CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zahirah Macwilson Gembira Ibu Sudah Berhijab - "Saya juga harap mungkin satu hari nanti saya mampu melakukan perkara yang sama"

30-4-2026 03:38 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2134| Komen: 38

 



Pelakon Zahirah MacWilson tumpang gembira ibunya Maslinda Yusoff kini sudah berhijab sepenuhnya dan bakal mengerjakan ibadah haji bulan hadapan.

Memetik Oh Bulan, Zahirah berkata ibunya ada berkongsikan hasrat untuk berhijab beberapa bulan lalu dan dia menyokong keputusan berkenaan.

“Saya tumpang gembira dengannya. Dia ada beritahu saya tentang keinginannya untuk bertudung sepenuhnya beberapa bulan lalu.

“Dalam masa sama, dia juga bakal mengerjakan ibadah haji buat pertama kali pada bulan Mei ini. Sama-sama kita doakan agar semuanya,” katanya.

Sementara itu, Zahirah berkata dia sentiasa mendoakan buat ibunya serta berharap dia juga akan mengikut jejak untuk berhijab suatu hari nanti.

“Bertudung adalah perkara yang baik. Sudah tentu sebagai anak, saya sentiasa mendoakannya. Saya juga berharap mungkin satu hari nanti saya mampu melakukan perkara yang sama, insya-Allah,” katanya.


Sumber: Oh Bulan, Rotikaya


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lily_Elizabeth_ 1-5-2026 08:41 AM
Okay.
Quote kaedahnya 1-5-2026 08:45 AM
Mak dia lawa sekian
Quote PinkyPie 1-5-2026 08:51 AM
Ohh dah berbaik eh dorang
Quote Missjass 1-5-2026 04:35 PM
PinkyPie replied at 1-5-2026 08:51 AM
Ohh dah berbaik eh dorang

Rasa macam belum betul2 baik lagi, sheols ni sejak bergaduh dengan mak dia tiba2 asyik post benda2 islamic, buat vlog tunjuk solat tahajud sampai ke isyak hari2
Quote Jellobin 1-5-2026 05:26 PM
Missjass replied at 1-5-2026 04:35 PM
Rasa macam belum betul2 baik lagi, sheols ni sejak bergaduh dengan mak dia tiba2 asyik post benda2 ...

Dorg ada isu apa sis
Quote Missjass 1-5-2026 05:56 PM
Edited by Missjass at 1-5-2026 05:57 PM
Jellobin replied at 1-5-2026 05:26 PM
Dorg ada isu apa sis


i pun tak tahu la apa sebab dia bergaduh sebenarnya, tapi i baca dalam forum ni juga ada yang kata mak dia tak suka ZM ni baik dengan ayah dia. 2 hari lepas mak ZM ni post dekat thread jangan la anak2 sombong dengan ibu
Quote Jellobin 1-5-2026 06:00 PM
Missjass replied at 1-5-2026 05:56 PM
i pun tak tahu la apa sebab dia bergaduh sebenarnya, tapi i baca dalam forum ni juga ada yang kata ...

I see. Oooh ayah dia pn kerap dtg rumah dia jgk kn. Serba salah kalau jd dia
Quote contessa38 1-5-2026 06:01 PM
Kesian pulak tersepit antara ego mak dan ayah.
Quote Missjass 1-5-2026 10:01 PM
Jellobin replied at 1-5-2026 06:00 PM
I see. Oooh ayah dia pn kerap dtg rumah dia jgk kn. Serba salah kalau jd dia

ye sekarang kerap la jumpa ayah dia, masa premier drama baru ni pun ayah dia datang dgn mak tiri dia
Quote Banananaa 1-5-2026 11:08 PM
Lama kan dorg tak berbaik since mak dia balik umrah last year then unfollow each other. Mak dia pun selalu share kat story macam kisah kena berbaik dgn ibu, kisah kalau nampak ibu umur 50 baru merasa beli itu ini biarkan sebab dia baru nak merasa bahagia macam tu la serba serbi. Mak dia pun kerap datang kl but tido hotel & tak jumpa anak dia. Zahirah pun dah lama tak balik perth tu. Btw, mak dia lawoo muka soft je
Quote Banananaa 1-5-2026 11:11 PM
Baru ni birthday mak dia baru zahirah ada post utk mak dia but still unfollow each other termasuk aiman lol. Bcos before this deyols follow je each other menantu mil
Quote Incanto 1-5-2026 11:57 PM
semoga aunty cantik dapat haji mabrur

aunty cantik jgn ego sgt , takut Allah uji
Quote Kancilkering 2-5-2026 12:17 AM
dh ada pasangan masing masing pun still bitter
zahirah tu anak sulong….serba salah dibuatnya…
Quote delia3003 2-5-2026 01:32 AM
Jellobin replied at 1-5-2026 06:00 PM
I see. Oooh ayah dia pn kerap dtg rumah dia jgk kn. Serba salah kalau jd dia

Ayah dia pun ada ikut bercuti sekali dengan Ira dan family Aiman baru² ni. Nampak Ira dah banyak dengan ayah dia sekarang.
Quote delia3003 2-5-2026 01:34 AM
Edited by delia3003 at 2-5-2026 01:38 AM
Banananaa replied at 1-5-2026 11:11 PM
Baru ni birthday mak dia baru zahirah ada post utk mak dia but still unfollow each other termasuk ai ...


Samada unfollow atau di block

Masa raya hari tu ada nampak family sebelah mak dia datang beraya. Dah takde balik Perth Ira, kalau tak setiap tahun balik tapi best pulak tengok dia bercuti sana sini dengan family kecik dia dan dengan family Aiman, ayah dia pun ada ikut sekali masa bercuti dengan family Aiman.
Quote Banananaa 2-5-2026 06:46 AM
Pernah baca kat forum ni juga before this yg ira dulu pun pernah gado dgn pak dia lama juga. Ni dah baik2
Quote NazRysha 2-5-2026 12:02 PM
mcm org tak belajar agama islam
wajib tahu tak tutup kepala tu
Quote Missjass 2-5-2026 05:16 PM
Banananaa replied at 1-5-2026 11:11 PM
Baru ni birthday mak dia baru zahirah ada post utk mak dia but still unfollow each other termasuk ai ...

Ye dulu kan selalu berbalas2 komen, post gambar cucu selalu, Zahirah plk selalu post anak2 dia VC dgn mak dia sekarang mana ada dah, raya pun dah dua tahun ZM tu raya dekat KL
Quote pakwetizzaqyah 2-5-2026 06:06 PM
sekarang ni tak mampu ke???

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2026 05:13 AM GMT+8 , Processed in 0.034324 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top