CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Subsidi Minyak Dulu RM700 Juta, Kini RM5 Bilion Sebulan — Kerajaan Kekal Komited Bantu Rakyat, Kata Perdana Menteri

4-5-2026 03:55 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1717| Komen: 29

 


Kerajaan kini menanggung subsidi bahan api sekitar RM5 bilion sebulan dengan jumlah itu berpotensi meningkat melebihi RM6 bilion sekiranya harga minyak global terus melonjak.

Angka itu jauh melonjak berbanding sekitar RM700 juta sebulan pada awal tahun, sekali gus menggambarkan peningkatan ketara komitmen kerajaan dalam memastikan harga bahan api kekal rendah untuk rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beban subsidi yang ditanggung ketika ini memberi tekanan besar kepada kedudukan kewangan negara.

“Kalau harga (subsidi ditampung kerajaan) setakat sekarang, RM5 bilion sebulan, bayangkan 10 bulan RM50 bilion daripada dana kerajaan.

“Penjawat awam harus tahu ya. Kadang-kadang ada yang tidak tahu, di bawah, di luar lain, ada yang tanya kenapa kos naik, kenapa harga minyak tak turun? RM1.99 patutnya turun lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam di Putrajaya, hari ini.

Menurut Perdana Menteri, dengan harga RON95 bersubsidi sekitar RM1.99 seliter, Malaysia kekal antara negara yang menawarkan harga bahan api paling rendah di dunia.

Namun, beliau mengakui kemampuan kerajaan untuk menampung subsidi pada kadar semasa tidak boleh berterusan dalam jangka panjang tanpa penyesuaian dasar.

“Pada mulanya kita fikir mampu tampung, tetapi untuk tempoh panjang, dana sedia ada tidak mampu menampung berbulan-bulan,” katanya.

Sehubungan itu, kerajaan melaksanakan pendekatan subsidi bersasar termasuk penyelarasan diesel bagi memastikan bantuan sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukan.

Dalam masa sama, Anwar berkata Malaysia kekal berada pada kedudukan kukuh dari segi bekalan minyak dan gas hasil hubungan baik dengan negara pengeluar seperti Rusia, Turkmenistan dan Iran, sekali gus memastikan kestabilan bekalan berbanding negara lain di rantau ASEAN.

Sumber : Rotikaya


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gekkou 4-5-2026 07:29 PM
kerana nk cover subsidi
potong budget KKM
Quote slavehunter 4-5-2026 08:00 PM
Saya ulang.......
Quote silance 4-5-2026 08:03 PM
Tirma kasih. Kita worangs misti sapot.
Quote ultra78 4-5-2026 08:18 PM
Pengajaran kepada semua parti politik. Jangan guna modal subsidi minyak untuk raih undi. Sudah sekian lama pakar ekonomi minta hapuskan.
Quote Firenzza 4-5-2026 08:21 PM
So modal politik next pru apa dia? Hapus subsidi minyak naik kerr? Klau dah tau jd piem satu beban jgn la dok ungkit2 sambil mrmbodohkan org lain x sanggup pi la resign xde sapa paksa hang kan? Dulu bkn main beria2 kutuk piem sblm ni bodoh la bangang la, x reti jaga negeri la.... dah knp? Bila ludah kelangit jatuh setepek kt muka sendiri pandai plk suh org paham
Quote blue_blur 4-5-2026 08:43 PM
kena haramkan, ahli politik dan penjawat awam, guna perkataan "bantu" dalam urusan rasmi / hakiki / harian kerja..
Quote white_musk 4-5-2026 09:14 PM
benezuella dulu pun gomen BANTU raykat juga kan.....
Quote Blu3butter 4-5-2026 09:17 PM
Oooooo
Quote tungkai 4-5-2026 09:48 PM
Susdagha susdaghi semua...
Quote stingerkentot 4-5-2026 09:50 PM
silance replied at 4-5-2026 01:03 PM
Tirma kasih. Kita worangs misti sapot.

Acececehh.. dah termalu ke tu?

[twitter]https://twitter.com/ismet_ulam/status/2051197407929757919?s=61[/twitter]

Quote axl_bach 4-5-2026 10:01 PM
Firenzza replied at 4-5-2026 08:21 PM
So modal politik next pru apa dia? Hapus subsidi minyak naik kerr? Klau dah tau jd piem satu beban j ...

Modal PRU paling hangat dah tentu hapuskan cukai pukal, hanya kenakan cukai kpd golongan kaya...... No moar GST nor SST.... Heaven wooooo
Quote TomyamPuteh 4-5-2026 10:36 PM
Kesah pulak Aku.Ko jugakkan yg terhegeh hegeh nak jawatan PM?sekarang ni nk mengungkit pulak ?orang dah undi tu ,buat la kerja.
Quote manopBKK 4-5-2026 10:53 PM
Buat2 terlena ke geng Din Cirit..

[twitter]https://twitter.com/bharianmy/status/2031641815632457910?s=61[/twitter]
Quote Decaffeinated 5-5-2026 07:34 AM
Hint awal nak tarik sabsidi la tu. Buat je lah. Negara sebenarnya sangat memerlukan pemimpin yang berani... berani hilang jawatan.
Quote Purestteam1 5-5-2026 08:23 AM
kalau takut risiko usah bicara perjuangan...
Quote mejaputih 5-5-2026 08:32 AM
turunkan 100L lak...ni tengok jalan sama je jem...penggunaan minyak masih sama.
Quote arnauld 5-5-2026 03:04 PM
Salam hutang 1.4tril, sukuk matang 104bil tahun ni, cukai terbnyk 202bil, bajet moh kena potong 5.4bil dan tambah lagi hutang 90bil adan uker
Quote arnauld 5-5-2026 03:04 PM
Salam hutang 1.4tril, sukuk matang 104bil tahun ni, cukai terbnyk 202bil, bajet moh kena potong 5.4bil dan tambah lagi hutang 90bil adan uker
Quote arnauld 5-5-2026 03:04 PM
Salam hutang 1.4tril, sukuk matang 104bil tahun ni, cukai terbnyk 202bil, bajet moh kena potong 5.4bil dan tambah lagi hutang 90bil adan uker

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2026 11:30 PM GMT+8 , Processed in 0.045471 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top