CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cuba ‘check’ keahlian saya masih ada atau tidak? – PMX kunjungi kaunter pendaftaran ahli baru UMNO

4-5-2026 04:41 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 886| Komen: 7|Original author: Inigo-Montoya


WhatsApp-Image-2026-05-04-at-11.36.03-AM.jpeg



PETALING JAYA – “Cuba check (semak) keahlian saya masih ada atau tidak?”.

Itu antara gurauan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengunjungi kaunter pendaftaran ahli baru UMNO di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur semalam.

Perkara itu dikongsi Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki di laman Facebooknya hari ini.

Menurut beliau, Perdana Menteri hadir ke WTC bagi merasmikan Sambutan Ulang-Tahun Majlis Amanah Rakyat (Mara) ke-60.

“Datuk Seri, singgah sekejap di kaunter UMNO. Kaunter paling sibuk sekali di WTC ni, selepas lebih 15 ribu berdaftar semenjak pendaftaran online ahli baharu UMNO dibuka 10 hari lepas,” kata Asyraf ketika mengiringi Anwar semalam.

Beliau yang juga Pengerusi Mara berkata,k etika Anwar singgah di reruai tersebut sempat berseloroh dan menyapa staf yang sedang sibuk melayani ahli-ahli baharu yang tak putus-putus hadir untuk mendapatkan kad keahlian UMNO.

Untuk rekod, Anwar sebelum ini pernah menyadang jawatan penting dalam UMNO termasuk Ketua Pemuda UMNO (1982), Ahli Majlis Tertinggi, Naib Presiden, dan Timbalan Presiden UMNO sebelum dipecat pada 1998. 



Sumber – KOSMO! ONLINE



https://www.kosmo.com.my/2026/05 ... HIdcbXH0VLLyIm2YEnw


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chacon 5-5-2026 09:17 AM
hahaha lawaknya pmx kita
Quote shernazz 5-5-2026 09:20 AM
Rasanya ramai yang daftar pung sebab dr wajdi
Quote supernaturalee 5-5-2026 11:04 AM
mmmm...sadonya guard belakang acik


Quote sarah_ary2 5-5-2026 12:02 PM
shernazz: Rasanya ramai yang daftar pung ...
khuensssss dr asyraf mmg menunjukkan cth baik sebagai leader, suka tgk dia dulu kerja dalam banking industry
Quote Decaffeinated 5-5-2026 12:39 PM
Demi survival politik walau he knows too well yang undi dia dari pihak mana.
Quote slavehunter 5-5-2026 01:22 PM
Senyum puas puas Papa sebelum kena benam back to retirement or jail term nanti. Haha.
Quote arnauld 5-5-2026 03:00 PM
Barang order: ashrap
Barang sampai: zahid
Adan uker

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2026 11:46 PM GMT+8 , Processed in 0.050105 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top