CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Fitnah melampau, Setiausaha Organisasi DAP Negeri Sembilan gesa polis siasat Chegubard

4-5-2026 04:43 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 671| Komen: 3|Original author: akido_kido


Screenshot 2026-05-04 161412.png


SEREMBAN – Setiausaha Politik kepada Menteri Pengangkutan, Ho Weng Wah menggesa pihak polis mengambil tindakan terhadap individu dikenali sebagai Chegubard susulan penyebaran dakwaan yang disifatkan berunsur fitnah di media sosial.

Weng Wah yang juga Setiausaha Organisasi DAP Negeri Sembilan merujuk kepada satu hantaran Facebook bertajuk “Anthony Loke Perlu Disiasat Atas Membiayai Entiti Haram – ‘Majlis Dato Lembaga Adat Sungei Ujong’”.

Menurut beliau, hantaran tersebut mengandungi tuduhan bahawa Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook telah menyalurkan peruntukan dana dalam jumlah besar kepada entiti yang didakwa sebagai haram serta cuba mengaitkannya dengan kekacauan institusi Diraja Negeri Sembilan.

“Tuduhan ini tidak berasas, mengelirukan dan merupakan satu percubaan mencemarkan reputasi Menteri serta mengelirukan masyarakat umum,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban di sini, hari ini.

Beliau menjelaskan bahawa satu laporan polis telah dibuat pada 15 November 2024 di Balai Polis Jalan Campbell berhubung isu berkenaan, yang sebenarnya tidak berkaitan dengan sebarang kekacauan institusi diraja.


Sumber  – KOSMO! ONLINE


 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lanacondor 4-5-2026 08:14 PM
Fitnah Dan Hina sultan selangor bila pulak nak kene tgkp Dan dakwa..
Quote manopBKK 4-5-2026 10:35 PM
Hujung2 buat muka sememeh minta maaf...


Quote supernaturalee 5-5-2026 11:27 AM
yang paling kiri tu comel



Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2026 12:01 AM GMT+8 , Processed in 0.116641 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top