
Quote blakcswan 8-5-2026 03:46 PM
dah sendu ke soib..ada2kan cerita pulak dia.
nak ajak berpodcast la tuu..kitaorg xnk rahim dia x lawak.kita org nk jep.berani x nak vc jep..kita tunggu ni
Quote chikumanis 8-5-2026 03:51 PM
dengan jep, dah ok ke?

#sajajetanya
Quote chikumanis 8-5-2026 03:53 PM
blakcswan replied at 8-5-2026 03:46 PM
dah sendu ke soib..ada2kan cerita pulak dia.
nak ajak berpodcast la tuu..kitaorg xnk rahim dia x law ...

ehhh..betul lah, rahim tu tak lawak mana. sekarang ni dia slot petang dekat sinar dengan faliq dan ray tapi seriusly, tak lalu nak dengar. terus tukar flyfm.
Quote anggeriklatifah 8-5-2026 04:20 PM
Shoib memg bermasalah eh..dgn jep laa gduh dgn rahim laa gaduh...kes apa tk thu..yg aku thu mesti shoib punca...bukan leh percaya bekas fakir miskin ni
Quote awanysss 8-5-2026 06:10 PM
soeb kutip sorang2, last baru jep..
nantikannnn
Quote mamarilia 8-5-2026 07:07 PM
kahkahkah.. ngaku pun salah sendiri ..  si Mamat tu dulu kena singkir sebab bermasalah.. si suib ni kena gantung sbb buat benda lucah masa sepahtu reunion live... ko minta maaf je boleh selesai tapi berlagak decide keluar sepahtu.. ye lah masa tu tgh sibuk berniaga ...
Quote silampumeja 8-5-2026 08:43 PM
blakcswan replied at 8-5-2026 07:46 AM
dah sendu ke soib..ada2kan cerita pulak dia.
nak ajak berpodcast la tuu..kitaorg xnk rahim dia x law ...

Kedai penyeh sepah mesti tak laku sangat kan.... Bubble bee dh kelautt...

Bergaduh smpai putuskan silaturrahim, lg payah lah rezekinya...

Rahim ni ramai org cakap , org baik... Jadi baguslah dia dh berdamai....
Quote silampumeja 8-5-2026 08:46 PM
mamarilia replied at 8-5-2026 11:07 AM
kahkahkah.. ngaku pun salah sendiri ..  si Mamat tu dulu kena singkir sebab bermasalah.. si suib ni  ...

I ingat lawak lucah live dia tu sgt. Sbb tgk waktu live... Sangatlah kotor ek...

To gitulah... Diorang ni dr zaman raja lawak pun memang banyak melucah... Pastu berubah lah sedikit demi sedikit. Si jep pun, paling2 dia membahan org je la kalau xde modal. Takdelah duk melucah...

Quote lyshafull 8-5-2026 10:19 PM
Tapi dia mmg x gaduh dgn rahim kan
Dia gaduh dgn jep je
Quote red_velvet 9-5-2026 01:22 AM
lyshafull replied at 8-5-2026 10:19 PM
Tapi dia mmg x gaduh dgn rahim kan
Dia gaduh dgn jep je

Mane nya tak gaduh.. Gaduh je... Nahhh..

1000511322.jpg 1000511324.jpg 1000511326.jpg 1000511328.jpg

Kesimpulannya eb ni dia yang terlebih merentan dia yang terlebih me rindu.. Orang buat salah mmg camni la perangai dia
Quote Hoola 9-5-2026 01:31 AM
diam ahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

modal apalg!????????
hal fmly
hal gaduh dgn semua fren-fren sepahtu

hal kbjikan pkja xnk ulas!??????

Quote mamarilia 9-5-2026 03:28 AM
silampumeja replied at 8-5-2026 08:46 PM
I ingat lawak lucah live dia tu sgt. Sbb tgk waktu live... Sangatlah kotor ek...

To gitulah... D ...

selekeh gila masa tu... dah la live.. yg sorang lagi tu bermasalah, disiplin kelaut, dgn perempuan2...
Quote Fazzbulous 9-5-2026 05:55 AM
kemain canang 2 nama tkkan bwk ke podcast..puihhhhhh...beza tau ko ngn dia...dia masih lg angkt call..tp spt biasa,nak jugak ride issue ni...bru la naik view kan..
Quote primarikey 9-5-2026 11:03 AM
Fazzbulous replied at 9-5-2026 05:55 AM
kemain canang 2 nama tkkan bwk ke podcast..puihhhhhh...beza tau ko ngn dia...dia masih lg angkt call ...

Ride isu pun tp memalukan diri sendiri...last2 netizen tau jgk Shuib ni yg bermasalah..klu aku jd rahim..aku x jwb VC Shuib...bio Shuib merindu sorg2 haha
Quote aqeela22 9-5-2026 04:42 PM
ada baca pasal rahim n partner kat radio tak ngam. adakah mungkin bakal gugur dr hos kat radio tu atau tukar partner?
Quote ezacbee 9-5-2026 05:20 PM
Ayam penyet soeb tu ada lagi ke?

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2026 03:26 AM GMT+8 , Processed in 0.323968 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top