CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Dah 27 Tahun Masih Tiada Pasangan, Tengok Orang Lain Bahagia Buat Saya Tersentuh” - Ezzanie Jasny bimbang masih belum berpunya

7-5-2026 09:58 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1082| Komen: 29

 



Pelakon Ezzanie Jasny bimbang pada usia 27 tahun dirinya masih belum berpunya dan dia tidak tahu bagaimana masa depannya.

Menerusi satu perkongsian di Threads, Ezzanie berkata meskipun hidup tenang namun mengakui adakalanya emosi tersentuh melihat pasagan bahagia.

 

“Pada usia 27 tahun, saya masih belum ada pasangan dan tidak tahu masa depan. Kebanyakan hari, saya rasa baik dan jalani hidup ikut rentak sendiri. Tetapi, ada masanya, perkara kecil pun boleh buatkan saya emosi,” katanya.

Sementara itu, Ezzanie berkata dia turut menyimpan keinginan untuk mencintai dan dicintai namun belum pasti ianya ditakdirkan untuk dirinya.

“Tengok pasangan lain bahagia dan membina kehidupan bersama membuatkan saya tersentuh.Itu juga yang selalu saya impikan.

“Jauh di sudut hati, saya masih menginginkan untuk mencintai dan dicintai serta memiliki sesuatu yang benar-benar bermakna. Cuma saya tidak pasti sama ada ia ditakdirkan untuk saya,” katanya.

Dalam pada itu, Ezzanie berkata dia pernah merancang untuk mendirikan rumah tangga di awal usia 20 an bersama bekas kekasih namun tidak kesampaian.

Kata Ezzanie lagi, dia menetapkan sasaran untuk berkahwin pada usia 25 tahun namun dia kini sudah berusia 27 tahun.

Sumber – Rotikaya


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 7-5-2026 12:57 PM
Cantik dia ni tapi citer apa dia berlakon? Anyhoo kalau start umur 30 tahun boleh dah start ghisau takde pasangan hidop. Acik2 por yg berkuntum kat sini relax jer umor dah lebih 30 masih tak kawen2 chill jahhh.. ekekek
Quote sukanyanyi 7-5-2026 01:05 PM
KamikuP replied at 7-5-2026 12:57 PM
Cantik dia ni tapi citer apa dia berlakon? Anyhoo kalau start umur 30 tahun boleh dah start ghisau t ...

Penah tgk 1 je, uncle boss mama dgn merkeen n ex-laki zizi.. pastu ade 1 tu yg dia kena tibai dgn suami abusive niezam zaidi, yg ost dia lagu amira osman dalam sujudku (tak ingat tajuk drama ni). Byk lg tp tak ambik tau..
Quote sukanyanyi 7-5-2026 01:06 PM
Komen sheols dah mcm siti khadijah dulu, baru mid 20s dah risau belom ade pasangan. Tp baru meols teringat, masa umo 28 tetiba jd single pon aku menggelupur mintak org kenalkn dgn sesape yg single. So.....i understand. Haha
Quote sukanyanyi 7-5-2026 01:08 PM
Skrg ni ezani ni tgh shooting dgn my fav hero, ali reza kat tganu. Ape kate chuols berdua cuba berpacaran? Meols restu sbb suka jgk ezani ni, tak gedik.
Quote talapia 7-5-2026 04:30 PM
KamikuP replied at 7-5-2026 12:57 PM
Cantik dia ni tapi citer apa dia berlakon? Anyhoo kalau start umur 30 tahun boleh dah start ghisau t ...

Dia meletup masa cerita Dia Bukan Syurga.. berlakon sebagai Nuha.. sampai sekarang aku kenal dia as Nuha. Partner dia masa tu sape nama entah Nizam ke apa.. Aku tau Tajul je. Ada Nazim Othman gak as Arham.

eh begitu jelas aku follow cerita tu.
Quote gideoncross 7-5-2026 06:45 PM
KamikuP replied at 7-5-2026 12:57 PM
Cantik dia ni tapi citer apa dia berlakon? Anyhoo kalau start umur 30 tahun boleh dah start ghisau t ...

Aiol dh 35 pun blum lgi khwin, bukn psl x nak tpi zmn skrg mmg mcm tu lah crita nya. Recently brokeup with someone, dlu iol prnh doa nak khwin by 35 tapi tu lah, x juga, dah malas nak ckp
Quote cmf_jeangrey 7-5-2026 07:01 PM
35 is the new 25 dek
Quote Jitu 7-5-2026 08:01 PM
topik kesukaan @ifanonline ni
Quote Jitu 7-5-2026 08:02 PM
gideoncross replied at 7-5-2026 06:45 PM
Aiol dh 35 pun blum lgi khwin, bukn psl x nak tpi zmn skrg mmg mcm tu lah crita nya. Recently brok ...

oh
yg dulu tu tak jadi ye
Quote bambimo 7-5-2026 08:50 PM
Relaks la sophea barkoba, daiyan yg lawa2 pun dh approaching 30 relaks je
Quote pocongkiutss 7-5-2026 10:35 PM
bambimo replied at 7-5-2026 08:50 PM
Relaks la sophea barkoba, daiyan yg lawa2 pun dh approaching 30 relaks je

Ni bukan peah la
Quote silampumeja 8-5-2026 12:50 AM
talapia replied at 7-5-2026 08:30 AM
Dia meletup masa cerita Dia Bukan Syurga.. berlakon sebagai Nuha.. sampai sekarang aku kenal dia a ...

Dia start best beelakon sebenarnya waktu pegang watak saida dalam layang layang perkahwinan. Tu yang dia mula-mula menonjol. Kemudian barulah nuha dalam dia bukan syurga.

Selain cantik dia memang berbakat. Set Kelate rupanya dia....
Quote KamikuP 8-5-2026 08:27 AM
Edited by KamikuP at 8-5-2026 03:49 AM
gideoncross replied at 7-5-2026 10:45 AM
Aiol dh 35 pun blum lgi khwin, bukn psl x nak tpi zmn skrg mmg mcm tu lah crita nya. Recently brok ...

Di hari Jumaat yang mulia ini, meolls doakan agar cuolls dikurniakan pasangan hidup yang sekufu kekal bahagia selamanya. Aamin
Quote apedehal 8-5-2026 08:53 AM
talapia replied at 7-5-2026 04:30 PM
Dia meletup masa cerita Dia Bukan Syurga.. berlakon sebagai Nuha.. sampai sekarang aku kenal dia a ...

Dia dgn nizam sesuai pe...aritu tgk libang libu..hnsem n cool plak nmpak dlm mvie tu
Quote supernaturalee 8-5-2026 11:21 AM
tu lah artis msia



bakat tak seberapa

yg die kepohkan...jodoh, kawen, cerai, bercekau


Quote gideoncross 8-5-2026 11:48 AM
KamikuP replied at 8-5-2026 08:27 AM
Di hari Jumaat yang mulia ini, meolls doakan agar cuolls dikurniakan pasangan hidup yang sekufu ke ...

Amin2 YRA. Tq bnyk2 uol
Quote gideoncross 8-5-2026 11:48 AM
Jitu replied at 7-5-2026 08:02 PM
oh
yg dulu tu tak jadi ye

Unrelated
Quote gideoncross 8-5-2026 11:50 AM
Jitu replied at 7-5-2026 08:02 PM
oh
yg dulu tu tak jadi ye

Uol pun dah lama x contact iol personally, so xyah tnya lgi
Quote neve4881 8-5-2026 01:41 PM
sheols ni dilabelkan retis sombong oleh warga threads..tapi still xleh celen sombong mekjenna lahhh

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2026 04:06 PM GMT+8 , Processed in 0.100828 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top