CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Saya Tak Pernah Rasa Diri Cantik, Saya Juga Ada Kekurangan” kata Che Puan Sarimah

30-4-2026 03:29 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2607| Komen: 51|Original author: Raline


arimah.png


Kini sudah mencecah 48 tahun, Che Puan Sarimah Ibrahim berkata usia bukan penghalang untuk pelakon wanita terus kekal relevan dana industri hiburan.

Memetik mStar Online, Sarimah berkata berpendapat persepsi pelakon wanita berusia akan tenggelam adalah tidak tepat kerana banyak pengalaman dilalui untuk dibawa ke pentas lakonan.

“Sebagai pelakon wanita yang dah meningkat usia, tak semestinya karier kita pudar dan menghilang dalam industri. Tak semestinya kita kena ambil watak macam penyondol  saja tau seumpanya. Kita ada banyak lapisan.

“Sebenarnya makin kita berusia, makin banyak pengalaman hidup yang kita boleh bawa ke layar,” katanya.

Sementara itu, Sarimah berpendapat pengalaman dalam lakonan tidak boleh ditandingi dengan kecantikan semata-sama dan komitmen dalam bekerja lebih penting dari penampilan.

“Pengalaman berlakon tidak boleh dikalahkan dengan kecantikan. Masih boleh dapat watak utama tapi kena komited untuk berikan 100 peratus. Jangan simpan. Kalau tak banyak babak kita perlu jadi cantik, tak mengapa,” katanya.

Membawakan watak Seroja dalam filem Pewaris Susuk, Sarimah berkata dia tidak pernah merasakan dirinya cantik serta mengakui ada kekurangan.

“Cantik itu subjektif. Ada orang anggap kacukan itu tak cantik. Saya tak tahu makna sebenar cantik. Saya tak pernah rasa diri saya cantik.

“Saya juga ada kekurangan. Kita semua rasa seperti itu. Disebabkan itu saya rasa ada perkara yang sama antara watak Seroja iaitu dia sentiasa rasa dirinya ada kekurangan,” katanya.


Sumber: mStar Online, Rotikaya


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lasagna 30-4-2026 08:49 AM
dah mmg cantik pun...
Quote swateng1 30-4-2026 04:17 PM
ya Allah..cantik mcm ni pun tak mengaku diri dia cantik. yg muka pecah rumah pun dok mengaku diri cantik siap rampas laki org lg..hurmmmm
Quote alesandra 30-4-2026 04:19 PM
Dia tak layak pun berche puan bagai.laki dia bukan pewaris takhta
Quote brainbiru 30-4-2026 05:40 PM
Hari tu lalu kat fb.. dia ni duta supplemen kurus..  x tau lah oem ke apa.. tp dia mmg kurus kan.. bila masa dia gemuk
Quote apedehal 30-4-2026 05:47 PM
Edited by apedehal at 30-4-2026 06:11 PM

Cantik je chuols sarimah..mix somemore tp jgn cengkung sgt okeh
Quote cm_vungtau 30-4-2026 07:28 PM
Memang tak lawa pun
Quote sibabun 1-5-2026 10:53 PM
memang cantik
Quote bukannonones 2-5-2026 10:53 AM
masa aku kecik kecik zaman dia berlakon janji diana tu, tak pernah rasa dia cantik. Muka dia jenis garang. Tp dah tua ni, yes she kategori cantik dimata ku.
Quote jihah_kudat 2-5-2026 12:57 PM
bukannonones replied at 2-5-2026 02:53 AM
masa aku kecik kecik zaman dia berlakon janji diana tu, tak pernah rasa dia cantik. Muka dia jenis g ...

we sama masa dulu tengok rasa biasa je mungkin sebab time tu dia berlakon dgn erra pastu ada juliana banoa dalam mx3 so rasa dia biasa je..tapi dalam cite kat tv3 dgn zamarul tu aku rasa dia lawa gile bertiang2 tinggal alya tu..
Quote green_coffee 2-5-2026 01:54 PM
mmg betul...lately ni nampak betul aura cantik dia compare masa dia awal2 20an dulu...mmg alya jauh tinggal....
Quote doubleA 2-5-2026 04:07 PM
Sesuai betul watak eva tu dengan sheols dalam bila cinta menjadi dosa tu
Quote asamfish 2-5-2026 04:18 PM
sebenarnya kecantikan terserlah dgn pembawakan diri dan kematangan diri dan umur....sbb tu ramai yang masa muda , mereka muka basic atau biasa2 tapi bila meningkat usia, kecantikan dan kejelitan terserlah....
Quote gideoncross 2-5-2026 05:00 PM
Sma mcm late Audrey Hepburn, sheol mmg cntik tpi msa kna interview, sheol bgithu yg sheol x prnh rsa cntik especially bab hidung & kaki sheol omg
Quote makcun14 2-5-2026 07:47 PM
Kalau tak naturally cantik boleh grooming pakai makeup. yang penting sheols slim so macam mana pun tetap nampak wow
Quote Reira77 2-5-2026 10:16 PM
Tapi muka sheols mcm keras kejung inject botox
Quote seibei 2-5-2026 10:43 PM
bukannonones replied at 2-5-2026 10:53 AM
masa aku kecik kecik zaman dia berlakon janji diana tu, tak pernah rasa dia cantik. Muka dia jenis g ...

sekarang xnampak sgt muka kegarangn tu kan.
Quote likilu 3-5-2026 12:04 AM
Sebab hidung dia ke
Huhuhu
Quote cm_vungtau 3-5-2026 12:35 AM
Muka dia macam lelaki macam keras. Pastu dah la jenis kepoh so to me tak lawa
Quote Lily_Elizabeth_ 3-5-2026 09:56 AM
Macam tak berapa lawa sekarang, muka nampak firm, leher berkedut kedut, rambut kejung, tak pastilah, dia pakai wig ke apa, nampak keras rambut masa berlakon dgn zamarul tu, tgk sekali lalu je, sebab tak best, spare part dalam drama tu wanita berusia, lainlah if yang berlakon jadi spare part zamarul tu, siti Khadija Hashim yang lawa tu.



Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2026 04:37 AM GMT+8 , Processed in 0.044507 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top