|
Hanya kekal sebagai kawan, pelakon Nora Danish mengakui hubungan mesranya dengan lelaki dikenali sebagai Mickey Ayo yang juga seorang perunding kewangan tidak dapat diteruskan atas dasar tiada kesefahaman.
Nora atau nama lengkapnya Nora Mohd. Danish Hanif, 44, berkata keputusan untuk membawa haluan masing-masing dilakukan secara sepakat tanpa sebarang konflik. “Saya masih solo dan tidak mempunyai kekasih. Sebelum ini mungkin ada fasa mengenali hati budi seseorang, tetapi kami ambil keputusan untuk bawa haluan masing-masing. “Sekarang kami cuma berkawan. Saya pun memang berkawan dengan semua orang. “Keputusan ini dibuat kerana masing-masing sibuk selain faktor ketidaksefahaman dari pelbagai segi. Ini adalah jalan terbaik untuk kami,” katanya ketika ditemui pada majlis tayangan perdana Poskad Cinta Dari Istanbul, semalam. Ditanya sama ada keputusan tersebut mempunyai kaitan dengan bekas suaminya, ibu kepada dua cahaya mata itu menafikan dakwaan tersebut. Akuinya, hubungan baik dengan lelaki yang pernah hadir dalam hidupnya itu adalah demi permata hati, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram, 17, dan Mohamed Neqayl Nedim, 8. “Saya sangat selesa dengan hubungan sekarang bersama bekas-bekas suami. Kami bersahabat selain sama-sama memastikan kesejahteraan anak terjaga,” ujarnya. Mengenai kemungkinan bakal kembali dengan bekas suaminya pertamanya, Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai, Nora juga menyangkal desas-desus tersebut. Katanya, dia kini semakin matang terutama dalam mempertimbangkan keputusan besar selepas melalui pelbagai fasa kehidupan. “Jika orang mengharapkan kami kembali bersama (rujuk), saya rasa buat masa ini kami lebih bahagia dengan cara begini. “Namun, saya tidak berani mengatakan ‘tidak’ kerana semuanya berbalik kepada ketentuan Allah. Apa yang boleh saya katakan, saya dan bekas-bekas suami sangat selesa berkawan. “Setakat ini saya bersyukur kami sepakat serta selesa bekerjasama sebagai ibu bapa untuk menjaga anak-anak kami. Itu sahaja, tidak lebih daripada itu,” katanya. Tinjauan Kosmo! Online juga mendapati tiada lagi perkongsian foto bersama Nora dalam akaun Instagram Mickey Ayo. Sebelum ini, Nora pernah berkahwin dengan Jejai pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan Putra Rayqal sebelum bercerai dua tahun kemudian. Pada 2017, dia mendirikan rumah tangga dengan Nedim Nazri tetapi perkahwinan mereka berakhir pada 19 Jun 2024. Mereka mempunyai seorang putera, Neqayl. Sumber – KOSMO! ONLINE
|
Shayang replied at 30-4-2026 10:15 PM
Eloklah berhati2 jgn terburu2. kawan2 je dulu kalau ada yg tak ngam jgn teruskan nnt menyesal dikemu ...
naisyahmh replied at 1-5-2026 10:50 AM
Rosmaini mmg lelaki paling dibenci seantero Malaysia kini.. Semoga Allah membalas perbuatan jahatn ...
tapi jejai kata tak leh kawen balik ngn nora sebb nanti nora selalu nangis. Mesti sebb jejai playboy kan 
Nurkaseh01 replied at 1-5-2026 04:20 PM
i ada tgk nora dengan tasha call jejai. Dorang Tanya jejai syg nora lagi tak pastu jejai cakap "syg2 ...
lonely_classic replied at 1-5-2026 03:44 PM
Rosmaini? Mickey tu ke? Tapi geli lah dah rentua panggil Mickey
naisyahmh replied at 1-5-2026 10:50 AM
Rosmaini mmg lelaki paling dibenci seantero Malaysia kini.. Semoga Allah membalas perbuatan jahatn ...
becir replied at 1-5-2026 04:27 PM
serious la ditanya gitu kat jejai? dahla kena cerai time mengandung, mcm stokin bsuk je layan nora ...

Shayang replied at 1-5-2026 04:35 PM
Bukan nama Mickey.
Rosmaini tu lelaki yg kahwin sampai 9 kali dan suka tibai bini-bini dia sampai ...
lonely_classic replied at 1-5-2026 03:44 PM
Rosmaini? Mickey tu ke? Tapi geli lah dah rentua panggil Mickey
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
21-5-2026 03:10 AM GMT+8 , Processed in 0.191224 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.