CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Henti provokasi, hina institusi Raja - Menteri Besar Selangor

4-5-2026 04:36 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 743| Komen: 1|Original author: Inigo-Montoya

WhatsApp-Image-2026-05-04-at-1.08.57-PM.jpeg



SHAH ALAM – Semua pihak diminta segera menghentikan sebarang provokasi serta penyebaran kandungan atau imej berunsur penghinaan terhadap institusi Raja termasuk Sultan Selangor yang didapati semakin berleluasa di media sosial.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, institusi Raja perlu terus dihormati kerana menjadi simbol penyatuan rakyat, sekali gus tidak wajar dijadikan sasaran cercaan atau penghinaan.

“Kita kena hormat institusi ini. Bukan hanya institusi Raja, manusia pun tidak wajar dihina secara melampau. Apatah lagi institusi yang tinggi seperti Raja dan ulama itu harus dipertahankan ataupun harus dilindungi sebab adalah simbol kepada penyatuan. Kedua-duanya lebih tinggi daripada politik yang ada perbedaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Pekerja Peringkat Negeri Selangor di sini, hari ini.

Amirudin menegaskan, perbezaan pandangan dalam politik mahupun isu lain tidak seharusnya dijadikan alasan untuk melakukan serangan peribadi atau penghinaan keterlaluan.

“Kalau ada perbezaan,bukan hanya politik benda-benda yang lain, kita juga harus mengelakkan cercahan apatah lagi penghinaan. Itu asasnya. Tapi manusia kadang-kadang dia di luar kerangka,” jelasnya.

Dalam masa sama, beliau berkata pihaknya telah meminta polis untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang terlibat dalam penyebaran kandungan berunsur 3R (agama, kaum dan institusi diraja)

“Saya minta pihak polis ambil tindakan dalam menangani isu 3R. Saya ucap terima kasih, polis ambil tindakan yang segara dan dapat kesan serta diharap tindakan keras kepada mereka yang terlibat,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Polis Selangor menerima sebanyak 280 laporan berhubung penularan karikatur berunsur penghinaan terhadap Sultan Selangor di media sosial bermula 25 April hingga 5 petang semalam. – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chacon 5-5-2026 09:18 AM
lemahnya pemimpin melayu sekarang

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2026 12:25 AM GMT+8 , Processed in 0.025982 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top