|
BATU PAHAT: Pemandu van yang terbabit kemalangan sehingga mengorbankan murid Tahun Dua, Nur Aini Umairah Mohd Fareez, di hadapan pintu pagar sekolahnya, tengah hari tadi, sudah ditahan polis.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, berkata lelaki berusia 60 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Beliau berkata, pemandu itu ditahan sejurus insiden berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari. "Hasil siasatan polis mendapati kejadian berlaku ketika van dipandu lelaki itu bergerak keluar dari dalam kawasan sekolah setelah selesai menghantar barang. "Ketika bergerak keluar melalui pintu pagar utama, van itu melanggar mangsa yang sedang berjalan di hadapan pintu terbabit. "Akibat perlanggaran itu, mangsa yang parah pada bahagian kepala dan organ dalaman, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan Klinik Kesihatan Parit Sulong," katanya dalam satu kenyataan. Shahrulanuar Mushaddat berkata, pemandu van itu dilaporkan tiada mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu. Beliau berkata, siasatan dijalankan atas kesalahan memandu secara melulu atau berbahaya sehingga menyebabkan kematian. Jenazah Nur Aini Umairah, 8, selamat dikebumikan bersebelahan pusara neneknya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Mustaffa, Parit Sulong, jam 8.35 malam tadi. Suasana hiba menyelubungi majlis pengebumian yang dihadiri ratusan orang meliputi ahli keluarga, rakan dan penduduk kampung. Linangan air mata mengiringi perjalanan terakhir murid Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Maimon itu. Malah ibunya, Asmilah Tukiran, 37, dilihat beberapa kali hampir pengsan sejak menunggu di Jabatan Forensik, Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), bagi menuntut jenazah anak sulung daripada dua beradik itu. Sumber : Berita Harian
|
"Behind the wheel, every child is a blind spot."
FOTHER-MUCKER replied at 6-5-2026 11:12 AM
Tak tau nak kata
https://www.facebook.com/reel/2056493805291189/?fs=e&fs=e
FOTHER-MUCKER replied at 6-5-2026 11:12 AM
Tak tau nak kata
https://www.facebook.com/reel/2056493805291189/?fs=e&fs=e
prince_marhaen replied at 6-5-2026 10:57 AM
Ingat ayat ni pada yang memandu, esp kenderaan besar & tinggi.
Ayat ni cikgu driving school aku du ...
BungaKencana replied at 5-5-2026 08:33 PM
abg ipar aku langgar budak skolah yg melintas jalan tibe2.. dia nk pegi dkt bapak dia dkt seberang ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
15-5-2026 01:36 PM GMT+8 , Processed in 0.147366 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.