CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Haniff Hamzah sertai Hot FM, akhirnya Fizi Ali ada geng ‘on air’

4-5-2026 04:26 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 440| Komen: 1

 


“Akhirnya aku ada geng ‘on air’ (ke udara).”

Demikian perkongsian ringkas penyampai radio Hot FM, Fizi Ali yang teruja apabila bakal ditemani rakan regu baharu, Haniff Hamzah bagi mengendalikan segmen petang, Hot Vibes Club.

Sementara itu, Haniff, 42, membuat kemunculan gimik dengan memakai topeng Salvador Dali sebelum mengesahkan penyertaannya dalam keluarga besar Hot FM.

Ujar Haniff, kehadirannya bukan untuk menggantikan sesiapa sebaliknya bertujuan untuk menemani pendengar setia Hot FM pada waktu petang.

“Saya di sini bukan untuk mengambil alih, saya di sini untuk berikan satu pengumuman.

“Bermula 4 Mei dari pukul 3 hingga 7 petang, Isnin hingga Jumaat, saya akan ke udara bersama Fizi. Kami berdua akan menghantui petang anda.

“Teman anda dalam kereta atau rumah, teman waktu putus dengan teman wanita atau di mana saja anda berada. Kami akan berada di sana, Nantikan di Hot FM,” katanya.

Pagi tadi, pengacara Anugerah MeleTOP Era itu juga membuat kemunculan menggayakan kostum ala karakter siri Money Heist sebagai sebahagian daripada gimik pengumuman tersebut.

Sebelum ini, Haniff mengumumkan pengunduran daripada Fly FM selepas kira-kira 20 bulan mengendalikan segmen pagi, EH! It’s Ean and Haniff On The Fly Breakfast. 

Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 4-5-2026 05:13 PM
Dia ni sikit2 sentap.. poyo much

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2026 04:55 AM GMT+8 , Processed in 0.025167 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top