CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Azar Azmi Dedah Kebaikan Ozlynn, Beri Zakat Buat Beli Barang Anak

3-5-2026 12:57 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 498| Komen: 3

 



Pelakon Azar Azmi mendedahkan aktres Ozlynn Wati antara individu yang terawal tampil menghulurkan bantuan.

Menerusi satu  podcast, Azar berkata dia sempat bercakap dengan Ozlynn mengenai semua kronologi  beberapa hari sebelum dia ditahan.


“Masa aku susah, ada seorang kawan baik aku yang tahu cerita aku sepenuhnya. 3 Hari sebelum aku kena ambil. Orang itu adalah Ozlyn Wati. Aku sempat bercakap dengan dia, aku cerita semua kronologi,” katanya.

Sementara itu, Azar berkata Ozlynn turut memberikan sumbangan zakat pada dirinya supaya dia dapat membeli barang keperluan harian anak-anaknya.

“Dia ada bagi sedikit zakat dekat aku yang aku boleh beli pampers anak aku, susu anak aku. Aku dapat bagi anak-anak aku makan ayam goreng sebab anak aku memang suka ayam.

“Aku dapat bagi dia makan ayam goreng. Dia selalu sebut KFC, budak kan. Dialah yang duduk dengar cerita aku sampai dia pun menangis sekali,” katanya.

Sumber: Astro Gempak

 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Myhappyending 3-5-2026 01:00 PM
Weh ada ke org percaya dia ni
Quote fattymah 3-5-2026 01:05 PM
Edited by fattymah at 3-5-2026 02:20 PM

Ai nasib balik ada duit syiling, duit selit² celah buku, kepci bukan ai je.. jiran depan jiran tepi jiran lorong belakang sekali sebulan tunggu gaji
Quote telracs 3-5-2026 10:50 PM
Myhappyending replied at 3-5-2026 01:00 PM
Weh ada ke org percaya dia ni

Ntahlah...

Kalau kes para pelakon, agak sukar nak percaya apa-apa...
Dah nama pun pelakon...
"Cobaan"...
Pak Mustar kata, ini betul² bukan cobaan...
So... wallahu'alam...

Mampu baca jer...

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2026 04:49 AM GMT+8 , Processed in 0.026495 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top