CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Amira Othman Umum Tinggalkan Dunia Lakonan, Akui Tiada Bakat - “Saya rasa saya tidak pandai berlakon dan tidak mempunyai minat"

30-4-2026 03:40 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3396| Komen: 41

 


Pelakon Amira Othman umumkan keputusan mengundurkan diri dari dunia lakonan untuk memberi tumpuan pada karier nyanyiannya.

Memetik BH Online, Amira berkata dia kini sudah berhenti dari lakonan serta mengakui tidak memiliki bakat semula jadi dalam bidang berkenaan.

“Sejujurnya, saya memang sudah tidak berlakon lagi. Saya betul-betul berhenti daripada dunia lakonan.

“Saya hanya berlakon untuk produk keluaran UTV kerana kami suami isteri adalah duta Amber dan sebahagian daripada komitmen itu memerlukan kami berlakon,” katanya.

Menjayakan telefilem Poskad Cinta Dari Istanbul bagi aplikasi UTV, Amira berkata pembabitannya dalam karya tersebut adalah komitmen sebagai duta produk.

“Kebetulan dapat berlakon bersama suami, jadi lebih mudah dan saya anggap sebagai rezeki. Datuk Nana pula sangat fleksibel dalam menyusun jadual kerja dan memahami keadaan saya,” katanya.

Sementara itu, Amira membuat keputusan berkenaan selepas menyedari minat dan jiwanya lebih kepada nyanyian.

“Saya rasa saya tidak pandai berlakon dan tidak mempunyai minat mendalam dalam bidang ini. Kalau komedi ringan mungkin boleh, tetapi watak berat biarlah diberikan kepada mereka yang lebih berbakat,” katanya.

Sumber: BH Online, Rotikaya


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Paiya 30-4-2026 04:45 PM
terbaik Mira
fokus pada rumahtangga je
Quote Perawankota 30-4-2026 04:55 PM
Ok Amirah
Quote Kancilkering 30-4-2026 06:02 PM
selamat bersara
Quote LaskarHijayu 30-4-2026 06:19 PM
Buat lagu best2 mira... lagu Hati-hati tu sampai skang ade dlm playlist kat keta aku...
Quote AlyaAsylo 30-4-2026 06:34 PM
Menyanyi pun x sedap masalahnya.. ni lepas beranak nanti lagilah
Quote alieyrina 30-4-2026 06:57 PM
Elok la. Sorang takdak bakat sorang lg kayu. Sekufu to the max
Quote likilu 30-4-2026 07:36 PM
Gitu la dah jadi ketua keluarga

Ni pengumuman keluarga dia dua dua bersara dah kan?
Quote missnina 30-4-2026 09:59 PM
I kenal Amira sebagai penyanyi
Teruskan nyanyi je
Quote Kuin-Kepam 30-4-2026 11:13 PM
Tak ajak si somi join sekali ke sis....

Quote apedehal 30-4-2026 11:21 PM
Elok lah tu..rasanya career menyanyi pun xboleh nak go nnt, bkn sedap sgt pun. Duk rumah je la jaga anak 10 org nnt tu kan..beranak setiap thn..boleh la jd momfluencer. Jaga patah elok2 jgn lupa manjakan dia lebih dr anak, kang dtg blk nonchalant tu kang makan hati ko
Quote noor2 1-5-2026 12:30 AM
Terbaik...dunia lakonan mmg x sesuai untuk seorang yg berstatus isteri mahupun suami...semoga perkahwinan kekal sampai akhir hayat
Quote pocongkiutss 1-5-2026 02:20 AM
At least dia sedor la jugak tak pandai berlakon

Laki kau takde bakat menyanyi mahupun berlakon . Boleh la galakkan bersara
Ex dia yg tak pandai menyanyi fefeeling nyanyi live terpaling konfiden ( kat konsert Elmina eh?)  tu pun leh la juga bersara dr menyanyi
Quote etilfas111 1-5-2026 05:50 AM
Jgn lupa ajak si kayu sekali mereput sesama semak mata nengoknya.. risau jugak baby boyyyyy lahir2 nnti busy main tepon dari layan anak bini..
Quote piro77 1-5-2026 06:14 AM
Sorry amira mmg pernah berlakon ke sebelum ni? Sbb buat apa nak bersara kalau mmg tak pernah kan.. taktau la kalau ada tapi tak perasan.

Kalau nyanyi i kenal lah dr AF lagi sbb cousinnya kawen dgn kwn i mmg selalu update dulu kat FB n blognya. Cuma pernah la i cakap dgn hb yg amira ni suaranya mmg ok tapi agak susah nk naik sbb takde identity. Alhamdulillah lah sekarang rezekinya orang dah kenal tp i tetap masih rrasa yg sama, suaranya takde identity. Kalau adiknya lebih ok dari dia
Quote gekkou 1-5-2026 06:17 AM
alhamdulillah
tahniah
semoga selamat. bersalin dan pregnant every year
mesti meriah rumah dan family pun suka
tapi tetap boleh jadi duta product
jual tudung online
lepas ni jadi anak jadi duta


Quote 3chanceno 1-5-2026 07:31 AM
pocongkiutss replied at 1-5-2026 02:20 AM
At least dia sedor la jugak tak pandai berlakon

Laki kau takde bakat menyanyi mahupun berlakon . Bo ...



Sabar sis, ramai pentaksub depa mai serbu nanti
Quote LauraRichis 1-5-2026 07:36 AM
Nak berhenti berlakon sbb nak tumpukan pada nyanyian??? Lemahnya ilmu agama sheols kata kaki usrah??? Hengatkan nak berhenti sbb nak dok rumah beranak tiap2 tahun maklumlah binik sorga katanyaa yihh menunggang jahhh lah keje ngko laki bijik  
Quote zehra2 1-5-2026 07:38 AM
fokus je pd rumahtangga.. ngekor je laa laki awak tu.. kang kena sondol pulak
Quote Lampuled 1-5-2026 10:00 AM
Relex² je Mira. Dah jadi isteri and ibu ni pilih untuk buat job yg kita enjoy je. Bukannya breadwinner yg nk kena suap byk mulut. Hidup santai2 and tenang² je.

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2026 05:40 AM GMT+8 , Processed in 0.092836 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top