|
Pelakon, Azar Azmi, baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila berkongsi pengalaman peribadinya ketika berada dalam tahanan reman. Perkongsian tersebut dimuat naik menerusi akaun TikTok Sembang Seram dan telah menyentuh hati ramai pihak.
Menurut Azar, keadaan di dalam bilik tahanan paling mengejutkannya ialah tandas yang terbuka tanpa sebarang privasi, selain kehadiran CCTV yang sentiasa memantau setiap pergerakan. Situasi ini membuatkan dirinya berasa tidak selesa walaupun semua tahanan dan warden terdiri daripada wanita. "Aku tidur atas lantai, tak ada bantal, tak ada selimut macam orang lain..berak open weh, tak ada nak bagi cover towel untuk mandi.. mandi pun open weh.. haa feeling mat saleh" "Nauzubillah aku kat mana ni" kata Azar. "Aku rela tak mandi 3 hari, bayangkan dah lah toilet open atas kepala hang ada CCTV.. kepala hotak" "CCTV tu diblurkan tapi tu lah kita buat dia... tapi CCTV tu kena ada takut bergaduh ke apa" katanya lagi.
Tambahnya lagi, sepanjang tempoh tahanan, tiada kemudahan asas seperti tilam, bantal atau selimut disediakan. Keadaan ini menjadikan waktu malam lebih mencabar, sekali gus memberi kesan emosi yang mendalam kepada dirinya. Perkongsian Azar itu turut mengundang pelbagai reaksi daripada netizen. Rata-rata meluahkan rasa simpati dan terharu, malah ada yang berkongsi pengalaman serta pandangan masing-masing mengenai situasi dalam lokap. Ada juga yang memberi kata-kata semangat dan mengingatkan bahawa setiap ujian adalah sebahagian daripada ketentuan hidup. Secara keseluruhannya, pengalaman yang dilalui oleh Azar Azmi ini bukan sahaja memberi kesedaran kepada orang ramai tentang realiti kehidupan dalam tahanan, malah menjadi peringatan bahawa setiap individu pasti diuji dengan cara tersendiri. Semoga beliau terus tabah dan menemui kebahagiaan selepas melalui detik sukar ini. - CARI |
prince_marhaen replied at 4-5-2026 02:32 PM
Dah sedap makan duit orang, aniaya orang, mungkin ada doa orang yang kau aniaya termakbul, tu baru k ...
Inigo-Montoya replied at 4-5-2026 03:29 PM
maksudnya dalam penjara masing2 terlanjang bulat lah kalau melepas atau mandi..boleh bayangkan bau b ...
Shayang replied at 4-5-2026 05:06 PM
Melepas je kot mandi kena g bilik air
Aku taktau la penjara kat Malaysia cemana tp hasil menonton ...

siasia replied at 4-5-2026 05:57 PM
Cara dia cakap mcm rempit2 ke
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
11-5-2026 05:19 AM GMT+8 , Processed in 0.045598 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.