CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Slam kembali dengan The Grand Slam Unplugged 2, tiket 70% terjual

6-5-2026 10:42 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 842| Komen: 12

 



Kumpulan legenda tanah air, Slam bakal mengembalikan momen ikonik dua dekad lalu menerusi konsert The Grand Slam Unplugged 2 yang dijadual berlangsung pada 20 Jun ini, di Mega Star Arena di sini.

Pengumuman itu dibuat dalam sidang media yang diadakan di Rumah Kayu 1928, Kuang, petang tadi.

Konsert itu merupakan kesinambungan kepada edisi pertama yang berlangsung pada 3 Ogos 1996 di Stadium Merdeka, yang kekal diingati sebagai antara detik bersejarah industri muzik tempatan.

Gitaris Slam, Shah berkata, penganjuran kali ini bukan sekadar mengulangi kejayaan lalu, sebaliknya menjadi platform meraikan karya serta perjalanan seni kumpulan itu bersama peminat.

“Ia bukan sebuah konsert ulang tayang, tetapi sebuah apresiasi dan perayaan terhadap lagu-lagu Slam yang terus diterima dari era kaset hingga ke platform penstriman hari ini,” katanya.

Menurutnya, konsep unplugged yang diketengahkan akan membawa elemen nostalgia dengan pendekatan lebih segar, sekali gus mencipta momen baharu berasaskan kenangan silam.

Sementara itu, pemain dram Slam, Osman Khalid berkata, sambutan terhadap konsert berkenaan amat menggalakkan apabila 70 peratus tiket telah terjual sejak dilancarkan pada 13 Februari lalu.


 


“Kami sangat bersyukur dengan sokongan peminat yang masih setia bersama Slam hingga ke hari ini,” katanya.

Bagi memeriahkan konsert tersebut, Slam turut menampilkan tiga figura penting industri muzik iaitu Aznan Alias, JoBranko dan Kid Search.

Aznan menyifatkan penglibatannya sebagai satu penghormatan, selain menganggap Slam sebagai wajah sebenar genre pop Melayu.

JoBranko pula berkata, penyertaannya dalam konsert itu melambangkan hubungan erat sesama pemuzik serta mengakui keupayaan Slam bertahan dalam industri selama puluhan tahun.

“Slam memiliki banyak lagu evergreen dan peminat setia, jadi saya percaya konsert ini akan berlangsung sukses,” katanya.

Kid turut menyifatkan penglibatannya sebagai satu bentuk apresiasi sesama penggiat seni walaupun datang daripada latar genre berbeza.

Konsert The Grand Slam Unplugged 2 dijangka menjadi platform untuk menghidupkan semula kenangan lama sambil mencipta pengalaman baharu buat peminat muzik tempatan. 



Sumber  – MalaysiaGazette


 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote harkktuih 6-5-2026 11:18 AM
Konsert itu merupakan kesinambungan kepada edisi pertama yang berlangsung pada 3 Ogos 1996 di Stadium Merdeka, yang kekal diingati sebagai antara detik bersejarah industri muzik tempatan.


masa ni satu malaysia blackout 12 jam kot..
Quote gekkou 6-5-2026 11:20 AM
aku pergi concert slam X exist last year
kurang la zamani nya performance sekarang
lupa lirik tu wajib
interaction dengan peminat sendu
nyanyi pun tak de feel macam muda2 dulu



Quote supernaturalee 6-5-2026 12:12 PM
gekkou replied at 6-5-2026 11:20 AM
aku pergi concert slam X exist last year
kurang la zamani nya performance sekarang
lupa lirik tu waj ...

tak letak monitor ke


btw semalam ada tertengok video klip heols dgn awie dlm filem ape tah

scene heols tak berbaju

kurus jek

tp yg skrg laaaaagi kurus

xleh imejin klu heols tak berbaju dgn fizikal skrg




Quote sleepandream 6-5-2026 12:19 PM
harkktuih replied at 6-5-2026 11:18 AM
masa ni satu malaysia blackout 12 jam kot..

masa ni zamani hesmes...
Quote doubleA 6-5-2026 02:49 PM
supernaturalee replied at 6-5-2026 12:12 PM
tak letak monitor ke



Filem bara 1999
Quote BungaKencana 6-5-2026 02:58 PM
i pegi concert exist.. tu je nk kabo
Quote eira2310 7-5-2026 12:05 AM
I dh beli exist..lama nk g exist..tgk tiket exist lg cpt sold out ..ssh jg nk battle hr tu
Quote rayna_raynes 7-5-2026 06:13 PM
Konsert Slam Unplugged tu boleh kata antara konsert paling iconic/memorable sepanjang zaman kot. Selain konsert Chow Kit Road Sudirman dan Konsert Mega Siti Nurhaliza. Walaupun iols takde kat tempat2 tu tapi imej/video2 dia melekat kuat dlm kepala
Quote adelea 7-5-2026 10:05 PM
Steady betul si shah tu ..
Quote hyie 8-5-2026 12:03 AM
gekkou replied at 6-5-2026 11:20 AM
aku pergi concert slam X exist last year
kurang la zamani nya performance sekarang
lupa lirik tu waj ...

meols ada berborak dengan sorang gitaris untuk performance dengan Zamani last year kat Pesta Penang. Meols tanya heols dah makin ok ke sekarang, pastu gitaris tu jawab hmm macam tu lah, tak ok sangat sebab tak pegi folo up kat spital, lebih kurang gitulah. Adakah heols sejenis acuh tak acuh bab jaga kesihatan? masa heols perform 2 tahun lepas pon kawan iols kata macam surndoo dan takda feel. badan still bongkok ya..kalau tak silap meols, zamani punya slot cancel last year dan ganti dengan band lain, seingat meols la..
Quote gekkou 8-5-2026 05:43 PM
BungaKencana replied at 6-5-2026 02:58 PM
i pegi concert exist.. tu je nk kabo

berbaloi2
lagi plak ajai tu suka suruh perminat bangun joget menyanyi n lompat2
meriah
suara ezad pun sedap

pergi konsert ni aku tgk rakyat msia ramai yang sopan
duduk tepuk nanyi2 gtu je
dah macam pergi concert kat japan
walaupun yang perform artis k-pop
Quote AnnaSendin 8-5-2026 08:33 PM
Kemain shah makan kiri kanan ehehehe

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2026 04:14 AM GMT+8 , Processed in 0.074652 second(s), 40 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top