CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pas, Dr Akmal gagal kemuka alternatif pacu pelancongan negara - Teresa Kok

4-5-2026 05:26 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 878| Komen: 14

 



PETALING JAYA – Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok menggesa Pas dan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh supaya tidak hanya membantah penganjuran acara pelancongan sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026). 

Sebaliknya Pas dan Dr Muhamad Akmal diminta tampil dengan cadangan lebih konstruktif bagi merancakkan sektor pelancongan negara.

Teresa berkata kedua-dua pihak perlu mengemukakan alternatif yang mampu menarik kemasukan pelancong asing serta merangsang ekonomi tempatan jika tidak bersetuju dengan penganjuran festival hiburan seperti Rain Rave Water Music Festival 2026 di Bukit Bintang.

Beliau berkata, menghairankan apabila kedua-dua pihak yang lantang menolak program tarikan pelancong ini gagal mengemukakan sebarang alternatif yang konstruktif untuk memacu industri pelancongan negara.

“Pas dan Dr. Akmal perlu berpijak di bumi nyata. Majoriti pelancong asing melawat Malaysia untuk berehat, mencari hiburan, dan merasai kemeriahan budaya bandar raya. Mereka datang bukan untuk terikat dengan sekatan moraliti yang melampau.

“Jika mereka tidak bersetuju dengan penganjuran konsert jalanan atau festival muzik, maka mereka bertanggungjawab membentangkan program lain yang mampu membawa masuk berjuta-juta pelancong,” katanya di Facebook.

Teresa turut berkata rekod pentadbiran Pas dalam sektor pelancongan juga membimbangkan, dengan merujuk kepada kemerosotan industri pelancongan di Langkawi yang menurutnya tidak wajar dijadikan contoh untuk negara.

“Jangan jadikan Malaysia sebuah negara yang lesu pelancongannya seperti mana berlaku di Langkawi akibat imej dan dasar sempit.

“Fokus kita sekarang sepatutnya pertumbuhan ekonomi dan kejayaan VM2026, bukannya politik bantahan berasaskan kaum dan agama yang hanya menjauhkan pelabur serta pelancong,” ujarnya.

Terdahulu, Ketua Pemuda Pas Selangor, Sukri Omar dilaporkan membantah penganjuran Rain Rave Water Music Festival 2026 kerana didakwa tidak mencerminkan identiti Malaysia, manakala Dr. Akmal pula mempersoalkan kewajaran festival itu diteruskan ketika kerajaan perlu berjimat. 

Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote FOTHER-MUCKER 4-5-2026 05:38 PM
Bagi tau kepada PAS bukit bintang adalah dibawah jajahan DAP!
Quote Raline 4-5-2026 05:44 PM
“Pas dan Dr. Akmal perlu berpijak di bumi nyata. Majoriti pelancong asing melawat Malaysia untuk berehat, mencari hiburan, dan merasai kemeriahan budaya bandar raya. Mereka datang bukan untuk terikat dengan sekatan moraliti yang melampau.

“Jika mereka tidak bersetuju dengan penganjuran konsert jalanan atau festival muzik, maka mereka bertanggungjawab membentangkan program lain yang mampu membawa masuk berjuta-juta pelancong,”


confirm ke yang datang pesta air tu pelancong asing?? ke rakyat malaysia je campur bangla2 pinoy vietnam pak arab yg dok bb.. konon la juta2 pelancong datang.tiru thailand buat apa macam tak ada keistimewaan sendiri..singapore pun buat pesta dikir barat malu la woii
Quote slavehunter 4-5-2026 06:45 PM
Aku bru balik Langkawi elok jer ramai tourist. French Algerian ramai, Caucasian, Korean black semua ada. Langkawi bukan target B40 tourist, Langkawi target upper class dorang tengah build Hilton hotel pulak kat bawah cable car tu.

Orang Kedah sendiri tak bercuti kat Langkawi sebab dia kata mahai. 30 mins Jet Ski Rm180 around the beach, kalau nk Island hoping naik Jet ski rm700 sorang. Ni bukan target locals.

Langkawi is for foreigners yang mampu bayar. India national tanah besar pun ramai, dah jadi macam Thailand dah. Penuh yennadey jer.

So this Ah So kata sendu not sendu, but they don't target cheap charlie tourist.
Quote slavehunter 4-5-2026 06:47 PM
Raline replied at 4-5-2026 05:44 PM
confirm ke yang datang pesta air tu pelancong asing?? ke rakyat malaysia je campur bangla2 pinoy v ...

Ke pergi tengok social media content yang datang semua Bangla jer. Haha.
Quote slavehunter 4-5-2026 06:55 PM
slavehunter replied at 4-5-2026 06:45 PM
Aku bru balik Langkawi elok jer ramai tourist. French Algerian ramai, Caucasian, Korean black semua  ...

Plus...sejak kes Diesel budget cut ni dorang kurangkan frequency ferry tak silap aku 3 Kali sehari jer I'm not sure to LGK from Kuala Perlis/Kuala Kedah. So cheap charlie tourist(locals) don't have any other choice melainkan naik flight saja atau tourist lain naik boat dari Satun-Koh Lipe.

I heard masa time aku kt sana ada protest kat Jetty Point tu protest batalkan frequency ferry tu, dorang nak more frequencies. Kan katanye negara ni ada minyak diesel sebenarnye siap jual kat Philippines. Indirectly shorten frequency tu kira nak bunuh industry pelancongan Langkawi juga!  Haha.
Langkawi kan kawasan Tun M.
Quote lanacondor 4-5-2026 08:07 PM
Knp pulak pas dgn akmal nak kene pikir cara nak pacu sektor pelancongan? Tu portfolio siapa? Yg di beri gaji tu la yg kene pikir. Kalau mlm tu jadi kes tikam agak2 menteri nak bertanggungjawab ke?
Quote manopBKK 4-5-2026 08:10 PM
Edited by manopBKK at 5-5-2026 10:08 AM


[twitter]https://twitter.com/hitamminyak98/status/2051472414178255109?s=61[/twitter]
[twitter]https://twitter.com/ariffinmk/status/2050443708219498584?s=61[/twitter]


Quote Blu3butter 4-5-2026 09:22 PM
Betul ke berjaya tarik berjuta pelancong dtg. Tak dgr lak heboh pasal ni kat mana2 ke aiol terlepas pandang berita pasal tu
Quote Decaffeinated 5-5-2026 07:44 AM
lanacondor replied at 4-5-2026 08:07 PM
Knp pulak pas dgn akmal nak kene pikir cara nak pacu sektor pelancongan? Tu portfolio siapa? Yg di b ...

Kita perlukan pengkritik yang juga menyumbang idea. Kalau kat obersea pembangkang siap ada jawatan shadow ministers.
Quote Purestteam1 5-5-2026 08:22 AM
kemain kau makcik teresa... ckp mcm dh lama jadi kerajaan..haha
Quote prince_marhaen 5-5-2026 09:46 AM
tak padan ada gambar jijik tido terkangkang nyonya ni... masih lagi jadi ahli politik ye..
Quote Shah_606 5-5-2026 11:05 AM
Akmal duk claim melake byk pelancong...
Mase die blom lahir, die nak membesar dari thn 1988 pun dah byk pelancong... ????
Quote kanam316 5-5-2026 06:01 PM
sesudu minyak sawit
Quote FOTHER-MUCKER 6-5-2026 09:49 AM
Muka muka antarabangsa .....


[youtube]diFNdMlWIUo[/youtube]
https://m.youtube.com/watch?v=diFNdMlWIUo&t=322s

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2026 11:29 PM GMT+8 , Processed in 0.037913 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top