CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Kesalahan Saya Dengan A Aida Disebabkan Dadah, Buatkan Lupa Tanggungjawab” - Ameng

5-5-2026 09:37 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1507| Komen: 20

 


Penyanyi terkenal, Ameng berkata kesalahan terbesar pernah dilakukan ketika perkahwinan terdahulu adalah terjebak dengan bahan terlarang.

Memetik Oh Bulan, Ameng menjelaskan mengenai kenyataan bekas isterinya, Datuk A Aida yang menghalalkan segala dosanya.

Menurut Ameng lagi, disebabkan pengambilan bahan terlarang itu membuatkan dia lupa tanggungjawab pada keluarga sehingga menjejaskan kerjayanya.

“Kesalahan saya dengan A. Aida adalah disebabkan dadah, tiada perkara lain. Kesan daripada itu membuatkan saya lupa tanggungjawab terhadap keluarga dan merosakkan kerjaya.

“Apabila kerjaya terjejas, rezeki pun terjejas, dan akhirnya keluarga turut terkesan. Pada ketika itu, A. Aida sudah hilang keyakinan terhadap saya dan merasakan tiada masa depan,” katanya.

Bagaimanapun, Ameng bersyukur isterinya, Sabariah Zakaria yang setia berada di sisinya serta mengakui banyak dosa sehingga nekad untuk pulih. 

“Saya hanya minta kepada Tuhan supaya saya pulih. Saya sedar saya banyak buat dosa, terutama kepada isteri saya, Sabariah.

“Dulu setiap kali saya bawa kawan-kawan ke rumah dan terlibat dengan aktiviti tidak sihat, isteri saya akan membaca yasin untuk menenangkan diri kerana dia tahu keadaan saya ketika itu sukar dikawal.


“Selepas keluar dari penjara, kalau saya masih tidak berubah, memang saya ini teruk. Itu yang buatkan saya nekad untuk pulihkan diri,” katanya.

Terdahulu, Aida terharu dengan kesungguhan bekas suaminya yang membantu dalam persembahan anak mereka, Azeva serta menghalalkan segala dosa Ameng terhadapnya.

Sumber: Oh Bulan, Rotikaya

 

 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote emera 5-5-2026 10:07 AM
Bagus!
Quote lasagna 5-5-2026 10:14 AM
alhamdulillah.. bagus papa meng, dia tau benda tu salah..
nasib iman tu kuat, kalau tak terbabas jauh lagi dan lagi.
Quote slyfynx 5-5-2026 10:49 AM
Kesalahan saya dengan A. Aida adalah disebabkan dadah, tiada perkara lain. Kesan daripada itu membuatkan saya lupa tanggungjawab terhadap keluarga dan merosakkan kerjaya.


Wartawan cari, belajar buat tajuk dgn betul. Die xde cakap pun yang die x lupa tanggungjawab. Ayat ni pun dah contradict dgn tajuk
Quote sofi_sofia 5-5-2026 12:03 PM
dah pernah dengar podcast dia .. dia cerita dari mula sampai akhirnya keluar penjara .. mmg menginsafkan ... harap ada pihak2 yg boleh buat buku kisah hidup dia nih ... mmg betul2 menginsafkan ...
Quote Shayang 5-5-2026 12:43 PM
lasagna replied at 5-5-2026 10:14 AM
alhamdulillah.. bagus papa meng, dia tau benda tu salah..
nasib iman tu kuat, kalau tak terbabas jau ...

Tiap kali tgk parut kat punggung mesti akan insaf punya
Tak silap aku dia kena 10 kali
Dan dia pilih kena sebat awal juga masa bulan2 awal masuk dalam.

Quote lasagna 5-5-2026 01:51 PM
Shayang replied at 5-5-2026 12:43 PM
Tiap kali tgk parut kat punggung mesti akan insaf punya
Tak silap aku dia kena 10 kali
Dan dia pil ...

yer laa tu, msa dia cite kat podcast tu,
setiap libasan dia dah merasa kan, sakitnya camne plak..
ngeri dgr dia cerita tu..
Quote puanbintang 5-5-2026 03:54 PM
suka dengar podcast dia..bercerita sambil melawak tapi ada pengajarannya
Quote HappyGumbira 5-5-2026 04:08 PM
Iols puji A.Aida for the sake of anak, dia willing jemput Ameng iring anak masa konsert 1st. Iols puji sikap dia professional & beri yg tbaik untuk anak. Iols juga suka masa A.Aida cakap dia tak nak mute mic sbb nak dengar komen juri supaya dia boleh baiki bakat anak dia
Quote Bedak_Carrie 5-5-2026 05:46 PM
Memang betul2 sabar acik Sabariah...
Seindah namanya....
Quote Zeatyisaac 5-5-2026 05:49 PM
HappyGumbira replied at 5-5-2026 04:08 PM
Iols puji A.Aida for the sake of anak, dia willing jemput Ameng iring anak masa konsert 1st. Iols pu ...

Tabik spring kat A. Aida waktu dia izinkan ameng jadi wali anaknya. Waktu tu dia tak meroyan, dia tak lari. Dia terima kehadiran Ameng seadanya di majlis kahwin anaknya.
Quote lanacondor 5-5-2026 06:34 PM
Meolz igtkan selama ni a.aida yg jahat.. sorry tok a.aida.. dua2nya mmg penyabar ye.. tapi isteri sekarang ssh nak cari sehebat dia.. perempuan lain mmg dah lama lari dah..
Quote doubleA 5-5-2026 06:40 PM
Rezeki ameng bini, ex bini dan anak3 dia semua baik2 hati. Aaida pun bagus, sabariah skg sgt penyabar. Rezeki banyak, umpama dpt peluang kedua utk hidup kembali, diterima dan disayang masyarakat pulak. Tiber ameng femes balik dengan semua ahli keluarga dia femes
Quote seibei 5-5-2026 08:35 PM
doubleA replied at 5-5-2026 06:40 PM
Rezeki ameng bini, ex bini dan anak3 dia semua baik2 hati. Aaida pun bagus, sabariah skg sgt penyaba ...

rezeki kan.. dan suka komen ni. alhamdulillah utk ameng dan keluarga2nya
Quote Siput_Sawah 6-5-2026 09:02 AM
Alhamdulillah,semoga yang baik baik utk kita semua kat sini.
Quote Gianna111 6-5-2026 10:19 AM
i rasaa ameng ni suami dan ayah yang ok cuma tu la tahik dadah  lain sikit kadang kadang..sebab tu A aida masih hormat dia sebagai ayak kepada anak anak mreka.
Quote downiey 9-5-2026 08:08 PM
suke tgk tt ameng
Quote downiey 9-5-2026 08:08 PM
suke tgk tt ameng
Quote Shayang 10-5-2026 03:44 PM
Zeatyisaac replied at 5-5-2026 05:49 PM
Tabik spring kat A. Aida waktu dia izinkan ameng jadi wali anaknya. Waktu tu dia tak meroyan, dia  ...

Kalau ikutkan lepas cerai dulu ada isu gak
Mek da penah je failkan tuntutan nafkah sbb lepas cerai mmg tak penah bg nafkah langsung iaitu RM1k sebulan.
Dekat 90k gak masa tu masa tu nafkah tertunggak pastu taktau apa cite mungkin dh dihalakan la kot semuanya.
Lepas Mekda kahwin ngn polis tu dulu pun selalu kena ganggu dapat mesej yg bkn2 siap ugutan bagai kire mcm gila bayang kot ntahla atau kesan ngisap gaknya.
Maka tak adil gak bila ada netizen banding2kan  bini dan ex bini.
Memasing punyai jalan cerita sendiri Alhamdulillah skrg semuanya dah ok ok saja.
Anak2 pun elok kemenjadian walau lalui jalan hidup yg berliku family berantakkan bagai.
Quote DeLuna85 10-5-2026 10:26 PM
Anaknya pun cantik juga kan. Muka ex wife

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2026 04:54 AM GMT+8 , Processed in 0.059412 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top