CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ammar Ahyan Percaya Bapanya Aliff Syukri Boleh Jadi Menteri, Bantu Elak Pembaziran Wang Negara

5-5-2026 09:58 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 649| Komen: 12|Original author: piyek92


amme.png


Anak sulung kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Ammar Ahyan berkata dia percaya bapanya boleh menjadi seorang menteri.

Memetik mStar Online, Ammar berkata bapanya mempunyai pengalaman luas dalam dunia perniagaan dan boleh membantu dalam pengurusan kerja untuk lebih efisien.

Tambar Ammar lagi, bapanya seorang yang tidak suka membazir sekaligus membantu untuk mengelakkan pembaziran wang negara.

“Ayah saya boleh jadi menteri. Pertama sekali, dia dah biasa dengan persekitaran syarikat swasta, jadi mungkin akan bantu pengurusan kerja kerajaan lebih efisien.

“Dengan pengalaman yang dia ada, mungkin akan bantu kerajaan lebih maju dan dia juga ada ciri-ciri kepimpinan sebab dia tak suka membazir, akan elak pembaziran wang kerajaan.

“Saya bukan akan undi dia sebab saya ni anak dia, tapi saya akan undi sebab tahu dia ketua yang sangat bagus,” katanya.

Hadir di Konvensyen 80 Tahun Umno pada Sabtu lalu, Ammar berkata dia mahu melihat sendiri bagaimana pemimpin menjaga negara serta rancangan untuk golongan muda.

Sumber: mStar Online, Rotikaya


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stingerkaypoh 5-5-2026 09:52 AM
Bagus lah dik, suruh apak ko bayor hutang/cukai Jibby skali..


Quote pinkpunk 5-5-2026 01:06 PM
dia ingat bapak dia donald trump ke?
Quote airmineral 5-5-2026 01:10 PM
xyah laa..kang abes lebur duit negara
Quote vender 5-5-2026 01:17 PM
Apak ko lagi takleh percaya.. Kecik lagi dah tipu jual berudu tp claim ikan..dgn disleksia tu mcm mana nak communicate dgn menteri luar? Jaga company sendiri bolehla sbb duit semua ko punya. Government ni duit dtg dari byk tempat, so takkan sama.
Quote ninja boy 5-5-2026 02:04 PM
Kena buat parti sendiri ka jika x mau dihantui dosa umno pas pn keadilan muda dll
Quote BungaKencana 5-5-2026 02:24 PM
tak yah la kang lg bingit dlm Parlimen tu..
Quote supernaturalee 5-5-2026 04:48 PM
dh nmpk tanda2 nk mcm apok nye jugak

Quote Purestteam1 5-5-2026 05:00 PM
berpijak la dibumi yg nyata...
Quote L.U.S.M 5-5-2026 07:48 PM
Bapak dia ni xde ciri pemimpin..


ciri business man adalah..sbb gila duit..gila attention..me me me all the way
Quote sayawifenikmie 6-5-2026 01:03 AM
si ammar ni macam hmmm
adik dia si cess tu bagus
Quote noor2 6-5-2026 07:04 AM
Edited by noor2 at 6-5-2026 07:24 AM

Budak ni nampak boleh berjaya mcm ayahnya...tinggi besar sungguh..berdiri sebelah KJ pun..KJ nampak kecik pendek..padahal KJ tinggi je
Quote sleepandream 6-5-2026 12:37 PM
org kaya ni dalam bisnes tu sendiri pun dah kira politik..
tengku zafrul tu ha... ada dia kisah parti apa? kita yg marhaen ni ja setia dengan parti politik bergaduh sama sendiri... yg kat atas tu belakang marhaen comolot sesama dorang...

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2026 01:21 AM GMT+8 , Processed in 0.125209 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top