CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Penat lelah berbaloi’ – Trisha Ooi juara kejohanan tinju antarabangsa All Star Championship: Dubai Edition

4-5-2026 04:49 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 307| Komen: 0

 


Penat lelah berhasil, pelakon Trisha Ooi membuktikan kehebatan luar biasa apabila berjaya meraih kemenangan dalam kejohanan tinju antarabangsa, All Star Championship: Dubai Edition, semalam.

Trisha atau nama nama penuhnya Reyshqa Aqiera Mohd Nasron Ooi, 26, meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga dan menyifatkan kemenangan tersebut sebagai hasil pengorbanan besar sepanjang beberapa bulan persediaan.


“Membawa pulang tali pinggang ke tanah air. Alhamdulillah, saya masih cuba untuk menghadam segalanya.

“Ini bukan sekadar satu pertarungan. Ini adalah hasil pengorbanan selama berbulan-bulan, disiplin, titisan air mata dan usaha melangkaui batas kemampuan yang saya sendiri tidak pernah sangka saya miliki.



“Ada ketikanya saya merasa sangat letih, ada saat saya ragu-ragu dan ada waktu saya rasa mahu berhenti tetapi saya tetap teruskan. Malam ini, segala penat lelah itu akhirnya berbaloi,” katanya dalam Instagram.

Dalam masa sama, pelakon filem Janna Endoro itu mendedikasikan kemenangannya kepada ibu serta seluruh penyokong yang tidak putus-putus memberikan semangat sepanjang menjalani latihan intensif.

“Buat ibu dan semua yang menyokong, mendoakan serta mempercayai saya, terima kasih dari lubuk hati yang paling dalam.

“Kalian memberi saya kekuatan saat saya sangat memerlukannya dan buat diri sendiri, terima kasih kerana tidak berputus asa,” ujarnya.



Berlangsung di Round 10 Boxing Club, Dubai, Trisha menewaskan wakil Indonesia, Dinda Anwar dalam kategori flyweight sekali gus membawa kemenangan.

All Star Championship: Dubai Edition adalah kejohanan tinju berkonsepkan pempengaruh pertama di dunia yang menghimpunkan 16 peserta dari tujuh negara iaitu Malaysia, Indonesia, Jepun, Vietnam, Singapura, Maghribi dan Rusia dalam satu platform sukan kompetitif unik.


Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2026 04:26 AM GMT+8 , Processed in 0.023447 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top