CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Terlalu banyak benci di sini, bagaimana cara kamu dibesarkan?’ - Nabila Huda

7-5-2026 05:19 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2224| Komen: 31

 



Laman sosial bagai dijadikan gelanggang menghakimi orang lain, pelakon Nabila Huda menegur tindakan segelintir netizen yang terlalu obses untuk menyebarkan kebencian menerusi komen negatif.

Nabila Huda, 41, berkata, situasi yang dilihat di depan mata membuatkannya tertanya-tanya mengenai cara didikan individu bersikap sedemikian sehingga kecaman seperti perkara biasa.

“Dalam era media sosial ini, ramai yang makin sakit. Terlalu banyak kebencian. Saya sentiasa rasa hairan. Bagaimanakah cara kamu dibesarkan?

“Sebab saya, childhood trauma saya mengajar saya sesuatu yang lain,” katanya menerusi hantaran di platform Threads.

Pelakon filem Gayong itu turut menasihatkan netizen agar jangan mudah menilai kehidupan orang lain memandangkan setiap individu berdepan perjalanan yang berbeza.

“Jangan pernah menilai, jangan pernah cari salah orang, jangan pernah cuba untuk betulkan hidup orang lain.

“Kamu tak pernah tahu apa yang akan datang dalam hidup ini. Jadi bersedialah,” ujarnya.

Menerusi perkongsian sama, Nabila turut mendedahkan pernah melalui pelbagai pengalaman yang mematangkan dirinya.

Sekali gus, tegas Pelakon Wanita Terbaik di Festival  Filem Malaysia ke-28 (FFM28) itu, dia tegar untuk bangun menempuh onak duri.

“Saya? Saya pernah mengalaminya. Melakukannya. Itulah sebabnya saya tidak mendengar bunyi bising.

“Kamu tidak berada di dalam perjalanan saya. Saya akan terus melangkah. Meneroka watak. Mengejar impian,” katanya.

Biarpun tidak menjelaskan lebih lanjut berkenaan hantaran tersebut, rata-rata pengguna laman sosial sependapat dengannya.

“Biarkan mereka yang tidak beradab terus jadi begitu. Saya suka bakat semula jadi awak. Teruskan berkarya,” tulis seorang pengguna Threads lain. 


Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alesandra 7-5-2026 07:05 PM
please la dia penah je judge  org.dia maki peah hape tah dulu.takde kena mengena pun dgn dia
Quote contessa38 7-5-2026 07:13 PM
Erm dia tak fikir dulu ke sblm buat ayat mcm ni. Dia sentuh psl keluarga org yg komen, sedangkan keluarga dia sendiri konflik tak habis2
Quote Kuin-Kepam 7-5-2026 11:10 PM
Tak payah la kupu2 amek port psl netizen tu.
Bukan semua tu sihat mental. Ramai yg sakit jiwa sebenarnya tp x sedor diri, stress, murung, huduh, kepam, gundu, laki buli, duit takder, adartu, ... socmed saja lah outlet utk theyols utk lepas geram sis hoii selain cerok dapor.

Hidup theyols tu sebenranya yg tak bahagia! Tengok orang lain fabolos, vasss....dengki. Just be happy and move on....layan theyold kalu sis sendiri pun akan jatuh sakit.. hotak!!



Quote cm_vungtau 8-5-2026 12:19 AM
Terpaling la positip tapi ko merentan jugak kat tered. Tahapa2
Quote LadyCarefree 8-5-2026 05:32 AM
Kau pun sama. Fitnah Sophia, kan?
Quote MatDeghem 8-5-2026 05:44 AM
Tapi makian yang kamu dapat belum sampai level aciik2 Lobenak punya makian. Lobenak masih memegang piala makian, kejian terhadap retis.

nombol dua: aciik2 Keledek









Quote toet2meoww 8-5-2026 07:55 AM
2x5, 5x2
Quote sayawifenikmie 8-5-2026 07:58 AM
.... muka abil kat sini macam muka kembar ZZ
Quote lasagna 8-5-2026 09:12 AM
alesandra replied at 7-5-2026 07:05 PM
please la dia penah je judge  org.dia maki peah hape tah dulu.takde kena mengena pun dgn dia

ohhhh ada ke? apa yg pernah kupu2 ni petik psal peah?
Quote babelina 8-5-2026 10:26 AM
ayat dia kemain.. masa dia mengutuk mengataorg x hengattttt punya... tu cmana pula..
Quote Perawankota 8-5-2026 11:47 AM
Dulu3 aku impress gak dgn dia ni. Tapi lama2 nampak makin over berlakon..
Quote KamikuP 8-5-2026 11:51 AM
MatDeghem: Tapi makian yang kamu dapat belum sampai level aciik2  Lobenak  punya makian.  Lobenak  masih memegang piala makian, kejian terhadap retis. nombol dua ...

Nombor 3 - acik2 pemuja Alep Ajis Enoki dan pembenci BASS kini dan selamanya ekekekeke....
Anyhoo... kulit Nabila ni cantik di mata meolss... aummm


Quote asfaz 8-5-2026 02:00 PM
cm_vungtau replied at 8-5-2026 12:19 AM
Terpaling la positip tapi ko merentan jugak kat tered. Tahapa2

kena covid pun salahkan org. Dia tak pernah salah.
Quote asfaz 8-5-2026 02:08 PM
https://www.xtra.com.my/ia-memal ... -rosakkan-industri/

Komen time isu alipp kemek peah.
Pastu tak ngaku.
Quote hihanghoheng 8-5-2026 03:33 PM
iols dari dulu x suka dia berlakon mcm sejenis over nak tunjuk dia pelakon paling terbaik
Quote blakcswan 8-5-2026 03:42 PM
saya sebagai nitizen x pnh benci kupu2..kita suka tgok awk berlakon.hidup watak tu.awk kena paham..xde kita2 ni semua awk x bergaji nti.awk x femes.bila kita komen psl awk.awk akn jadi buah mulut org,viral.job pun byk masuk. x gitu.
Quote caprisonne 8-5-2026 04:29 PM
So apa impian dia..? Pakai baju tak cukup kain sampai malaikat maut datang ke?
Quote sukanyanyi 8-5-2026 04:42 PM
Dulu rase jgk mcmtu. Lepas baca sendiri komen2 tu semua, terlalu byk, rase2 bleh ke stopkan? Kalo boleh, takdela pepatah mulut tempayan bleh tutup, mulut org tak boleh. Yg retis2 ni rajin baca satu2 kenapa? Biar jela netizen yg bace komen netizen lain, then bertelagah sesame sendiri. Retis kan level kayangan, buat jela kerja2 kayangan mcm blakon n menyanyi tu, takyah tgk bawah baca komen2 marhaen...
Quote alesandra 8-5-2026 10:33 PM
lasagna replied at 8-5-2026 09:12 AM
ohhhh ada ke? apa yg pernah kupu2 ni petik psal peah?

xdela directly dia petik peah.cuma isu tgh panas dia pun mencapub komen ..mcm dia pulak  yg disondol.baru menang seketui dua award pasan dah tahap meryl streep la kan.cermin pecah teruk kot panggil org lain sundal.takde kena mengena pun kt dia.apa yg melompat, marah sgt org doakan dia diberi petunjuk, hidayah.bukan teruk  kena maki .diam jela.syaitan je menggelupur ckp psl hidayah

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2026 04:07 AM GMT+8 , Processed in 0.049036 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top