CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Aktivis kemanusiaan dan bekas wartawan, Zainal Rashid Ahmad atau ZRA akan belayar semula ke Gaza

4-5-2026 05:30 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1099| Komen: 6|Original author: Inigo-Montoya


ZRA-GLOBAL-SUMUD-FLOTILLA-e1777809205778.jpg


PETALING JAYA – Aktivis kemanusiaan dan bekas wartawan, Zainal Rashid Ahmad atau ZRA bersama sembilan lagi aktivis Malaysia yang menyertai Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 akan kembali meneruskan pelayaran ke Gaza, Palestin.

Zainal Rashid berkata, mereka yang sebelum ini dibebaskan selepas ditahan rejim Israel, akan meneruskan misi GSF itu melalui pelayaran bermula dari Istanbul, Turkiye.

“10 orang sihat, walaupun menerima pelayanan buruk di atas kapal. Tapi kami konsisten, singgah di Istanbul bukan untuk kembali ke Kuala Lumpur. Kami meneruskan pelayaran dari Istanbul ke Gaza,” katanya menerusi satu hantaran video pada Facebook hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut mengajak rakyat Malaysia terus bersatu dalam soal Gaza, malah meminta kerajaan untuk menghantar nota bantahan bagi membebaskan dua lagi aktiviti Saif Abukeshek dan Thiago Avila yang ditahan Israel.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, seramai 175 aktivis termasuk 10 rakyat Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan GSF 2.0 dilaporkan diculik dan dibawa ke Israel menggunakan kapal laut milik rejim Israel.

Insiden tersebut berlaku ketika flotila menghampiri perairan Greece dengan 21 kapal disahkan telah dipintas oleh pihak rejim pada jarak kira-kira 80 batu nautika.

Mereka kemudian dilepaskan di Pelabuhan Lera Petra di Kepulauan Crete serta dibawa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Heraklion menaiki bas yang disediakan oleh pihak Greece serta diterbangkan ke Istanbul. 


Sumber – KOSMO! ONLINE




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chacon 5-5-2026 09:15 AM
sekarang sibuk isu iran as jadi sumud dah tak diberi tumpuan sangat
Quote Decaffeinated 5-5-2026 11:27 AM
Nama dah ada dalam rekod, kalau sangkut lagi dapat pula layanan exra jangan pula salahkan ibu mengandung
Quote ultra78 5-5-2026 12:13 PM
Lepas ni kalau ditangkap lagi akan disumbat masuk penjara di israel?
Quote areyam 5-5-2026 01:55 PM
ultra78 replied at 5-5-2026 12:13 PM
Lepas ni kalau ditangkap lagi akan disumbat masuk penjara di israel?

Isrehell skrang boleh buat hukum bunuh....
Quote IzzahF 5-5-2026 02:09 PM
ulang 33x sampai ajm
Quote ninja boy 5-5-2026 02:15 PM
Edited by ninja boy at 5-5-2026 02:27 PM

Israel Palestine tu berkonflik jangka panjang, jika Palestine menang pun x lama kemudian dajal muncul perang2 lagi kawasan arab Iran Iraq Syria Lebanon, zaman huruhara makanan xde sungai kering, itu pilihan masing2, tapi kita x boleh kontrol dunia menuju kiamat x boleh stop binanya bgnn tinggi x boleh stop lahir nya ramai anak luar nikah x boleh stop china tanam pokok di gurun x boleh stop membina penempatan di marikh
Setengah org kita x sedar nak cepat2 kawen cepat2 beranak nak cepat2 palestine menang nak cepat2 dajal turun nak cepat2 imam mekdi turun nak cepat2 nabi Isa turun nak cepat2 matahari gostan

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2026 12:07 AM GMT+8 , Processed in 0.245567 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top