CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Ayah Terkilan Tak Dapat Tunai Haji” – Afiqah Jalil, Anak Arwah Jalil Hamid

5-5-2026 08:45 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 500| Komen: 5



Anak Allahyarham Jalil Hamid iaitu Afiqah Jalil berkata impian bapanya yang tidak kesampaian untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah haji akibat masalah kesihatan jantung.

Memeti BH Online, Afiqah berkata bapanya terkilan kerana sudah melakukan persiapan dengan menghadiri kursus haji dan memperbaharui pasport.

“Memang ayah terkilan sebab tahun ini dia sudah pergi kursus haji dan buat persiapan, tetapi tidak dapat menunaikan haji kerana masalah jantung.

“Tahun lalu pun ibu sahaja yang pergi menunaikan haji. Ayah memang kecewa, tetapi saya selalu pujuk dan cakap tidak mengapa,” katanya.

Tambah Afiqah lagi, menunaikan haji adalah impian terbesar arwah bapanya dah sering menjadi topik perbualan mereka sekeluarga.

“Itu antara hasrat terbesar ayah, dia memang teringin sangat nak pergi haji. Kami selalu juga bergurau tentang perkara itu,” katanya.

Dalam pada itu, Afiqah berkata bapanya menerima rawatan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) dan menghadiri temu janji susulan seperti biasa.

“Semalam kali terakhir kami bersembang. Selepas Subuh, ayah banyak berehat dan tidur di bilik,” katanya.

Sumber: BH Online. Rotikaya

 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chacon 5-5-2026 09:14 AM
buat la badal haji untuk arwah..
Quote lasagna 5-5-2026 10:10 AM
yer betul, boleh buat badal haji untuk arwah..
pernah family kami buat untuk arwah atok, sbb dia ada masalah jantung,
masa tu nenek jer dpt pegi sorg dgn geng surau dia.

tapi hati2 juga, sbb badal haji pun ada scammer..
so ikot laa saluran yg bener insyaAllah.
Quote Purplehaz 5-5-2026 05:20 PM
niat baik dah ada..dapat pahala. insyaAllah.
Quote likilu 5-5-2026 05:28 PM
Ha? Terkilan dengan siapa? Pemilik tanah haram ke? Dia pemilik nyawa jugak? Aneh aneh statement.
Quote ekselen 5-5-2026 05:59 PM
chacon replied at 5-5-2026 09:14 AM
buat la badal haji untuk arwah..

betul... boleh je buat badal haji.. islam tu kan memudahkan umat2nya..

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2026 05:26 AM GMT+8 , Processed in 0.030974 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top