CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Saya Tak Perlukan Lelaki Kaya Raya, Mestilah Seorang Pemimpin” - Adira Suhaimi

4-5-2026 11:52 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 477| Komen: 5|Original author: akido_kido


adira.png


Penyanyi Adira Suhaimi berkata meskipun berdepan kegagalan rumah tangga sebelum ini namun tidak menjadikannya serik untuk mencipta bahagia.

Memetik Utusan, Adira berkata dia melihat apa yang berlaku telah diaturkan Allah untuk menjadikan dirinya insan lebih baik.

“Saya tidak berasa serik dengan hari-hari yang telah berlalu. Saya percaya setiap kejadian telah diaturkan oleh Allah sebagai proses untuk saya belajar menjadi individu dan ibu yang lebih baik. Saya mengambil segala-galanya dari sudut positif.

“Apa yang berlaku pada masa lalu adalah sebahagian daripada perjalanan hidup saya, manakala apa yang berlaku di hadapan adalah proses untuk saya teruskan kehidupan,” katanya.

Sementara itu, Adira berkata sebagai ibu dia tidak boleh menunjukkan dirinya lemah kerana emosi anak-anak perlu diberi perhatian serta melihat apa yang pengalaman dilalui menjadikan dirinya lebih kuat.

“Saya tidak mempunyai pilihan selain menjadi kuat demi emosi dan mental anak-anak. Saya percaya wujud ikatan emosi antara ibu dan anak; jika saya lemah, anak-anak juga akan terkesan.

“Oleh itu, saya harus sentiasa positif dan kuat demi menguruskan keluarga. Pengalaman ini akhirnya menjadikan saya seorang yang benar-benar kuat,” katanya.

Tambah Adira lagi, sebagai wanita biasa sudah tentu dia mahukan kasih sayang dan perlindungan daripada seorang lelaki yang boleh membimbing dirinya dalam masa sama memberi sokongan kepadanya.


“Sebagai wanita, saya juga teringin untuk berasa dilindungi dan disayangi. Namun, kerana sudah terbiasa berdikari, rasa selamat dan dilindungi itu dianggap sebagai satu bonus. Apa yang lebih penting bagi saya sekarang adalah seorang pemimpin yang boleh membimbing dan menegur saya sekiranya saya tersasar.

“Saya memerlukan sistem sokongan yang matang dan mampu membuat keputusan, memandangkan selama ini saya telah terbiasa membuat keputusan sendiri untuk diri dan anak-anak,” katanya.

Dalam pada itu, Adira tidak pernah meletakkan kemewahan sebagai syarat utama dalam memilih pasangan hidup sebaliknya lelaki bergelar pemimpin.

“Saya tidak memerlukan lelaki yang kaya raya kerana harta boleh dicari bersama. Yang penting, dia mestilah seorang pemimpin yang baik dan boleh menerima latar belakang saya serta keempat-empat anak saya,” katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakJOYah 4-5-2026 11:51 AM
hmmm.. dulu kawin dgn bured pun sbb dia banyak duit khenn..?
rupa mcm tu pun sanggup nak sondol
Quote makcun14 4-5-2026 12:50 PM
kemain selfie bersiapp glowingg namatey sejak bebas dari jantan useless iteww. Yang penting konfiden. Ko tengok mama tini mak neelopak , sheols pada zaman itu janda anak lima tetap mampu
tangkap jerung. soo what?
Quote prince_marhaen 4-5-2026 02:26 PM
dulu kau menyondol buRED tu sebab dia kaya kan...takkan la sebab hensem & pemimpin, rumahtangga dia pun huru-hara.... diam2 je lah pompuan oiii.. nanti netizen korek cerita lama nanti..
Quote MissVixen 4-5-2026 02:28 PM
Sembang. Sanggup jadi bini bernombor walaupun jantan muka pecah rumah, berdiam diri masa laki kantoi jadi scammer, seronok je nikmatti harta hasil scams. Bila laki tu kena dakwa dan jatuh miskin baru gelabah nak cerai. Macam tu mahu kata bukan cari laki berharta??? Anak2 yang ramai tu laki takde duit mampu ke nak tanggung? Bekas laki pun terkapai2 nak bayar hutang, nafkah macam mana nak bayar sempurna. Tak payah la sembang macam dunia fantasi.
Quote doubleA 4-5-2026 04:55 PM
Boipren baru adira si apis tu kerja apa? Manager anggerek kah?

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2026 04:09 AM GMT+8 , Processed in 0.028605 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top