CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Siapa kata kahwin muda, ada anak itu tak indah – Syasya Rizal

4-5-2026 04:38 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1872| Komen: 30|Original author: akido_kido


WhatsApp-Image-2026-05-04-at-12.51.57.jpeg


PETALING JAYA – Tidak pernah menyesal melangkah ke alam perkahwinan pada usia muda, penyanyi Syasya Rizal mengakui fasa tersebut membuka ruang untuk dirinya berkembang menjadi individu lebih matang.

Ujar Syasya atau nama sebenarnya Norsyasya Afiqah Shahrizal, 25, tanggapan umum kononnya perkahwinan awal menamatkan kehidupan menyeronokkan sebenarnya tidak tepat.

“Orang ingat kahwin muda terus kehidupan seronok tamat. Hakikatnya, tiada siapa bercerita bagaimana kita belajar dan mencuba menjadi versi diri lebih baik bersama pasangan.

“Siapa kata kahwin muda dan ada anak itu tidak indah? Orang nampak penat, sibuk dan tiada masa manis seperti dahulu,” katanya dalam TikTok.

Tambah bekas anggota kumpulan Dolla itu, meskipun kehidupan berubah selepas bergelar isteri dan ibu, transisi tersebut membawa nilai kematangan lebih besar dalam diri.

“Fasa ini sebenarnya sangat mematangkan kita.

“Memanglah tidak akan sama seperti dulu, tetapi lebih baik. Insya-Allah,” ujarnya.

Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai apabila rata-rata netizen tampil memberikan sokongan serta berkongsi pandangan masing-masing mengenai realiti perkahwinan muda.

“Betul kata Syasya, macam saya dulu tak ramai kawan, sunyi tapi sekarang ada suami boleh pergi ke mana sahaja yang kita mahu tanpa risaukan keselamatan senang dah ada peneman.

“Tak jadi penat bila kahwin dengan orang yang tepat sebab suami awak ada common sense sebagai seorang suami. semoga jodoh kalian berkekalan sehingga ke Jannah,” tulis beberapa pengguna media sosial.

Namun, terdapat juga segelintir pihak berpendapat perkahwinan pada usia muda memerlukan kesiapsiagaan dari segi emosi dan kewangan bagi mengelakkan tekanan pada masa depan.

Untuk rekod, Syasya mendirikan rumah tangga bersama suami, Nasrullah Mohd Sapie pada 20 April 2024.

Hasil perkahwinan, pasangan tersebut dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad Yassir Hayyan, 1, dan Yara, dilahirkan hujung tahun lalu. 


Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sleepandream 4-5-2026 04:30 PM
iyola matang...  wangi lagi... besok2 ada masalah jgn tak matang yach
Quote likilu 4-5-2026 04:36 PM
Ha? Takde sapa kata pun. Nenek awak je bising bising awak nak kawen dulu

Netizen pula tolong tekan kalkulator je

Ni nenek awak cakap apa pula? Bila nya suami nak sambung study?
Quote prettyuglybabe 4-5-2026 04:51 PM
dok diam-diam sudah noks..
tak yah nak buka cerita kawin beranak muda bagai..
orang pun tau kenapa kau tergesa-gesa kawin..

Quote prince_marhaen 4-5-2026 05:08 PM
TAKDE SIAPA KISAH DIK KAU NAK KAWIN MUDA KE BERANAK MUDA, JANJI BUKAN #EDISIKALKULATOR DIK....do you?

Tibehhhhhh...
Quote hihanghoheng 4-5-2026 05:15 PM
bunyi mcm tgh meyakinkan diri sendiri je dik
Quote hasniey 4-5-2026 05:42 PM
Ye indah sbb korg dr family kaya.muda pon duit berkepuk.paling2 pon bergaduh sbb perangai korg xmatang.tp org lain yg muda2 ni jgn laa mengada2 nk kawen ya kalau duit tu cukup2 mkn.
Quote vender 4-5-2026 06:29 PM
Duit ada bolehla buat statement mcm ni. Yg tak berduit jgn kawen ye...ko gaduh 24 jam nanti sbb duit.
Quote Missjass 4-5-2026 06:42 PM
likilu replied at 4-5-2026 04:36 PM
Ha? Takde sapa kata pun. Nenek awak je bising bising awak nak kawen dulu

Netizen pula tolong tekan  ...

tu lah haritu cakap nak kahwin awal sbb nak gi study oversea ni anak dah 2 masih di malaysia shasha ni pun sambung study dekat MSU je lakinya macam tak sambung je
Quote Missjass 4-5-2026 06:42 PM
likilu replied at 4-5-2026 04:36 PM
Ha? Takde sapa kata pun. Nenek awak je bising bising awak nak kawen dulu

Netizen pula tolong tekan  ...

tu lah haritu cakap nak kahwin awal sbb nak gi study oversea ni anak dah 2 masih di malaysia shasha ni pun sambung study dekat MSU je lakinya macam tak sambung je
Quote selipar_hijau 4-5-2026 06:52 PM
manakala dolla yg lain dikecam hebat esp si sab. dan kononnya yang sorg ni suci maksum dan bertudung bagaii diselamatkan ilahi.. padahallllll
Quote azimodin 4-5-2026 07:39 PM
Meouls terserempak dengan dia & nobita kat spital swasta awal tahun haritu nyah.. sangat desa nan permai je wajah sheouls.
Quote gigahertz 4-5-2026 08:08 PM
Kahwin awal tapi dapat anak first laki . Anak ke Dua perempuan tapi hitam ikut kulit suami rugi besar la..
Di bualkan org.
Quote bambimo 4-5-2026 08:38 PM
Ada lagi dkt Malaysia ni...
Sambung belajar overseas bagai apa citer?

Laki
Quote Hoola 4-5-2026 09:10 PM
ye laaaaa
semua org nk kwin cepat
achik hoola jando pun nk kepingin kwin lagi

tp tu la msg2 blum jmpa
ada yg punya prngcagan idup
so yg kt nk smb blajar tu dh grad keeee
Quote gideoncross 4-5-2026 11:45 PM
hihanghoheng replied at 4-5-2026 05:15 PM
bunyi mcm tgh meyakinkan diri sendiri je dik

Tu lah kan? Hahah
Quote sukanyanyi 5-5-2026 12:34 AM
Hoola replied at 4-5-2026 09:10 PM
ye laaaaa
semua org nk kwin cepat
achik hoola jando pun nk kepingin kwin lagi

Suke kitonyo bace komen acik hoola jandoo everytime.. moga2 bertemu jodoh baru ye kaka hoola, aamiin..

Iyoo, dulu kitonyo ngidam kawen umo 24, tp ujung2 umo 30 baru ade jodoh.. si sya2 ni untung la awal ade yg nak menghalalkhuens.. tp pikir2 blk, meols rase ok je kawen lambat, puas enjoyy.. haha
Quote Hoola 5-5-2026 04:36 AM
sukanyanyi replied at 5-5-2026 12:34 AM
Suke kitonyo bace komen acik hoola jandoo everytime.. moga2 bertemu jodoh baru ye kaka hoola, aami ...

haha thx chuols
ada peminat rupanya achik ni
velum jadik artis lagi
kihkihkihhhh

Quote rayna_raynes 5-5-2026 08:53 AM
statement nak sedapkan hati sendiri ke dik
Quote supernaturalee 5-5-2026 10:20 AM
ko jangan dek

kang ada yg bukak kalkulator

menangis nenek kau

lex2 sudah

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2026 04:05 AM GMT+8 , Processed in 0.036468 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top