![]()
Yun Kong (kiri) dihukum penjara empat hari dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret Tawau kerana memandu dalam keadaan mabuk, bulan lalu. NSTP/Abdul Rahemang Taiming.
TAWAU: Mahkamah Majistret di sini, hari ini, menjatuhkan hukuman penjara empat hari dan denda RM12,000 terhadap seorang pemandu lori yang mengaku salah memandu kereta dalam keadaan mabuk pada bulan lalu.
Hukuman itu diputuskan Majistret Dayang Aidaku Amira Aminuddin terhadap tertuduh, Lo Yun Kong, 49, selepas mendengar pengakuan bersalah dan rayuannya serta hujah pendakwaan. Mengikut pertuduhan, Yun Kong didapati memandu kereta dengan kadar kandungan alkohol dalam badan sebanyak 148 miligram (mg) per 100 mililiter (ml) darah iaitu melebihi tahap ditetapkan 50 mg per 100 ml darah. Kesalahan mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2020 itu didakwa dilakukan ketika tertuduh melalui satu sekatan jalan raya di Jalan Sim Hwa Seng di sini pada kira-kira 12.24 tengah malam 25 April lalu. Jika sabit kesalahan, Yun Kong boleh dipenjara maksimum dua tahun dan denda antara RM10,000 hingga RM30,000 serta hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu selama dua tahun. Pegawai Pendakwa Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau, Asisten Superintendan Joan Lee memohon hukuman berat dikenakan terhadap tertuduh kerana kesalahan memandu dalam keadaan mabuk adalah serius dan boleh mengancam nyawa pengguna lain. Yun Kong yang tidak diwakili peguam merayu dikenakan hukuman ringan dengan alasan menjadi satu-satunya pencari nafkah keluarga, selain menanggung isteri serta tujuh anak masih kecil. Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan hukuman bermula dari tarikh sabitan hari ini dan menetapkan tertuduh dipenjara empat bulan jika gagal membayar denda dikenakan itu serta hilang kelayakan memandu selama dua tahun. |
FOTHER-MUCKER replied at 6-5-2026 11:18 AM
Hahahaha…4hari penjara. Lebih baik kes seperti ini bagi maksimum.
Tapi orang kata setiap negara tia ...
..pencari nafkah keluarga, selain menanggung isteri serta tujuh anak masih kecil.

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
15-5-2026 01:07 PM GMT+8 , Processed in 0.035888 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.