CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pohon emas RM15,000 jadi mahar, Radin sah suami orang

2-5-2026 10:49 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2519| Komen: 18|Original author: Raline


Screenshot 2026-05-02 103257.png


KUALA LUMPUR – Dengan sekali lafaz, penyampai radio Era Radin atau Radin Amir Affendy Ahmad Aruani, 36, sah bergelar suami kepada Nur Amirah Shamsulbahrin dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Ukay Hills, kira-kira pukul 9.02 malam tadi.

Pasangan sama cantik sama padan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Shamsulbahrin disaksikan penolong pendaftar perkahwinan Masjid Bukit Antarabangsa, Ustaz Abdul Hakim Abdul Rahman.

Radin memberikan mas kahwin berupa pohon emas bernilai RM15,020.26.

Majlis yang bertemakan serba putih itu turut dihadiri oleh 500 tetamu termasuklah tetamu kehormat, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan isteri.

Antara rakan selebriti yang turut hadir menyaksikan penyatuan dua jiwa itu termasuklah Syed Saddiq, Bella Astillah, Erra Fazira, Nabila Razali dan penyampai-penyampai radio Era.

Nabil Ahmad, DJ Nas dan Azad Jasmin pula ditugaskan sebagai pembawa dulang.

Radin dan isterinya berkenalan sejak lebih setahun lalu namun, hubungan mereka tidak didedahkan kepada umum sehinggalah ke detik-detik terakhir sebelum diijabkabulkan.  – KOSMO! ONLINE




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Temenung 2-5-2026 10:59 AM
Oh ni bukan yg stewardess tu ek

Tahniah la ye
Quote Minami2013 2-5-2026 11:23 AM
Moga berbahagia hingga ke syurga. Meols ingat pun kahwin dgn stewardess sbb lama dah tunang. Rupa nya dah putus.
Quote sukanyanyi 2-5-2026 12:48 PM
Baru ni ternampak video heols dlm ig era ade terpikir bile nak kawen raden ni. Skali nah kuar beritanya. Alhamdulillah
Quote nadie90 2-5-2026 01:39 PM
Tahniah Raden & isterinya. Semoga berbahagia hingga ke syurga.

Tgk tiktok live depa akad nikah smlm. Baru tau ZH bapak saudara dia.
Quote sukacactus 2-5-2026 04:01 PM
Baca komen2 katanya ni mera lawyer kat tiktok
Quote asfaz 2-5-2026 04:52 PM
Temenung replied at 2-5-2026 10:59 AM
Oh ni bukan yg stewardess tu ek

Tahniah la ye

Baca yd kat thread,kawan ex kot terkejut tgk pengantin, igt dgn yg itu.
Btw wife dia J anak 3 kan? nmpk td Radin bersedia anak 3
Quote Temenung 2-5-2026 05:26 PM
asfaz replied at 2-5-2026 04:52 PM
Baca yd kat thread,kawan ex kot terkejut tgk pengantin, igt dgn yg itu.
Btw wife dia J anak 3 kan? ...

Serius la J?

Sbb sebelum ni iols tgk radin dgn FA tu lama gak kapel tetiba tgk gambar kawin ni mcm lain pulak rupa.baca story atas tu kenal wife setahun.maknanya betul la dgn org lain kalo dgn FA tu dulu lebih dari setahun kapel
Quote bottombikini 2-5-2026 05:40 PM
oh ukay hills
padan la lalu pagi td nampak mcm ada org kat tempat tu berkemas2 la gaknye
Quote imanjannah 2-5-2026 07:55 PM
Edited by imanjannah at 2-5-2026 07:57 PM

alhamdulillah tahniah Radin, moga Allah memberkati perkahwinan ini, tapi dulu Radin mcm pernah tunang kan, yg belaja obersea tu kan, ke org lain
Quote siasia 2-5-2026 07:58 PM
Radin ni duda ke
Ke ni first time kawen.
Quote Missjass 3-5-2026 01:32 AM
siasia replied at 2-5-2026 07:58 PM
Radin ni duda ke
Ke ni first time kawen.

radin first time kawin, wife dia tu yang ibu tunggal katanya
Quote missbigrockstar 3-5-2026 07:49 AM
Tahniah. Selamat pengantin baru. Muka bini dia iras siti khadijah, siti hariesa.
Quote piro77 3-5-2026 08:08 AM
sukacactus replied at 2-5-2026 04:01 PM
Baca komen2 katanya ni mera lawyer kat tiktok

Yep lawyer ada firma sendiri
Quote piro77 3-5-2026 08:11 AM
siasia replied at 2-5-2026 07:58 PM
Radin ni duda ke
Ke ni first time kawen.

Terbalik kan.. macam radin bapak orang Dia berjalan atas stage nampak betul buncit adoi.. nak kawen ni usahakan la jaga badan sikit wife punya lawo mcm anak dara
Quote sleepandream 3-5-2026 10:06 AM
congrats...
Quote siasia 3-5-2026 04:58 PM
piro77 replied at 3-5-2026 07:11 AM
Terbalik kan.. macam radin bapak orang  Dia berjalan atas stage nampak betul buncit adoi.. nak k ...

Ya, tu tanya tu
Sbb penampilannya boyak2 mcm duda anak 3
Ada je laki bujang tp gemuk pun, x nampak mcm bapak org.
Rupanya isterinya yg janda anak 3. Lawa orgnya ya.
Quote babynina30 3-5-2026 06:05 PM
Zmn dia dgn FA tu dlu silapnya ditayang dicanang
Lamaaaa plak tu kapel
Sudahnya kita smua tekejut sbb dok igt kawen dgn pamugari saudi iteww
Quote jihyomelly 3-5-2026 09:35 PM
tahniah radin..mcm terbalik pulak dia nampak mcm bapa budak..ingat dgn yg lama tu..apapun tahniah

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2026 05:12 AM GMT+8 , Processed in 0.038461 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top