CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Dia dah kena macam-macam di sekolah, buli siber tiada hal’ - Ayu Mayuni

4-5-2026 04:40 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 955| Komen: 8|Original author: akido_kido


Screenshot 2026-05-04 162220.png


SHAH ALAM – Penyanyi Ayu Mayuni tidak dapat menahan sebak apabila anak perempuannya, Viviana menjadi mangsa kecaman netizen kelayakannya menyertai program Talk To My Manager musim kedua (TTMM2) diperlekehkan.

Ani atau nama penuhnya Aishah An-Nur Osman, 48, bagaimanapun menerima setiap komen dengan hati terbuka, namun terkilan penggunaan perkataan yang kurang sopan diberikan netizen.

“Dulu dia dibuli sudah kena macam-macam di sekolah. Jadi, setakat buli dalam media sosial, memang tak ada hal.

“Tapi saya sebagai ibu, tipulah kalau tidak rasa sedih bila anak kena kecam.

“Cuma tolonglah, jaga kata-kata kalau nak menegur, biarlah bahasa yang sesuai. Kita orang Melayu penuh dengan budi bahasa,” katanya kepada Kosmo! Online selepas konsert minggu ketiga TTMM2 di sini, semalam.

Kata Ani, dia pernah menghalang Viviana membaca komen netizen kerana enggan menganggu emosi dan persembahan di pentas TTMM2.

“Saya tidak mengabaikan setiap komen, mana yang memuji saya baca, apatah lagi yang mengeji.

“Sejak awal saya pesan jangan tengok media sosial tetapi rupa-rupanya dia rajin membalas netizen dengan cakap terima kasih.

“Semangat dan mental dia sangat kuat, bahkan lebih kuat daripada saya. Saya pula cengeng orangnya,” katanya lagi.

Sementara itu, Viviana, 21, pula memberitahu sudah mempersiapkan kekuatan mental sejak diumumkan menjadi peserta TTMM2 dan kini semakin lali dengan kecaman netizen.

“Sebelum TTMM2 bermula, saya sudah siapkan mental — tiada orang yang hebat tak pernah kena kecam.

“Saya tak terkesan pun dan bagi saya, kecaman adalah pujian,” ujarnya.

Beberapa kali meraih markah tertinggi daripada juri, dia menegaskan tidak pernah mengejar kedudukan atau berasakan lebih hebat daripada peserta lain.

“Saya tak mengejar kedudukan, sertai TTMM2 sebab nak pendedahan mengenai dunia nyanyian dan persembahan serta mahu berikan yang terbaik setiap minggu.

“Kedudukan atau markah tinggi ini, saya tak kisah pun. Paling seronok tengok kawan-kawan lain buat persembahan bersama,” ujarnya lagi.

Semalam, Althea dan Nana Mahazan diumumkan sebagai peserta pertama yang meninggalkan pentas TTMM2 selepas meraih markah terendah daripada barisan juri sebanyak 58.67 peratus pada konsert minggu ketiga TTMM2.

Sementara, Viviana dan Ani selaku pengurusnya pula berjaya berada di kedudukan pertama dengan kutipan markah 84.33 peratus.

Minggu depan, seramai sembilan lagi peserta akan meneruskan perjuangan iaitu Adira bersama anak perempuannya Anggrek, Ani & Viviana, Datuk A. Aida & Azeva, Datuk Fazley & Fariedz Fazley, Datuk Seri Vida & Cik B, Jamilulhayat & Hussain, Linda Jasmine & Ratu, Pak Azad & Amarra serta Safura & Kim. 


Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Shayang 4-5-2026 04:59 PM
Viana ni dulu penah masuk berita masa form 2 kena buli kat asrama sekolah
Sekolah kat setiawangsa taktau la sekolah apa. Kena buli ngn senior.
Quote MistrezHermanaz 4-5-2026 05:17 PM
Shayang replied at 4-5-2026 04:59 PM
Viana ni dulu penah masuk berita masa form 2 kena buli kat asrama sekolah
Sekolah kat setiawangsa ta ...

oo patutla mak dia ckp dia pernah kene buli masa sekolah
Quote cmf_jeangrey 4-5-2026 05:42 PM
Ye..kalau nak berjiwa kental kena hadapi cabaran dan mulut2 longkang..
Jgn jadi mcm acik sorg tu, sikit2 terasa..sikit2 report polis
Quote hyie 4-5-2026 09:26 PM
ani maiyuni masuk final Bintang HMI 1995 dengan ctdk uolss
Quote awanysss 4-5-2026 10:15 PM
meols bukan nak mengata lah..
tp anak sheols tak malu ke ibu nya berpakaian begitu..
semalam 1st time iols tgk TTMM tgh maknya berskirt..
safura tokvida a.aida semua elok2 je..
harap2 dapat hidayah
Quote prince_marhaen 5-5-2026 09:38 AM
Shayang replied at 3-5-2026 10:59 PM
Viana ni dulu penah masuk berita masa form 2 kena buli kat asrama sekolah
Sekolah kat setiawangsa ta ...

Ye, kesian, sampai cedera fizikal semua..

Screenshot 2026-05-05 093618.png
Quote lasagna 5-5-2026 11:36 AM
aduhhh kesian plak anak sheol ni, apa motip dia kena buli ek? sbb mak dia artis kaa? ishhh tak best laa gini, mcm kat korea, asal buli jer smp mencederakan mangsa huhu, pape pun Viviana mantop!!
Quote gekkou 5-5-2026 05:13 PM
jamalulhayat tu sapa kome?
kenapa kat thread kata deme tidak kaya macam manager lain?

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2026 04:24 AM GMT+8 , Processed in 0.032163 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top