CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

2 askar Amerika hilang di Maghribi mungkin terjatuh dalam laut

4-5-2026 05:13 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 790| Komen: 3|Original author: akido_kido


2-ASKAR1-2048x1365.jpg


RABAT – Dua anggota tentera Amerika Syarikat(AS) yang hilang ketika dalam  latihan di selatan Maghribi kali terakhir dilihat berhampiran sebuah tebing  dan mungkin  terjatuh ke dalam laut, seorang pegawai pertahanan AS memberitahu AFP.

Pencarian besar-besaran di darat, udara dan laut dilancarkan oleh tentera AS, Maghribi dan sekutunya di Kawasan Latihan Cap Draa selepas askat tersebut hilang lewat kelmarin, kata kedua-dua belah pihak.

Pencarian masih diteruskan sejurus sebelum pukul 10 pagi (waktu Malaysia) semalam,  kata pegawai AS itu kepada AFP.

“Saya boleh mengesahkan insiden ini tiada kaitan dengan pengganas tetapi nampaknya satu kemalangan.

“Laporan awal menunjukkan kedua-dua askar  mungkin  terjatuh ke dalam laut,” katanya.

Akhbar The Wall Street Journal melaporkan, pegawai tentera percaya dua askar hilang itu pergi mendaki selepas latihan tamat. AFP belum dapat mengesahkan maklumat tersebut.

Tentera Maghribi mengesahkan turut terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat tersebut.

Pegawai pertahanan AS berkata,  beberapa helikopter, kapal, dron, pendaki gunung dan penyelam terlibat dalam pencarian sama.

Tentera AS sedang mengambil bahagian dalam latihan ketenteraan bersama tahunan dikenali sebagai Singa Afrika. Ia  menghimpunkan tentera AS, sekutu Afrika dan tentera NATO  untuk latihan di utara dan barat Afrika.

Eksesais disertai lebih 10,000 askar  dari  lebih 20 negara itu dihoskan oleh Maghribi, Ghana, Senegal serta  Tunisia. – AFP


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stingerkaypoh 5-5-2026 09:14 AM
Hahhahahah
Quote chacon 5-5-2026 09:16 AM
ntah2 lari
Quote pinkpunk 5-5-2026 12:33 PM
jadi spy ler tu

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2026 12:30 AM GMT+8 , Processed in 0.031176 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top