CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fattah Amin Syukur Bakal Timang Anak Pertama Bersama Amira Othman - “Alhamdulillah, segalanya sudah terjawab"

3-5-2026 01:05 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2114| Komen: 23|Original author: Raline


Screenshot 2026-05-03 124653.png


Pelakon Fattah Amin meluahkan rasa syukur bakal menimang cahaya mata pertama bersama isterinya, penyanyi Amira Othman.

Memetik Astro Gempak, Fattah berkata dia tidak kisah dengan jantina anak pertama mereka kerana yang penting keadaan ibu dan anak dalam keadaan sihat.

“Alhamdulillah, segalanya sudah terjawab. Dan saya tumpang rasa syukur kerana bakal dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata.

“Soal jantina, saya tidak kisah asalkan bayi yang dikandung berada dalam keadaan sihat dan urusan bersalin nanti dipermudahkan. Terima kasih kepada semua peminat yang mendoakan yang baik-baik untuk kami,” katanya.

Sementara itu, Amira berkata dia dan Fattah belum tahu lagi mengenai jantina anak mereka kerana yang penting kandungannya sihat.

“Soal jantina saya tidak tahu lagi kerana belum buat imbasan. Tetapi apa apa jantina pun saya dan suami terima dan bersyukur asalkan sihat,” katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 3-5-2026 01:24 PM
Sama cantik,  sama padan...moga dipermudahkan segalanya..
Quote likilu 3-5-2026 01:59 PM
Olololo isteri lah ketua keluarga, isteri mengandung, isteri umum

Tok laki tersipusipu gitu je lah dia pulak malu malu tumpang gembira. Tumpang apa bukan ko yang buat ke?
Quote apedehal 3-5-2026 02:12 PM
Sendunya benang ni..xhype ke mashar preggie? Papepun thniah fatima bakal dpt adik..so bila usrah baby shower gonna take place?
Quote Lily_Elizabeth_ 3-5-2026 04:25 PM
Nampak handsome balik bam Tah. Dia kena pakai apparel jeans Dan t shirt. Nampak grunt.
If pakai shirt rambut sikat biasa nampak cam office worker biasa.
Quote makcun14 3-5-2026 05:45 PM
“tumpang rasa syukur?” sesuatu ayat ni yach.. bukan ke heols sumbangkan benih ke baby tu.so its his baby too.  ni biasa sejenis laki melayu hal baby serahkan kat mak. yang berjaga malam siapa?
buat anak pandai.Goodluck to masyar.
Quote etilfas111 3-5-2026 05:58 PM
Aduhhhh awal lagi nak tunjuk ke nonchalant.. tumpang apa ?

Kerja keras ya baby boyyy untuk menyara very nonchalant cool daddyiehhhh ke abah or abi erebbbb cikit??
Quote zuriey 3-5-2026 08:01 PM
Jgn lupa pampers susu pg beli abdol.
Takkan nak suruh ipan pula
Quote miss_strangers 3-5-2026 08:14 PM
all d best masyarr...time pantang nanti ko suruh kayu urus baby ok...Kang dia free panjang langkah dia tau kohkoh
Quote Lampuled 3-5-2026 08:38 PM
Tahniah daddy and mommy to be. Semoga menjadi happy family m
Quote Lampuled 3-5-2026 08:39 PM
Tahniah daddy and mommy to be. Semoga menjadi happy family.
Quote LadyCarefree 4-5-2026 04:28 AM
miss_strangers replied at 3-5-2026 07:14 PM
all d best masyarr...time pantang nanti ko suruh kayu urus baby ok...Kang dia free panjang langkah d ...

Panjang langkah?
Quote Yokot 4-5-2026 06:05 AM
Tahniah Fatah dan Amira. Semoga dapat baby yang sihat, bijak, helok dan sayang emak bapa. kalau dapat kembar boy dan girl lagi happy. Pasni ada rezeki beranak lagi supaya nnti anak anak boleh bermain sesama sendiri di rumah.
Quote Denco 4-5-2026 07:12 AM
Alhamdulillah...moga selamat bersalin nnti.
Quote Cassieopeia 4-5-2026 09:11 AM
alhamdulillah tahniah dua2, moga selamat bersalin sihat anak ibunye
Quote apedehal 4-5-2026 09:59 AM
Yokot replied at 4-5-2026 06:05 AM
Tahniah Fatah dan Amira. Semoga dapat baby yang sihat, bijak, helok dan sayang emak bapa. kalau dapa ...

Aamiin..harap beranak setiap tahun, laki cam fatah ni kena bizikan, contoh bzkan dgn ramai anak2 kalau x dia cepat bosan lagi. Go go mira
Quote Incanto 4-5-2026 10:09 AM
Yokot replied at 4-5-2026 06:05 AM
Tahniah Fatah dan Amira. Semoga dapat baby yang sihat, bijak, helok dan sayang emak bapa. kalau dapa ...

Aamiin...semoga FAAO di rezekikan dgn anak ramai

ipan dan capy boleh jadi babysitter


Quote ituseorangaku 4-5-2026 11:10 AM
Tahniah Fattah dan Amira..
Quote IzzahF 4-5-2026 11:17 AM
tahniahh....ipan tak nangis ke
Quote LauraRichis 4-5-2026 11:18 AM
apedehal replied at 4-5-2026 09:59 AM
Aamiin..harap beranak setiap tahun, laki cam fatah ni kena bizikan, contoh bzkan dgn ramai anak2 k ...

Khenss laki gini mmg kena bagi dia keje keras lebih sket..lepas abes pantang sila terus buat anak baru

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2026 05:21 AM GMT+8 , Processed in 0.047345 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top