CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pukul Dengan Kerusi, Getah Paip dan Penyangkut Baju, Rosmaini Didakwa Cederakan Isteri Hingga Keguguran

7-5-2026 03:33 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3479| Komen: 53


 



Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen Sungai Petani hari ini atas dua pertuduhan mencederakan isterinya menggunakan pelbagai objek termasuk kerusi plastik, getah paip, penyangkut baju dan penyangkut besi dalam kejadian berasingan pada Mac dan April lalu.

Tertuduh, Rosmaini Abdul Raof, 43, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Najwa Che Mat.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Rosmaini didakwa sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap isterinya, Nurfitri Moktar, 39, dengan menggunakan kerusi plastik dan getah paip di sebuah rumah di Bandar Amanjaya kira-kira jam 5 petang pada 29 Mac lalu.

Bagi pertuduhan kedua pula, dia didakwa sekali lagi memukul mangsa menggunakan penyangkut baju dan penyangkut besi di lokasi sama kira-kira jam 9 pagi pada 23 April lalu.

Kes itu didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun selain boleh dikenakan denda atau sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Kedah, Datuk Khairul Anuar Abdul Halim manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Ruzanna Abdul Rahim.

Ketika prosiding, pihak pendakwaan memaklumkan walaupun kes berkenaan merupakan kes boleh jamin, proses itu tidak dapat dilaksanakan berikutan tertuduh kini sedang menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang.

Peguam bela kemudian membuat rayuan agar mahkamah menggunakan budi bicara bagi membenarkan jaminan atas alasan anak guamnya mempunyai dua isteri dan menanggung 11 anak termasuk tujuh yang masih bersekolah.

Mahkamah bagaimanapun menetapkan tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin dan menetapkan 16 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi proses serahan dokumen.

Baru-baru ini, negara digemparkan dengan kejadian menimpa seorang wanita berusia 39 tahun yang juga penjawat awam yang cedera parah di beberapa bahagian badan selepas dipercayai dipukul suaminya dalam kejadian di Bandar Amanjaya.

Mangsa turut dilaporkan mengalami keguguran ketika kandungannya berusia 12 minggu akibat kejadian tersebut.

Selepas kejadian itu, suspek dipercayai melarikan diri sebelum berjaya ditahan polis di sekitar Alor Setar.

Polis turut mengesahkan lelaki berkenaan adalah individu sama yang pernah disabitkan kesalahan memukul isteri di Johor Bahru pada 2021.

Sumber: Rotikaya

 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Akalditipumata 7-5-2026 03:56 PM
Dia ni dh pnh viral dlu.. belasah bini smpai koma terlantar kn.. berani lagi ye org kawen ngn dia..
Quote prince_marhaen 7-5-2026 04:04 PM
Esok-esok keluar penjara confirm ada je pompuan bodoh kangkang kat jantan ni... nak badboy sangat kan.. lepas keluar penjara lagi naik saham dia di kalangan pompuan bodoh acah2 naif.
Quote pocongkiutss 7-5-2026 04:19 PM
prince_marhaen replied at 7-5-2026 04:04 PM
Esok-esok keluar penjara confirm ada je pompuan bodoh kangkang kat jantan ni... nak badboy sangat ka ...

Pastu salahkan sihir

Padahal kita boleh tgk kan..enabler org camni mmg wujud je

Nanti lepas dia keluar setelah berbelas tahun dlm jail, "sekurang-kurangnya dia dah insaf, kita bila lagi? Siapalah kita utk judge? Manusia boleh berubah" Lalu kawin dgn mamat ni
Quote prince_marhaen 7-5-2026 04:25 PM
pocongkiutss replied at 6-5-2026 10:19 PM
Pastu salahkan sihir

Padahal kita boleh tgk kan..enabler org camni mmg wujud je

Kan...tiber sihir... hahaha.. yang kena balun pun bini bernombor, yang no.1 polis, hat no.1 tak berani pukul pulak... yang bini lain penjawat awam... acik2 gomen kinky kena belasah ke?

Lepas tu kesian, acah2 manusia berubah... lepas dah kena balun baru nak kecoh.. dah cycle tu berpusing2 gitu je.
Quote cikdot 7-5-2026 04:41 PM
tangan dah berbalut. jalan pun dah macam menikus. dulu kemain time kat mahkamah sengih2 macam tak salah apa. dah kena gak sedas 2 kat dalam tu rasanya

berderet lagi kes menunggu ni. harap semua sangkut la ehh..
Quote kechikchomel 7-5-2026 04:54 PM
prince_marhaen replied at 7-5-2026 04:25 PM
Kan...tiber sihir... hahaha.. yang kena balun pun bini bernombor, yang no.1 polis, hat no.1 tak be ...

iolss tak follow sangat citer ni.
yang bini polis tu dia serai ke?
Quote supernaturalee 7-5-2026 05:13 PM
Peguam bela kemudian membuat rayuan agar mahkamah menggunakan budi bicara bagi membenarkan jaminan atas alasan anak guamnya mempunyai dua isteri dan menanggung 11 anak termasuk tujuh yang masih bersekolah.


yeke dia tanggung semua ni

bagus court tak bg jamin

plus mmg dlm penjara kajang pun skrg kan


Quote akies 7-5-2026 05:21 PM
Dia ni patut direjam sampai mamp*s.
Apsal la kejam sangat.
Kecik2 ni makan apa ntah sampai dh besar
cederakan anak orang.
Quote sepiITUindah 7-5-2026 05:31 PM
kurung jer kat kandang rimau
Quote cmf_jeangrey 7-5-2026 06:31 PM
Yg iols x faham tu, lepas kes Jahidah elok pulak dilepaskan bergentayangan cari mangsa baru..padahal Jahidah tu dah terang2 mangsa dera sampai hilang upaya kekal..dah jatuh hukum xde pulak sebat..sedangkan Ameng yg hanya merosakkan diri sendiri dpt 10 sebatan..seriously tak faham
Quote Goodluckdontcry 7-5-2026 06:34 PM
Skrg ni, den bila baca berita2 yg pelakunya jahat sejahat syaitan laknatullah ( xblh samakan dgn iblis sbb iblis itu lagi terlaknat dan itulah chief utama utk para syaitan yg terdiri dari jin dan manusia..cth syaitan manusia..itulah makhluk cilaka diats dan seangkatan dgnnya..muka huduh perangai setan cilaka)..den hny doa semoga Allah SWT laknat je dia..itu doa den tp sudah pasti Allah SWT jua sebaik2 Hakim..

Hrp ko dpt balasan yg amat amat amat menakutkan dan buruk..sbb utk den, ko xlayak  dimaafkan..dasar syaitan laknatullah... harktuihhhhhhhhhh
Quote akukah 7-5-2026 08:03 PM
prince_marhaen replied at 7-5-2026 04:25 PM
Kan...tiber sihir... hahaha.. yang kena balun pun bini bernombor, yang no.1 polis, hat no.1 tak be ...

Sana sini dok petik yg mamat ni pakai ilmu pengasih bagai. Yang sebenarnya kelebihan dia sweet talking je. Dan dia pandai mencari sasaran nya.. dia tak cari sasaran yg ssh nk terpedaya dgn janji manis
1st wife tu barangkali his true love. Lain2 wife tu dia jadikan tempat salur nafsu dgn sumber kewangan je
Quote plywood 7-5-2026 08:14 PM
pocongkiutss replied at 7-5-2026 04:19 PM
Pastu salahkan sihir

Padahal kita boleh tgk kan..enabler org camni mmg wujud je










Quote A-Are 8-5-2026 08:37 AM
rasanya dia mmg pandai carik target ni...sweet talker dan pilih yg yatim piatu agaknya...mcm mana boleh buat berulang kali tanpa direport...yg bini2 pon xmengadu pada keluarga ke...pasangan mst jenis xda support sistem yg kuat...
Quote prince_marhaen 8-5-2026 08:39 AM
kechikchomel replied at 6-5-2026 10:54 PM
iolss tak follow sangat citer ni.
yang bini polis tu dia serai ke?

Bini 1st (Polis) tu je yang tak pernah cerai, yang 2,3,4, selalu bertukar sampai 9 kali, anak yang register 11, yang tak register tak sure.
9 kali ni semua perempuan penjawat awam, almost 30-40an, tak ada strong man figure at the house (ayah/abang/pakcik), modus operandi dia semua senang apply loan. Modal sweet talker je ni.... meols tak percaya jantan ni guna sihir... sebab yang bodoh2 memang pompuan2 ni..
Dah ada kes jenayah & berbini banyak pun still ada yang tadah poen kat jantan ni..
Quote Kitty_catz 8-5-2026 08:50 AM
lepas ni ada lagi pertuduhan kan? yg dia tanam janin sbb bini dia gugur so dia tak buat pulis report so mcm dispose janin illegally la acamtu

moga2 kote ko merepot la noksss.. tak layak hidup kat dunia ni pun.. pui
Quote axhiology 8-5-2026 09:29 AM
Memang ada perempuan bodoh je, contoh sedara sendiri, kad bank pon lelaki pegang, buat beli rokok hari2 gaji dah 5 figure title manager, lelaki memang mcm biawak hidup kat rumah.. anak paling kecik pon darjah satu, apa lagi nak tunggu ntah.. penat nak nasihat
Quote KamikuP 8-5-2026 11:38 AM
Ada je pompuan yg enable jantan hanat macam ni. Slogan acik ni "Asal Berlaki" ekekeke
Quote Duta lover 8-5-2026 11:47 AM
pocongkiutss replied at 7-5-2026 04:19 PM
Pastu salahkan sihir

Padahal kita boleh tgk kan..enabler org camni mmg wujud je

Jgn lupa
Kena invite podcast..jadi idola

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2026 10:56 AM GMT+8 , Processed in 0.462009 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top