CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

‘Anak perempuan dia cantik, sangat pandai berhias, tapi pengotor’

4-5-2026 04:03 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1397| Komen: 8|Original author: ultra78



Tangkap layar klip video yang memaparkan keadaan dalam rumah yang penuh dengan sampah pada setiap ruang.

PETALING JAYA – Seorang pemilik rumah sewa terkejut apabila kediamannya hampir menjadi ‘tong sampah’ akibat penyewa yang tidak bertanggungjawab.

Menerusi perkongsian di aplikasi Threads, pengguna yang dikenali sebagai Lilostarx7 berkata, pada asalnya rumah tersebut disewa oleh pasangan suami isteri.

Namun katanya, selepas kedua-dua mereka bercerai, rumahnya itu kemudiannya disewa oleh anak perempuan pasangan berkenaan berusia 22 tahun.

“Asalnya rumah ni family (keluarga) yang duduk dan difahamkan family dah bercerai dan tinggal anak perempuan berusia 22 tahun yang menginap rumah ni.

“Selama anak perempuan dia duduk, memang kami tak pergi jenguk ataupun bertanya mengenai bil, maintenance. Disebabkan kepercayaan, kami lepaskan mereka,”kata individu tersebut.

Bagaimanapun kata Lilostarx7, dia kemudiannya telah menerima beberapa aduan daripada orang ramai berkenaan rumah tersebut.

“Macam macam dah kami dengar. Dari pandangan orang luar, anak perempuan mereka sangat cantik dan pandai sangat berhias,”ujarnya.

Berdasarkan klip video dan gambar yang dikongsi individu tersebut, rumah sewanya itu seolah-olah seperti tong sampah.

Sisa makanan dan minuman basi serta pelbagai sisa lain berlonggokan memenuhi setiap ruang dalam rumah tersebut.

Begitu juga di bilik tidur pakaian bersepah di merata-rata tempat termasuk di atas lantai. 


Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ninja boy 4-5-2026 03:42 PM
Edited by ninja boy at 4-5-2026 03:44 PM

tgk supernanny rescue, hoarders rescue dan dirty home rescue
Quote FOTHER-MUCKER 4-5-2026 05:59 PM
Bahaya ini mesti di haruskan mencari pasangan yang serupa untuk hidup bersama.
Quote Paiya 4-5-2026 06:35 PM
teruknya perangai
Quote belilies 4-5-2026 10:51 PM
Agaknya dia mengalami masalah hoarder lepas makpak dia bercerai
Quote BoongaKertas 5-5-2026 08:53 AM
Org2 mcm budak ni yg bg bad image to org lawa yg pembersih. hmm..tp iols rasa ni berkaitan psikologi gak, maybe she needs help.
Quote menjad 5-5-2026 08:56 AM
sakit mental kot
Quote dekmieDandy 5-5-2026 09:35 AM
rumah zakat bayar ke ni
Quote copy_paste 5-5-2026 10:05 AM
bg la gambar gdis lawa pengotor tu

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2026 10:55 PM GMT+8 , Processed in 0.041528 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top