CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Objek lilin itu wangi, mungkin muntah ikan paus

4-5-2026 03:51 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1403| Komen: 15|Original author: ultra78

 

Mojd Raffi menunjukan ketulan lilin yang ditemuinya dipercayai muntah ikan paus. - Foto NSTP/Rosli Ilham.

KEMAMAN: "Bila bakar lilin itu, ia mengeluarkan bau yang sangat wangi," kata seorang nelayan, Mohd Raffi Yusoff, yang mendakwa menemui ketulan lilin dipercayai muntah ikan paus.

Mohd Raffi, 58, berkata, dia menemui ketulan lilin seberat kira-kira 20 kilogram itu ketika keluar mencandat sotong, pada khamis lalu.

Menurutnya, ketulan lilin itu ditemui pada jarak kira-kira 4 batu nautika dari Kuala Kemasik, kira-kira jam 6 petang.

"Dalam perjalanan itu, saya melihat objek berwarna putih itu dalam keadaan tenggelam-timbul. Saya pada mulanya menyangkakan objek itu adalah gabus pelampung.

"Saya hampiri objek terbabit dan mendapati ianya berupa ketulan lilin yang berat," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kampung Gong Chengal, Kemasik.

Katanya, dia kemudiannya menggunakan penyauk dan bertindak memotong sebahagian objek itu sebelum berjaya menaikkan ketulan terbabit di atas bot miliknya.

"Objek itu sangat berat. Bila disentuh ia agak lembut dan berbau harum saya hanya ambik sebahagian anggaran dalam 5 kilogram sementara selebihnya dihanyutkan air.

"Hati saya tertanya-tanya juga mengenai objek itu. Saya bimbang juga kerana bersendirian di atas bot," katanya.

Mohd Raffi berkata, sepanjang malam ketika sedang mencandat sotong, objek itu mengeluarkan bau yang sangat harum.

"Sebaik pulang mencandat kira-kira jam 11 malam, saya menunjukkan objek itu kepada isteri, Zuliza Harun, 39, sebelum isteri membuat carian berupa objek itu di internet.

"Hasil daripada pencarian itu, kami dapati objek itu mungkin muntah ikan paus atau. Saya ambik dan bakar sedikit ketulan itu ia sedikit berasap dan mengeluarkan bau yang wangi," katanya.

Katanya, dia bersetuju untuk menghantar objek terbabit kepada Universiti Malaysia Terengganu (UMT) untuk menjalani ujian ketulenan dan kesahihannya.

"Jika benar objek yang saya temui itu adalah muntah ikan paus, saya sangat bersyukur dan sedia untuk menjual kepada mana-mana pihak yang berminat," katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ninja boy 4-5-2026 03:51 PM
Zaman dulu2 2017 nelayan indonesia jual kaya raya
Quote prince_marhaen 4-5-2026 04:02 PM
Ambergris, bahan paling mahal buat perfume.
$30-45 USD per 1 gram.

Harap2 takde la yang tipu pakcik ni beli murah2.
Quote batmana 4-5-2026 04:41 PM
jual online je pakcik
Quote mclaren 4-5-2026 05:50 PM
prince_marhaen replied at 4-5-2026 04:02 PM
Ambergris, bahan paling mahal buat perfume.
$30-45 USD per 1 gram.


Kan... ambergris bukan senang nak jumpa. Harap betul lah.
Quote gigahertz 4-5-2026 08:10 PM
Pakcik.. lama tak jumpa..sihat ? Makcik rokiah mana ?
Nah ni Pisang utk pakcik. Pisang ni Dari Dubai pakcik elok utk gout .
Quote cmf_almondpecan 4-5-2026 08:31 PM
Mahal gila kalau betul muntah ikan paus yang buat perfume
Quote Decaffeinated 5-5-2026 07:51 AM
Kalau betul mesti menyesal amik 5 kilo ja penuh lah pantai kemasek nelayan buat operasi.
Quote Purestteam1 5-5-2026 08:20 AM
klu betul kang ramai ngaku sedare... haha
Quote apech 5-5-2026 08:40 AM
Eh pocik rafi lama dok jupe. Ingat dok dulu masa saya kecik2 saya pernah buang kemuncup dkt seluar pok. Keciknya dunia, tak sangka jupe pulok dekat sini. Nanti raya haji saya balik melawat pok ye   
Quote supernaturalee 5-5-2026 08:50 AM
pokcik 58

mokcik (mokcik ko??) - 39


untung pokcik

buatnya betul ambergris bertambah2 untung pokcik

Quote copy_paste 5-5-2026 11:23 AM
mclaren replied at 4-5-2026 05:50 PM
Kan... ambergris bukan senang nak jumpa. Harap betul lah.

ambergris selalunya bau  busuk,
Quote ultra78 5-5-2026 12:19 PM
mclaren replied at 4-5-2026 05:50 PM
Kan... ambergris bukan senang nak jumpa. Harap betul lah.

Mula-mula ingat ambergris jugak. Tapi kenapa benda dia pegang tu nampak putih bersih aje macam bahan kimia yang dibuang dari kapal.
Quote sarah_ary2 5-5-2026 12:23 PM
copy_paste replied at 5-5-2026 11:23 AM
ambergris selalunya bau  busuk,

Kalau fresh busuk kan ke sebab dah lama terapung dekat laut tu dah jadi wangi
Quote B40tastePosh 5-5-2026 03:43 PM
Pakcik lebih baik simpan benda tu dalam bilik kebal
Quote j3m4h 6-5-2026 01:26 PM
Mula2 baru muntah mmg bau hanyir gitu..dah bawak darat kering dia bau wangi.. by the way pakcik tu mcm ensem plak tetibe..sy boleh jd agent kpd potensi buyer yg legit..pm tele ye pakcik ganteng..

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-6-2026 11:05 PM GMT+8 , Processed in 0.516012 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top