CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Trump henti sementara operasi 'Project Freedom' di Selat Hormuz, beri laluan rundingan damai dengan Iran

6-5-2026 10:03 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 645| Komen: 8|Original author: piyek92


Screenshot 2026-05-06 093913.png


WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan penggantungan operasi ketenteraan Amerika Syarikat (AS) untuk mengiringi kapal melalui Selat Hormuz menerusi 'Project Freedom' selepas hanya sehari dilancarkan.

Langkah mengejut itu diambil bagi memberi ruang kepada usaha mencapai kesepakatan dengan Iran bagi menamatkan peperangan di Asia Barat.

Operasi dinamakan sebagai "Project Freedom" itu dimulakan pada Isnin lalu, bertujuan membantu kapal dagang keluar dari Selat Hormuz, laluan kritikal yang kini dikuasai Iran sebagai tindak balas terhadap serangan ke atas negara itu.

Bagaimanapun, Trump menerusi hantaran di laman Truth Social menyatakan beliau menghentikan seketika operasi berkenaan atas permintaan perantara dari Pakistan dan negara-negara lain.

"Kemajuan besar sudah dicapai ke arah melengkap dan memuktamadkan perjanjian (dengan Tehran). Kami sudah bersetuju secara bersama bahawa walaupun sekatan (blokade) kekal berkuat kuasa sepenuhnya, 'Project Freedom' akan ditangguhkan buat seketika bagi melihat sama ada perjanjian itu boleh ditandatangani," kata Trump.

Walaupun operasi mengiring kapal dihentikan sementara, Washington tetap mengekalkan sekatan terhadap pelabuhan Iran. Strategi itu bertujuan memberi tekanan maksimum kepada Tehran supaya bersetuju menamatkan peperangan yang dilancarkan oleh AS dan Israel pada 28 Februari lalu.

Ketegangan di Selat Hormuz dilaporkan memuncak baru-baru ini apabila AS mendakwa menenggelamkan tujuh bot milik Iran, selain beberapa kapal awam turut diserang yang didakwa dilakukan oleh pihak Tehran.

Dalam pada itu, Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, mengesahkan bahawa fasa operasi serangan terhadap Iran yang diberi nama "Operation Epic Fury" sudah berakhir.

Kenyataan Rubio itu mengulangi laporan kepada Kongres di tengah-tengah tempoh gencatan senjata yang dilihat masih rapuh.

"Operasi Epic Fury sudah berakhir, seperti yang dimaklumkan Presiden Trump kepada Kongres. Kami sudah selesai dengan fasa tersebut," katanya kepada pemberita di Rumah Putih.

Beliau turut menjelaskan bahawa pertempuran di Selat Hormuz bukan sebahagian daripada rancangan asal peperangan tersebut.

"Ini bukan operasi ofensif, ini adalah operasi defensif. Maksudnya mudah – tiada tembakan akan dilepaskan melainkan kami ditembak terlebih dahulu," tegas Rubio.

Serangan besar-besaran oleh Israel dan AS pada Februari lalu dilaporkan telah membunuh barisan kepimpinan tertinggi Iran serta memusnahkan tapak ekonomi dan ketenteraan utama. Namun, ia gagal menumbangkan kerajaan Republik Islam itu yang membalas dengan serangan peluru berpandu dan dron di seluruh rantau berkenaan.

Trump sebelum ini mengisytiharkan gencatan senjata pada 8 April lalu dan melanjutkannya beberapa kali meskipun rundingan dengan Tehran sebelum ini menemui jalan buntu.

Menurut Rubio, AS telah "mencapai objektif" peperangan tersebut dengan menyaksikan ekonomi Iran kini berdepan kemusnahan besar.

"Mereka sedang berdepan kehancuran ekonomi yang sangat dahsyat," katanya sambil menambah bahawa Trump tetap mengutamakan penyelesaian melalui meja rundingan. - AFP


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gigahertz 6-5-2026 11:59 PM
Edited by gigahertz at 6-5-2026 04:05 PM

Selagi China tak menyerang Taiwan atau Jepun menyerang North Korea
Trump takde peluang nak menang dengan Iran.-------------------------------------------------------------------

7 Julai 1937 : Jepun melancarkan Serangan besar-besaran ke atas China
selepas insiden Jambatan Marco Polo. Permulaan China-Jepun kedua.

7 Disember 1941 : Jepun menyerang Pearl Habour. next day 8 Disember
U.S Isytihar world War 2.


U.S masuk pentas lambat 4 tahun.


Quote stingerkentot 7-5-2026 12:08 AM
Edited by stingerkentot at 6-5-2026 05:11 PM





[twitter]https://twitter.com/shaykhsulaiman/status/2052041490147205483?s=61[/twitter]
Quote Dwdrum 7-5-2026 06:06 AM
gigahertz replied at 6-5-2026 07:59 AM
Selagi China tak menyerang Taiwan atau Jepun menyerang North Korea
Trump takde peluang nak menang de ...

Currently japan rival bukan N. Korea... But china
Quote gigahertz 7-5-2026 11:52 PM
Dwdrum replied at 6-5-2026 10:06 PM
Currently japan rival bukan N. Korea... But china

Brperang dengan North korea akan tarik 3 negara sekali. a) Korea Selatan
b) Jepun
c) U.S

nak berperang dengan CHina . mmg kena masuk NK dulu.
berperang dari Udara & laut mmg US & Jepun tak akan mampu menang.
Quote Dwdrum 13-5-2026 06:05 AM
gigahertz replied at 7-5-2026 07:52 AM
Brperang dengan North korea akan tarik 3 negara sekali. a) Korea Selatan
b) Jepun
c) U.S

If malaysia perang di SCS akan drag UK and US juga... konon US guna negara proxy us fight china.. N. Korea etc..allies...
dahulu korea war if US tidak tolong S. Korea jadi Korea (S.Korea+ N.korea) under dictatorship/authoritarian .....tapi ummah selalu reminiscing viet war.. Etc.. Konon anti west...






Quote gigahertz 13-5-2026 10:47 PM
Dwdrum replied at 12-5-2026 10:05 PM
If malaysia perang di SCS akan drag UK and US juga... konon US guna negara proxy us fight china..  ...

thats the whole point about.
4 tahun sebelum Pearl Habour di bom
Jepun menyerang China... Presiden dan Rakyat US tak minat perang.
maka berlakulah embargo. . Jepun pun menyerang pearl habour next day terus ww2.
Presiden US masa tu dapat sokongan penuh dari rakyat US sendiri.

Perang US - Iran ni berlaku atas otak Trump sendiri.
Serang masa bulan ramadhan. pastu terus bom Presiden Iran.
ingatkan Iran huru-hara. rupanya melawan lagi.
sekali UAE & Saudi pun kena tempias.

US serang Iran & Vunuzuela sebagai step before war with China.
China pulak mmg nak War tapi tak jumpa cara tengelamkan Carrier US.
Once Gerald Ford US tu tenggelam...
China akan tunjuk belang dia yang betul. masa tu dia claim la 9 Dash.
Filipina tu pun beli BrahMos i tak percaya sangat. sebab ada isu tuntut sabah.


Quote Dwdrum 14-5-2026 08:27 AM
gigahertz replied at 13-5-2026 06:47 AM
thats the whole point about.
4 tahun sebelum Pearl Habour di bom
Jepun menyerang China... Preside ...

Sudah sudah lah membohong.... Congress pass untuk US war with iran...around 350 mil american... Ko mahu voice out kata american tidak support iran war.... Tskkk... Tskkk.. Tskk.

Stick to current geopolitic topic... N. Korea tidak akan war dengan japan...
Quote gigahertz 14-5-2026 02:37 PM
Dwdrum replied at 14-5-2026 12:27 AM
Sudah sudah lah membohong.... Congress pass untuk US war with iran...around 350 mil american... Ko ...

sekarang ni perang Iran - US ni rakyat US support tak ? dana bermillion pun rakyat tak support apa guna ?
Iran apa pun takde tapi steady sampai sekarang sebab rakyat dia
support pemimpin. dapat gaji Rial Iran paper tisu tu pun xpe.

[youtube]isItTvP9trQ[/youtube]
tahu ni apa ? Ni missiles jarak 1000km buatan Jepun.
NK test missiles lalu ruang udara Jepun. tak jadi apa.
kalau Jepun test misiles lalu ruang udara NK.
ingat si gemuk tu tengok je ke ?

Jepun dah kena ikat 80 tahun. tetiba ada missiles sendiri.
Dalam Perang China - Jepun ke 2 (Insiden Mukden)
Jepun sanggup letup landasan sendiri di Manchuria
semata-mata nak rampas Manchuria dari China.

Perang Iran-U.S jelas menunjukkan taktikal perang dah berubah 360
modal Dron & missiles murah.. US dah pening.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2026 11:55 AM GMT+8 , Processed in 0.168960 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top