CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mahkamah Israel lanjut tahanan aktivis Global Sumud Flotilla, Thiago dan Saif dua hari lagi

4-5-2026 05:29 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 658| Komen: 1|Original author: Inigo-Montoya


Global-Sumud-Flotilla-Saif-dan-Thiago.jpeg


PETALING JAYA – Mahkamah Majistret Ashkelon, Israel hari ini melanjutkan tempoh tahanan dua pemimpin aktivis Global Sumud Flotilla, Thiago de Avila dan Saif Abukeshek selama dua hari lagi sehingga Selasa ini.

Keputusan itu dibuat susulan penahanan kedua-dua aktivis terbabit selepas mereka ditahan tentera laut Israel ketika misi flotila kemanusiaan di perairan antarabangsa pada 30 April lalu.

Menurut kenyataan peguam The Legal Centre for Arab Minority Rights in Israel (Adalah) hari ini, pihak pendakwa raya Israel pada prosiding mahkamah memohon lanjutan reman selama empat hari dengan mengemukakan beberapa dakwaan serius.
Antaranya termasuk membantu musuh ketika perang, berhubung dengan ejen asing, keanggotaan serta memberi perkhidmatan kepada organisasi pengganas dan pemindahan harta untuk organisasi pengganas.

Bagaimanapun, peguam Adalah, Hadeel Abu Salih dan Lubna Tuma berhujah bahawa keseluruhan proses perundangan tersebut adalah tidak sah serta melanggar undang-undang antarabangsa.


Mereka menegaskan Israel tidak mempunyai bidang kuasa undang-undang untuk mendakwa warga asing yang ditahan di perairan antarabangsa, selain menyifatkan pertuduhan keselamatan itu sebagai tindakan balas terhadap pemimpin aktivis kemanusiaan.

Adalah turut mendakwa kedua-dua aktivis berkenaan menjadi mangsa penderaan fizikal serius termasuk dipukul, diasingkan serta ditutup mata selama beberapa hari ketika dalam tahanan di laut.

Setakat ini, tiada pertuduhan rasmi difailkan terhadap Thiago dan Saif, namun kedua-duanya masih ditahan di pusat tahanan Shikma, Ashkelon bagi siasatan lanjut.

Menurut Adalah, kedua-dua aktivis itu juga meneruskan mogok lapar sebagai bantahan terhadap penahanan yang didakwa menyalahi undang-undang serta layanan buruk yang diterima mereka sepanjang tempoh tahanan.


Sumber - KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chacon 5-5-2026 09:16 AM
mana dorang dapat duit kalau jadi aktivis ke memang ada kerja tetap

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2026 11:55 PM GMT+8 , Processed in 0.191558 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top