Pelakon Nur Fazura menyifatkan penerbit dan pelakon, Sheila Rusly sebagai mentua idaman bagi setiap wanita.
Difahamkan, Fazura meninggalkan komen dalam satu hantaran seorang pengguna Threads yang memuji Sheila melayan menantunya seperti anak sendiri.
Dalam hantaran berkenaan, individu itu berkata dia kagum melihat hubungan akrab Shiela sebagai mentua dengan dua menantunya.
Turut menjadi perhatian, komen Fazura itu turut mendapat komen balas daripada Shiela yang menitipkan doa buat Fazura agar diberikan kebahagiaan dunia dan akhirat.
Sumber: Rotikaya
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|