CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Syarat lelaki nak kahwin, solat 40 hari di belakang imam’ - Aliff Satar

4-5-2026 05:24 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 887| Komen: 15

 


Pelakon dan penyanyi Aliff Satar berpendapat setiap bapa perlu menitikberatkan didikan agama berbanding harta benda dalam diri bakal pasangan anak perempuan mereka.

Menurut Alif, 36, pandangan tersebut dikongsi selepas mendengar cerita daripada kenalannya yang merupakan seorang ustaz ketika mahu memilih pasangan buat anak perempuannya.

“Baru-baru ini anak ustaz aku nikah, kami tanya bagaimana pilih calon suami dan nak tahu bahawa lelaki itu betul-betul ikhlas mahu berkahwin dengan anak perempuan kesayangan dia.

“Sebelum kongsi syarat, ustaz beri kami hadis dan bagus untuk kita amalkan. Dia kata, seseorang kalau dia solat lima waktu di belakang imam selama 40 hari berturut-turut, akan hilang sifat munafik.

“Kata ustaz, dia beri satu syarat kepada lelaki itu, kalau nak kahwin dengan anak perempuannya boleh tetapi perlu solat lima waktu di belakang imam selama 40 hari berturut-turut.

“Waktu di belakang imam, ambil gambar dan tunjuk yang dia ada pada waktu tersebut,” katanya dalam sebuah video.

Kongsinya lagi, lelaki itu menuruti permintaan tersebut dan melakukan dengan sepenuh hati bagi menghalalkan wanita pilihan hati.

“Budak lelaki ini bagus, dia bersungguh-sungguh nak kahwin dengan anak ustaz.

“Dia buatlah syarat tersebut, ambil foto televisyen tertulis tarikh dengan waktu, Subuh hingga Isyak selama 40 hari berturut-turut.

“Dia berjaya dan menikah dengan anak ustaz,” ujarnya.

Kata Alif, perkara tersebut bagus dijadikan panduan dan ikutan mana-mana lelaki terutama yang mempunyai anak perempuan.

“Saya rasa benda ini bagus untuk diamal dan diajar. Bukan wang tunai jadi cagaran untuk anak kita.

“Bukannya datang dan beritahu saya ada duit nak anak kau. Eh, aku pun ada duit, kau nak bimbing anak aku macam mana?” jelasnya.

Dia juga berkata, setiap bapa perlu mendidik anak perempuan agar tahu harga diri sendiri selain menjaga solat sekiranya mahu pasangan melakukan hal sama.

“Paling penting ialah sebagai bapa dan suami, perlu didik anak-anak perempuan kita untuk berdikari dan tahu nilai harga diri.

“Namun yang paling utama, sebelum kita suruh orang lain solat lima waktu 40 hari di belakang imam di masjid, pastikan kita pun sudah melakukan hal sama. Selamat berjaya,” ujarnya lagi. 

Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lanacondor 4-5-2026 08:09 PM
Janji solat 5 waktu tu jaga.. bukan semua org ada kelapangan nak solat jemaah setiap waktu.
Quote SelakLangsir 4-5-2026 10:27 PM
Yelah dekk. Bkn nk kawin anak komer. Dgn anak komer, mgkin byk tapisan lain lg
Quote LadyCarefree 4-5-2026 10:37 PM
Overnya.
Quote timahterung 4-5-2026 11:04 PM
Poyo jekkk ... Sekali kecundang di tengah jalan , ku sangka panas sampai ke petang rupanya ribut di pagi hari menjanda juga anak ustaz .

uolls perasan tak zaman sekarang ni ramai ustaz/ustazah  poyo/ngada2/over ...
Quote thelilyallen 4-5-2026 11:24 PM
timahterung replied at 4-5-2026 11:04 PM
Poyo jekkk ... Sekali kecundang di tengah jalan , ku sangka panas sampai ke petang rupanya ribut di  ...

Dia ni zaman muda pun idoklah alim mana kan. Poyo je. Bini dia dulu bukan sexy ke walaupun badan mcm tong
Quote ninja boy 4-5-2026 11:39 PM
Nyanyi ke laut, mengacara biasa2 ja, suara x sedap camana boleh nyanyi dlm tv event itu event ini pakai kable ka, sepatutnya siti ella aina ka  
Quote ninja boy 4-5-2026 11:46 PM
nak suruh anak tok imam kawen anak tok bilal, anak penggali kubur kawen anak tukang mandi jenazah, anak ustaz kawen anak guru kafa, anak tok kadi kawen anak tok darulsifa
Quote silampumeja 5-5-2026 09:00 AM
waktu i dengar dia keluarkan statement dalam video ni i macam tertanya tanya....kalau boleh jangan jadikan sebagai asbab yang satu satunya dahlah. tak dinafikan tabiat boleh diubah untuk 40 hari tu...tp dengan cara amik gambar dan send tu , ibadah jadi nilai untuk hamba pulak...

satu cara baik tapi tidak terlalu impactful pun. waktu nak, laki boleh je adjust sampai memenuhi kehendak wali tu. Nanti jadi trend yang sekadar trend.

For me effort terbaik nak kenal org tu adalah bermusafir / travel sama-sama. akhlaq, ibadah, value seseorang dalam hidup boleh dikenali dengan cara ini. Islam pun galakkan.

Quote sleepandream 5-5-2026 11:07 PM
islam ni mudah.. tapi jadi kompleks dan mengelirukan sebab benda2 macamni..
pebende ambik gambar? baikla dalami maksud setiap bacaan dalam solat tu.. gitchew iols tambah syarat lain

Quote SANKURIANG 6-5-2026 05:52 AM
Dia tau tak? Orang now, kerja 2,3 jobs nak cari rezeki, nak solat pun terkejar2, pada aku janji budak tu tak tinggal solat. Ni nak suruh ambik gmbr jam di masjid la, sebagai tanda mereka buat solat jemaah. Adoi..Alip2….. mana datang logik nya tu????? Apply law tu utk anak kau aja la. Dia sejak bertitle Haji ni, len macam lak pembawakan nya. Dah agak sendu….
Quote vender 6-5-2026 06:57 AM
Kalau dah 40 hari ikut belakang imam setiap subuh pi jemaah 5 waktu kat masjid tu...bakal menantu tu kerja ke tak?
Quote BungaKencana 6-5-2026 09:14 AM
ala kau pun nyanyi terkangkang smpai kne tegur.. hal ustaz biarkan jela tak pyh share, tak semestinya dia ikut solat 40hari tu perangai dia auto baik.. kdg sblm dpt sanggup buat mcm2, dah dpt lain jadinya.. so asalkan bakal menantu tu rajin usaha solat wajib 5 waktu tak tggl bertanggungjwb da ok dah...
Quote ekselen 6-5-2026 10:35 AM
silampumeja replied at 5-5-2026 09:00 AM
waktu i dengar dia keluarkan statement dalam video ni i macam tertanya tanya....kalau boleh jangan j ...

takat nk berlakon mcm tu pun boleh je kan? mcm disuruh2 tu mcm x ikhlas plk bunyiknya.. kalau betul2 nk carik pegi la masjid tu tgk sendiri.. lepas kawin tu pasti sgt ke yg org tu akan buat benda yg sama? baikla ko solat istikharah je mintak petunjuk... tu terang2 dlm Islam pun dianjurkan.. ntah pape je lah.. yg Alip ni pun udah2 ler nunjuk sgt bla bla bla.. ye phm korang geng2 subuh bagai tp kalau nk molek lg stop la invovle dlm dunia hiburan lagha tu, buat la keja lain yg hasil bkn dr hiburan lagha.. sbb imej yg dibwk x selari dgn apa yg ditonjolkan.. ritu tgk dia berlakon dlm muvi tajuk pulau ke apa tah.. kemain yg pompuan2 tu baju seksi2 doh.. tergamam iols geng subuh berlakon citer2 camtu
Quote ekselen 6-5-2026 10:37 AM
BungaKencana replied at 6-5-2026 09:14 AM
ala kau pun nyanyi terkangkang smpai kne tegur.. hal ustaz biarkan jela tak pyh share, tak semestiny ...

kannnnnn... mandai2 je la.. tgk pas kawin nanti br tau true colors laki bini tu.. lom kawin bole la acah2 dok masjid 24 jam pun sanggup
Quote silampumeja 7-5-2026 09:02 AM
ekselen replied at 6-5-2026 02:35 AM
takat nk berlakon mcm tu pun boleh je kan? mcm disuruh2 tu mcm x ikhlas plk bunyiknya.. kalau betu ...

huhu Pulau tu memang kontroversi waktu tayang tu kan... iols taknak sentuh pun bab personal sgt, tp alif ni mgkin eagerness dia dgn ilmu baru yang dia dapat tahu... dia rasa patut share boleh jadi hype. for me boleh jugakla buat rujukan kedua sebelum dia post and galakkan org ikut tips yang dia share.
Ustaz tu mybe dia dah tgk part lain bakal menantu dia tu.. Solat jemaah tu dia nk concludekan je melengkapi akhlaq dan nilai lain yg dah ada... bayangkan laki macam rosmaini abd raof yang kaki pukul bini tu ... kawin dah 9 kali. dia buat je pura-pura gi sembahyang jemaah 40 hari demi nak kawin .... mcmana...






Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2026 04:14 AM GMT+8 , Processed in 0.186491 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top