CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Marissa Dania, Aslam Masih Suami Isteri – Peguam Syarie

30-4-2026 08:36 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1518| Komen: 16

 



Perbicaraan pengesahan lafaz cerai dan rujuk  pempengaruh kontroversi, Marissa Dania Hakim dan suaminya, Ahmad Aslam sudah pun selesai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur sebentar tadi.

Memetik Harian Metro, peguam syarie, Muhammad Ammar Yaser Ahmad Nazri mewakili Aslam berkata perbicaraan lafaz cerai dan rujuk kedua-dua pihak berjalan lancar.

“Alhamdulillah, perbicaraan selesai hari ini melibatkan kedua-dua isu iaitu lafaz cerai dan rujuk. Kedua-dua pihak sudah memberikan keterangan masing-masing dan proses berjalan dengan baik,” katanya.

Sementara itu, peguam syarie itu berkata memaklumkan keputusan kes tidak dapat didedahkan buat masa ini dan akan diumumkan pada satu tarikh.

“Buat masa ini, keputusan belum boleh dikongsikan. Kita hanya boleh nyatakan perbicaraan sudah selesai dan keputusan akan ditentukan pada satu tarikh yang akan datang. Kita doakan yang baik-baik sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, peguam syari juga berkata status pasangan itu masih lagi suami isteri selagi mahkamah belum membuat keputusan.

“Selagi mahkamah belum putuskan apa-apa, status mereka kekal seperti sedia ada sehingga keputusan diumumkan nanti,” katanya.

Terdahulu, Aslam memfailkan pengesahan lafaz cerai dan rujuk pada 10 Mac lalu. Aslam dilapor melafazkan lafaz cerai dan rujuk terhadap Marissa sebanyak dua kali, iaitu pada September 2024 dan rujuk pada bulan sama.

Aslam kemudian melafazkan cerai buat kali kedua pada April tahun lalu dan kembali rujuk dua bulan kemudian.

Sumber: Harian Metro, Rotikaya


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 30-4-2026 09:10 AM
Nasib kau lah Markisa oii... ingat senang nak lepas macam main kawin-kawin ke. Takpelah... boleh lah kau belek-belek ciknek Selam lagi..masih sah kan.. ciknek tu yang kau nak sangat share celop2 ngan binik first kan..
Sian mak kau dah celebrate dah haritu dengan acik Azza Dagu... hahaha
Quote supernaturalee 30-4-2026 09:37 AM
prince_marhaen replied at 30-4-2026 09:10 AM
Nasib kau lah Markisa oii... ingat senang nak lepas macam main kawin-kawin ke. Takpelah... boleh lah ...

azza dagu ke azza sireh


anywho...

main2 ye dorg ni



Quote noorhairiahma 30-4-2026 09:56 AM
Habistu? Sia2lah yebby and azarimah berjoget suka hati gembira terlompat2 tu?
Quote Shayang 30-4-2026 10:09 AM
noorhairiahma replied at 30-4-2026 09:56 AM
Habistu? Sia2lah yebby and azarimah berjoget suka hati gembira terlompat2 tu?

Hahah dorang aritu gembira sbb baca berita dia nak serai bukan dah selesai bercerai
Hakikatnya bkn dorang yg menentukan semuanya pun

Quote Shayang 30-4-2026 10:10 AM
Nampaknya bukan acik bakyah dan bff dia je kecewa kalau dorang masih kekal laki bini
Tp kakak ipar aslam pun akan kecewa
Dan opkos la bini lagi lerr bertambah kecewa
Quote L.U.S.M 30-4-2026 10:19 AM
Actually statement lawyer tu xde lgsg ckp dorg masih suami isteri pun...

Dia cuma ckp perbicaraan dah selesai..itu sahaja..dlm article tu pun xde reput kata lawyer TU ckp status suami isteri tu...

TT benang ni bodoh ke saja nk fitnah ke ragebait ke apa...tanggung la dosa klu salah ye...zaman skrg mudah nk kumpul pahala..lg mudah nk kumpul dosa..heheh
Quote borrow 30-4-2026 10:19 AM
Cara cerai rujuk tu mesti memeningkan sbb tu amik masa nk sahkan. Klo sah rujuk nanti tuntut jelah cerai balik. Itupun klo mau lah.
Quote chandrahusin 30-4-2026 10:24 AM
berebut Aslam
klu kaya raya tu paham
ni 2 2 bini cari makan sndr
cinta sejati la ni
Quote pocongkiutss 30-4-2026 10:52 AM
Teringat ceplos
Quote aaz 30-4-2026 11:18 AM
borrow replied at 30-4-2026 10:19 AM
Cara cerai rujuk tu mesti memeningkan sbb tu amik masa nk sahkan. Klo sah rujuk nanti tuntut jelah c ...

Ambik masa sbb:
1. Nikah tak daftar so kena mohon pengesahan nikah, baru daftar. Kalau tak daftar nikah mcm mana hakim dan sahkan perceraian. Kes yg ni kalau depa nikah Siam di tempat yg kerajaan Malaysia iktiraf, tak rumit.
2. Nanti ada hukuman utk nikah poligami tanpa kebenaran dan nikah luar kawasan tanpa kebenaran. Biasa kena denda RM1k
2. Lps tu baru boleh fail pengesahan cerai kali pertama. Ni pun buat salah lagi sekali. Cerai luar mahkamah.
3. Pastu utk pengesahan rujuk kali pertama pulak.
4. Pengesahan cerai kali kedua.
5. Pengesahan rujuk jika ada

Nilah yg nak kena advocate kat pompuan2 sekitar kita. Adilah perempuan bijak yg tahu memilih lelaki yang bertanggungjawab dan ada komitmen utk jd suami. Yg susah nak hadap macam2 ni perempuan juga
Quote KamikuP 30-4-2026 11:31 AM
tAKDE PENYAKIT CARIK PENYAKIT.. adan uke mereka dan keluarga mereka... ekekek
Quote misszazaz 30-4-2026 02:01 PM
hhhrrrmmmmm
Quote apedehal 30-4-2026 02:23 PM
Ntahla dikk..speehless hakak..ni effect lahir dlm keta ke?..pekat betul dibodoh bodohnya pun..seb bek la acik yebby tu retis kalau xlama da ko kena buang keluarga dik
Quote asfaz 30-4-2026 10:08 PM
1000318258.jpg 1000318260.jpg
1000318262.jpg
Quote tumpanglalu74 1-5-2026 03:42 AM
asfaz replied at 30-4-2026 10:08 PM

Yang bini tuwe pulak kene maki kenape???

Macam la mak dia tak kangkang kat bapak dia..

Si tukang maki tu.
Quote gekkou 1-5-2026 06:12 AM
layan je la drama budak2 ni
esok2 dah tua sama ada:
1. dia akan nasihat anak dia jangan buat macam mn dia buat
2. larang anak dia mcm mn abby buat
3. jadi macam nomiang bulu lemah lembik
4. jadi macam diri sendiri yang rela check in hotel walaupun belum sah bernikah lepas tu gatai keras kepala nak juga jadi bini berno di usia muda

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2026 12:21 AM GMT+8 , Processed in 0.098229 second(s), 45 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top