KUALA LUMPUR: Akta Hasutan masih diperlukan bagi kes membabitkan kaum, agama dan institusi diraja (3R), namun tidak wajar digunakan terhadap pengkritik politik, kata Jurucakap Kerajaan, Datuk Fahmi Fadzil.
Fahmi yang juga Menteri Komunikasi, berkata pendirian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ialah isu politik yang perlu dijawab secara politik, manakala pihak berkuasa masih boleh bertindak dalam kes menyentuh ketenteraman awam, perpaduan negara atau institusi raja-raja Melayu.
"Jika ia menyentuh raja-raja Melayu, atau perkara berkaitan agama dan kaum, ini adalah elemen hasutan yang boleh mengganggu keharmonian dan perpaduan.
"Polis perlu mengambil tindakan sesi langsung 'Tanya – Jangan Sentap!' yang dimuat naik di laman Facebook beliau.
Fahmi berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Dr Noor Azizan Abdul Majid dalam temu bual berkenaan, yang turut menyentuh isu krisis bekalan global, tekanan kos sara hidup, ketidaktentuan global serta situasi politik di Negeri Sembilan.
Beliau berkata, Anwar berusaha mewujudkan pendekatan baharu, iaitu isu politik dijawab secara politik, manakala perkara yang membabitkan ketenteraman awam, perpaduan negara dan penghormatan terhadap institusi raja-raja Melayu tidak boleh dipandang ringan.
Katanya, pendekatan Anwar terhadap sistem keadilan tidak babitkan campur tangan dalam siasatan oleh agensi penguat kuasa, termasuk polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Beliau berkata, terdapat tanggapan bahawa Perdana Menteri akan menghubungi agensi penguat kuasa atau mahkamah untuk mempengaruhi kes tertentu.
"Ramai beranggapan Perdana Menteri membuat panggilan untuk meminta tindakan diambil, mempengaruhi hakim dalam kes tertentu, atau mengarahkan perbicaraan diteruskan. Hakikatnya, perkara itu tidak berlaku," katanya.
Fahmi turut menolak dakwaan bahawa negara kembali kepada amalan lama apabila perhimpunan aman iaitu berdepan tindakan Unit Simpanan Persekutuan (FRU), gas pemedih mata, penangkapan besar-besaran dan semburan air bercampur bahan kimia.
"Era itu sudah berlalu," katanya.
Sumber – KOSMO! ONLINE
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|