CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Hanya Interaksi Sesaat Dua, Tak Adil Label Seseorang Itu Sombong” - Zahirah Macwilson

4-5-2026 11:54 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 534| Komen: 4|Original author: akido_kido


zahirah.png


Pelakon Zahirah Macwilson pertahankan diri apabila namanya dalam senarai dilabel sebagai artis sombong oleh segelintir netizen di media sosial.

Memetik mStar Online, Zahirah berkata tidak adil untuk menjatuhkan hukuman terhadap seseorang berdasarkan interaksi singkat.

“Saya tak mahu komen terlalu banyak tentang perkara ini. Bagi saya, tidak adil untuk melabel seseorang itu sombong hanya berdasarkan interaksi yang berlaku dalam sesaat dua.

“Sombong itu satu perkataan yang berat dan besar maknanya. Tapi kalau di luar, saya sebenarnya okey saja berjumpa dengan orang ramai.

“Saya selalu ada pertemuan manis dengan peminat. Kebanyakan mereka terinspirasi dengan saya tapi sebenarnya, saya yang terinspirasi dengan mereka.

“Tak boleh nak komen bagi pihak mereka yang rasa begitu. Mungkin ketika itu waktu yang tidak sesuai atau saya sedang memikirkan perkara lain, tak pernah dilakukan dengan sengaja,” katanya.

Sementara itu, Zahirah meluahkan rasa kesal dengan tindakan melemparkan tuduhan tanpa memikirkan kesan terhadap individu berkenaan.

Tambahnya lagi, jika tiada perkara yang baik-baik untuk diperkatakan lebih baik berdiam sahaja.

“Kita di zaman media sosial yang terlalu mudah untuk menaip apa saja tanpa rasa tanggungjawab atau akauntabiliti. Orang boleh cakap sesuka hati tanpa nampak bagaimana kata-kata itu menyakitkan hati atau memberi kesan kepada mental seseorang.
Ketahui lebih lanjut


“Saya rasa tak perlu cakap apa-apa kalau perkara itu bukan fakta, sekadar andaian atau tuduhan semata-mata, kecuali jika apa yang anda perjuangkan adalah satu kebenaran,” katanya.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chacon 5-5-2026 09:19 AM
sebab tu nak jadi retis bukan senang kena selalu friendly tak kira penat ke macam mana bila disapa peminat..
Quote Lucy20 5-5-2026 05:31 PM
uols memang lawa, tapi zaman sebelum dgn aiman, kemain kekwat dalam flight. terpaling retis la kan wpun duduk kt ekonomi je. no photos please. gituhhhh

tapi fast forward recently uols visit temasek, menumpang duduk rumah sedara kt HDB dgn family kecil uols tu. sengkek takleh stay hotel ke uolssss. Tapi tak dinafikan memang herlok la couple ni. cuma jgn nak kekwat sangat lah kan.
Quote Zezo 5-5-2026 06:20 PM
Bab sombong, kalau ramai yg cakap. Makna kata mmg hang sombong la tu. Kalau sorg, org akan anggap, that's not your day.
Quote noor2 5-5-2026 07:47 PM
Yg x sombong tu mcm CT Nurhaiiza, Fazura, Amira Othman yg dari jauh lalu pun sentiasa senyum pada semua org sambil angkat sikit tangan lambai jari  tak kira dimana mereka berada...kena belajar dari artis2 yg humble ni

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2026 04:44 AM GMT+8 , Processed in 0.071119 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top