CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jahidah digambar seperti ‘mayat hidup’ – Hakim

4-5-2026 04:12 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2079| Komen: 23

 


PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan di sini berpendapat hukuman pemenjaraan 10 tahun yang dijatuhkan terhadap Rosmaini Abdul Raof yang memukul bekas isterinya, Jahidah Nordin sehingga koma adalah tidak memadai.

Hakim Datuk Noorin Badaruddin ketika membaca penghakimannya berkata ini kerana fakta kes dalam kejadian ini bukanlah satu kes menyebabkan cedera parah yang biasa.

“Fakta kes menunjukkan satu serangan yang kejam dan berterusan oleh seorang suami terhadap isteri (ketika kejadian) yang ketika itu sedang mengandung. Tahap kegasanan yang dilakukan adalah amat serius sehingga mangsa berada dalam dalam keadaan vegetatif kekal sehingga ke hari ini.

“Keterangan perubatan menunjukkan kecederaan yang meluas dan dahsyat termasuk pendarahan otak, patah tulang di beberapa bahagian dan kerosakan neurologi yang teruk.

“Keadaan mangsa adalah tidak boleh dipulihkan dan mangsa bergantung sepenuhnya kepada orang lain untuk keperluan asas kehidupan. Mangsa digambarkan sebagai ‘mayat hidup’ yang memerlukan penjagaan sepenuh masa selama bertahun-tahun tanpa sebarang harapan untuk pulih,” kata Hakim Noorin.

Penghakiman lanjut turut menyatakan kesan daripada perbuatan Rosmaini bukan sahaja menimpa mangsa, malah turut melibatkan anak yang dikandung ketika kejadian.

Hakim itu berkata anak tersebut mengalami kelewatan perkembangan dan kecacatan akibat insiden tersebut dan kes itu sebenarnya melibatkan kemusnahan dua kehidupan.

“Tingkah laku perayu (Rosmain)i sebelum dan selepas kejadian, keterangan jelas menunjukkan bahawa perayu menghubungi saksi pendakwaan pertama (SP1) .Perayu mengakui telah bergaduh dengan mangsa dan kemudiannya mengelakkan diri daripada terlibat di hospital dan menghilangkan diri untuk tempoh yang lama,” kata beliau.

Terdahulu, mahkamah menjatuhkan hukuman maksimum penjara 14 tahun terhadap Rosmaini atas kesalahan memukul bekas isterinya, sehingga koma.

Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim yang diketuai Datuk Azman Abdullah selepas membenarkan rayuan silang pendakwaan untuk menaikkan hukuman penjara daripada 10 tahun yang dijatuhkan terhadap Rosmaini Abdul Raof sebelum ini.

Mahkamah juga turut memerintahkan Rosmaini membayar pampasan kepada Jahidah sebanyak RM25,000 menerusi ahli keluarga dan penjara enam bulan sekiranya gagal membayar pampasan itu.

Justeru dengan keputusan itu, Rosmaini gagal dalam rayuannya untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang dikenakan oleh Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi.

Dua lagi hakim yang turut bersidang ialah Hakim Noorin dan Datuk Mohd. Radzi Abdul Hamid.

Sumber : – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lanacondor 4-5-2026 06:55 PM
Semoga b****t ko kene toron lah hari2 dlm tu nanti.
Quote gekkou 4-5-2026 07:32 PM
tak boleh tengok muka dia bapak tenang senyum lebar
seolah2 tak ada langsung rasa penyesalan di atas apa berlaku
and his lawyers

bila lah dia nk betul2 masuk penjara
sakan menikah, membuntingkan dan memukul
Quote tumpanglalu74 5-5-2026 01:50 AM
RM25k je??  Setakat Axia sebijik.  Bukan zantan ni ditangkap baru2 ni tengah drive Mercedes ke?
Quote supernaturalee 5-5-2026 09:10 AM
tumpanglalu74 replied at 5-5-2026 01:50 AM
RM25k je??  Setakat Axia sebijik.  Bukan zantan ni ditangkap baru2 ni tengah drive Mercedes ke?

tu lah
baca keterangan hakim kat atas2 tu mcm sedap dah

finally suara ramai rakyat didengari

alih2 bila bab pampasan...lemah plak rasa

25k????????????

tn hakim ni betul2 faham ke idok vegetative state tu lagu mana

delayed perkembangan anak die tu

do you really think 25k tu memadai utk pampasan tn hakim oiii?


Quote Rdizz 5-5-2026 09:21 AM
Bila rayuan dia backfire balik, haa padan muka. Niat merayu nak hukuman ringan, tapi hukuman tambah lagi . Cuma tambah tahun tak byk mana. Gantirugi duit pun sikit. Patut kena bagi rotan 10x kali baru padan.
Quote shernazz 5-5-2026 09:25 AM
Iols mcm pernah dengar la nama loyar dia neh
Quote IzzahF 5-5-2026 09:30 AM
beria tulis peniaga...meniaga apa si beruk ni? mesti dlm apa2 form dia tulis peniaga/self employed. walhal cuma kaki kikis duit ppuan aje...hasil pun tarak
Quote pinkpunk 5-5-2026 12:43 PM
atleast goodjob tuan hakim
Quote BungaKencana 5-5-2026 01:01 PM
lawyer dah ada dkt portugal bercuti katenyeee... hahahha. Khamis ni ada pendakwaan lain, ada dua kes pukul bini yg tgh berjalan, satu kes yg gugur baru2 ni & satu lg kes lama dgn bini lain.. katenye hukuman yg skrg berjalan dulu tak campur dgn hukuman2 kes lain yg bakal dia terima
Quote azimodin 6-5-2026 12:11 AM
Sebagai anak kepada bekas sole caretaker orang yg bedridden, aku kesian dekat keluarga jahidah.. bukan mudah nak uruskan, apatah lagi bila usia makin meningkat. Kadang2 tak ada masa untuk ahli keluarga lain, apatah lagi untuk diri sendiri.
Geram pulak aku dengan si musibat ni & lawyer dia yg claim musibat dipitenah
Quote primarikey 6-5-2026 07:31 AM
Rdizz replied at 5-5-2026 09:21 AM
Bila rayuan dia backfire balik, haa padan muka. Niat merayu nak hukuman ringan, tapi hukuman tambah  ...

kan...patut kena rotan...biar dia rasa plak mcmane sakit kena tibai....lg satu musibat ni patut duk je dlm penjara smp mereput...duk luar bahaya....nt ada lg pompuan2 yg dipukulnya...dgr cite dia ni x kosong...ada memakai...tu yg pompuan jd bodoh bila dgn dia...ni aku baca kt benang kemek aritu
Quote emera 6-5-2026 07:42 AM
Reti pulak dia tunduk kepala eh? Sblm ni kemain badan menegak siap senyum sikit pun x rs bersalah. Selalunya kat penjara, banduan lain mmg anti banduan yg masuk penjara sbb jenayah libatkan perempuan & budak2.. semoga kat dlm sana ko kena bantai mcm ko bantai bini2 ko & mintak2 wardar biarkan je.
Quote midori888 6-5-2026 08:17 AM
pelik apsal tak kena hukuman rotan...patut kasi 50 sebatan, biar bontot dia jadi roti kirai...
Quote mejaputih 6-5-2026 08:51 AM
azimodin replied at 6-5-2026 12:11 AM
Sebagai anak kepada bekas sole caretaker orang yg bedridden, aku kesian dekat keluarga jahidah.. buk ...

memang penat kan...sbb penjagaan all time...pastu bila bedridden berat bdn dorg berganda walaupun nmpk kurus je sbb muscle sendiri tak berupaya bergerak...hrp bergilir2 la caretaker Jahidah...jgn hrp yg sorang je...ataupun tuntut pampasan dari pesalah utk byr upah penjaga luar, at least family member ada rehat.
Quote azimodin 6-5-2026 10:29 AM
mejaputih replied at 6-5-2026 08:51 AM
memang penat kan...sbb penjagaan all time...pastu bila bedridden berat bdn dorg berganda walaupun  ...

Harapnya dapat jugak bantuan dari pusat zakat/jkm/baitulmal. Lampun pakai buang, tissue basah, peralatan sokongan pon bukan murah sekarang ni. Yg murah pulak belum tentu berkualiti.. kutipan zakat kat malaysia ni bukan sikit, lebih dari cukup nak bantu orang2 yg betul2 memerlukan
Quote mejaputih 6-5-2026 11:08 AM
azimodin replied at 6-5-2026 10:29 AM
Harapnya dapat jugak bantuan dari pusat zakat/jkm/baitulmal. Lampun pakai buang, tissue basah, per ...

iyer....susu pun sgt mahal setin kecik dulu2 RM80 paling murah...skrg mesti dah Rm100+.
Quote azimodin 6-5-2026 11:38 AM
midori888 replied at 6-5-2026 08:17 AM
pelik apsal tak kena hukuman rotan...patut kasi 50 sebatan, biar bontot dia jadi roti kirai...

Disebabkan xde hukuman rotan untuk si bangsat ni, harapnya lunyai dikerjakan member2 penjara.. xkisah la dorang nak rodok belakang ke, nak tibai kepala ke, nak buat punching bag percuma ke.. asalkan jantan ni merana slow2. Jangan bagi dia mati cepat2, siksa sampai dia sendiri berdoa untuk ditarik nyawa segera
Quote misshahila 7-5-2026 02:41 PM
Iols baca benang lama katanya dia ni bekas jurulatih silat & klu katanya ada memakai tu mcm logik je. Lain mcm dgn kawen 9 hampir semua kena pukul.
Quote IzzahF 7-5-2026 03:04 PM
nampak lalu kat fb tadi lobam ya bijik matanya. tangan berbalut. tu baru sikit...mudah2an  mereput sikit2. emo plk ai. dia bole kawen lain, sementara jahidah tu lumpuh satu badan. buat anak baru pun dibagi mati...

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2026 11:31 PM GMT+8 , Processed in 0.044628 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top