CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bekas suami Jahidah dihukum penjara 14 tahun

4-5-2026 04:05 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1064| Komen: 8|Original author: akuMNdia

    
GAMBAR fail, Rosmaini ketika hadir di mahkamah di Johor Bahru, pada 4 November lalu atas pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap Jahidah. FOTO NSTP

Putrajaya: Bekas suami Jahidah Nordin@Sylvester, Rosmaini Abdul Raof dijatuhi hukuman penjara 14 tahun oleh Mahkamah Rayuan di sini, hari ini, atas tuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap wanita itu, lima tahun lalu.

Hukuman maksimum itu dikenakan terhadap Rosmaini, 43, selepas panel tiga hakim sebulat suara menolak rayuannya terhadap sabitan dan hukuman penjara 10 tahun oleh Mahkamah Tinggi sebelum ini.

Panel itu yang dipengerusikan oleh Datuk Azman Abdullah dan dianggotai Datuk Noorin Badaruddin serta Datuk Mohd Radzi Abdul Hamid turut memerintahkan tertuduh membayar ganti rugi kepada mangsa sebanyak RM25,000 (penjara enam bulan jika gagal bayar).

Mahkamah memerintahkan hukuman berkenaan berkuat kuasa hari ini.

Pada 4 November tahun lalu, Mahkamah Tinggi mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen pada 9 Disember 2024 yang mensabit dan menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun terhadap Rosmaini.

Hakim Atan Mustaffa Yussof Ahmad bagaimanapun membenarkan pelaksanaan hukuman ditangguhkan sementara menunggu rayuan akhir diputuskan.

Rosmaini sempat dipenjarakan 79 hari selepas disabitkan bersalah oleh Mahkamah Sesyen.

Pada 17 Jun 2021, Rosmaini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap Jahidah Nordin @ Sylvester, 46, yang ketika itu hamil 10 minggu, dengan memukul kepala, muka dan tangan mangsa serta menendangnya.

Kejadian di sebuah pangsapuri di Kampung Aman, Larkin, Johor Bahru, pada jam 6 pagi, 4 Mei tahun yang sama.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda, dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama, yang membolehkan hukuman penjara dua kali ganda daripada tempoh maksimum.






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akuMNdia 4-5-2026 02:23 PM
Edited by akuMNdia at 4-5-2026 02:24 PM

semoga utk kes yg baru ni berkali-kali ganda hukuman penjara utk hanat ni.
kalau boleh bagi hukuman sebat jugak
Quote gekkou 4-5-2026 07:34 PM
Hakim Atan Mustaffa Yussof Ahmad bagaimanapun membenarkan pelaksanaan hukuman ditangguhkan sementara menunggu rayuan akhir diputuskan.


lamberrr lagi nk betul2 dipenjarakan
masih boleh bebas melakukan apa saja
Quote akukah 4-5-2026 07:59 PM
gekkou replied at 4-5-2026 07:34 PM
lamberrr lagi nk betul2 dipenjarakan
masih boleh bebas melakukan apa saja

Ini merujuk pada keputusan mahkamah tinggi tahun lepas. Mamat ni dah sampai peringkat rayuan terakhir iaitu mahkamah rayuan sbb kes dia bermula dari mahkamah seksyen. Dia kalah rayuan di mahkamah rayuan dan seperti panel hakim bagitau, dia kena di penjarakan bermula hari ini
Quote Blu3butter 4-5-2026 09:28 PM
Fuhhh syukur. Tp dia bakal bebas campur tolak lbh kurang umur 55 gitu. Aghhh utk makluk alam gini selalunya tenaga buli tu kuat lg. Harap takde le dah mana2 achik masa tu yg hadap jantan ni
Quote Jitu 4-5-2026 09:33 PM
Edited by Jitu at 4-5-2026 09:35 PM

14 tahun je
tolak cuti apa semua tak smpi pun 14 tahun

tak setimpal langsung hukuman
menda la hakim ni pun
bg la hukuman sebat maksimum
biar mati pucuk terus

acik Jahidah oku seumur hidup sbb setan ni
Quote adiwarna 5-5-2026 01:08 AM
Aku tak puas hati, kenapa tak kena hukuman sebattttt!!!! Bior terkeluar isi b*ntot baru terbayar segala seksaan atas mangsa2...
Quote akuMNdia 5-5-2026 08:48 AM
aku jugak harap mangsa2 yg lain yg selama ni takut dgn si hanat ni akan muncul buat report polis biar si hanat ni mereput dlm penjara.
Quote gekkou 5-5-2026 01:18 PM
akukah replied at 4-5-2026 07:59 PM
Ini merujuk pada keputusan mahkamah tinggi tahun lepas. Mamat ni dah sampai peringkat rayuan terak ...

alhamdulillah
terima kasih bagi pencerahan

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2026 11:19 PM GMT+8 , Processed in 0.044773 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top