CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Haiwan kurus di zoo Jepun bukan Harimau Malaya

2-5-2026 10:50 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1489| Komen: 7|Original author: Raline


72337519-bb10-4c04-98b7-5041aa573cae.jpeg


PETALING JAYA – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) tampil menjelaskan kekeliruan susulan penularan sebuah video memaparkan seekor harimau yang didakwa Harimau Malaya dalam keadaan kurus dan tidak sihat di sebuah zoo di Jepun.

Perhilitan dalam kenyataan memaklumkan, hasil semakan lanjut mendapati haiwan yang dipaparkan sebenarnya adalah Harimau Amur.

Menurut kenyataan itu, harimau tersebut juga bukan milik Perhilitan atau Kerajaan Malaysia, sekali gus menafikan sebarang kaitan negara dengan isu berkenaan.

“Penularan maklumat yang tidak tepat ini telah menyebabkan kekeliruan awam serta menjejaskan persepsi terhadap usaha pemuliharaan Harimau Malaya,” katanya hari ini.

Terdahulu, tular klip video di media sosial menunjukkan seekor harimau di sebuah zoo di Jepun dalam keadaan kurus sehingga mencetuskan reaksi negatif.

Sehubungan itu, Perhilitan mengingatkan orang ramai agar lebih bertanggungjawab dalam berkongsi maklumat di media sosial dengan memastikan kesahihan fakta sebelum menyebarkannya.

“Penyebaran maklumat tidak disahkan boleh mencetuskan persepsi negatif serta menjejaskan usaha pemuliharaan hidupan liar di peringkat nasional dan antarabangsa,” ujarnya.

Orang ramai turut disaran merujuk kepada sumber rasmi kerajaan atau pihak berautoriti bagi mendapatkan maklumat yang tepat serta mengelakkan spekulasi tidak berasas.

Dalam masa sama, Perhilitan menegaskan komitmennya untuk terus memelihara hidupan liar negara serta bekerjasama dengan pelbagai pihak dalam dan luar negara bagi memastikan kebajikan spesies terancam, termasuk Harimau Malaya, sentiasa terpelihara. – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 2-5-2026 10:41 AM
ada pemalsuan dokumen tak? sila check juga!
Quote aint 2-5-2026 10:48 AM
sedihnya
Quote hazzium 2-5-2026 04:13 PM
Ya Allah kesiannya..kalau tak nak bagi makan kenapa kurung? biarlah dia bebas di habitat asal dia.boleh memburu cari makanan..zalim betul biar sampai jadi mcm ni
Quote ultra78 2-5-2026 05:19 PM
Harimau Siberia..

Quote Zirara99 2-5-2026 05:43 PM
Harimau Antartika sekalipun tak sepatutnya dibiarkan kurus kering begitu. Bodoh tak dibuat-buat..
Quote bottombikini 2-5-2026 05:55 PM
kesiannya..kalau dok kat taigan mesti kau gemuk
Quote terma2nkondisi2 4-5-2026 04:57 PM
isunya bukan harimau tu ada kaitan dengan malaysia ke tak.. isunya gajah2 dari malaysia yg dihantar ke zoo tu dijaga dgn baik atau tak

adoi la.. tu la aku cakap.. sesetengah org ni mmg bongok

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-7-2026 06:48 PM GMT+8 , Processed in 0.056336 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top