CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Saya menangis dapat tahu jualan tiket seperti disabotaj’ kata Aishah

29-4-2026 05:54 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1832| Komen: 14|Original author: Raline

72ad2c62-c3da-4d5e-83df-e10862810cf8-2048x1365.jpeg


KUALA LUMPUR – Rasa seolah-olah disabotaj, penyanyi Datuk Aishah meluahkan kekesalan apabila penjualan tiket konsert Aishah 40 Chapters Of Love terganggu susulan kegagalan operasi sistem platform.

Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin, 61, mengakui insiden tersebut cukup mengecewakan memandangkan persiapan telah dilakukan dengan penuh teliti sejak sekian lama.

“Ketika mula-mula saya tahu, saya menangis. Kami sudah bekerja keras untuk menjayakan konsert ini, terutama pihak pengurusan.

“Saya dimaklumkan oleh rakan dan peminat sendiri. Mereka menunggu berjam-jam dalam barisan, tetapi apabila berjaya masuk, skrin pula memaparkan tiket sudah habis.

“Sedangkan hakikatnya, tiket masih ada. Itu membuatkan saya sangat terkejut, seperti kena ‘hijack’,” katanya ketika ditemui pada sidang media konsert berkenaan di ibu negara.

Tambah pelantun lagu Janji Manismu itu, situasi berlaku menimbulkan tanda tanya dan dia tidak menolak kemungkinan wujud unsur tidak bertanggungjawab.

Aishah bagaimanapun enggan menuding jari kepada mana-mana pihak, sebaliknya mahu memberi tumpuan kepada penyelesaian demi peminat.

“Kalau benar tiket habis, saya bersyukur. Tetapi dalam kes ini, tiket masih belum habis dijual. Jika terbukti ada pihak sengaja melakukan perkara seperti ini dan boleh diambil tindakan, saya tahu apa perlu dibuat nanti.

“Kami tidak mahu menyalahkan sesiapa. Apa penting sekarang, jelaskan kekeliruan kepada peminat.

“Ramai menghubungi saya bertanya bagaimana mahu beli tiket sedangkan sistem menunjukkan sudah habis,” ujarnya.

Pemenang Anugerah Juara Lagu 1990 itu juga dimaklumkan, pihak penganjur telah menukar platform jualan tiket kepada vendor baharu bagi memastikan urusan lebih lancar.

“Saya mohon bantuan rakan media untuk hebahkan bahawa jualan tiket kini berpindah ke platform baharu, iaitu Ticketmelon.

“Peminat boleh dapatkan tiket di sana tanpa gangguan seperti sebelum ini,” jelasnya

Konsert Aishah 40 Chapters Of Love bakal berlangsung pada 4 Julai 2026, pukul 8 malam di Megastar Arena sebagai simbolik meraikan empat dekad perjalanan seni penyanyi tersohor tersebut.

Dianjurkan Vox Nation Live, konsert berskala besar tersebut  dijangka menjadi momen istimewa dalam sejarah karier Aishah, sekali gus menghimpunkan peminat setia menikmati karya-karya malar segarnya sepanjang lebih 40 tahun bergelar anak seni. – KOSMO! ONLINE.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hotmak 29-4-2026 08:38 PM
ada je lg tiket dia, yg sold yg ladies only
Quote espri6006 30-4-2026 07:35 AM
Aishah ni suara sedap, dulu zaman kaset kaset selalu juga mengikuti perkembangan dia, dari album pertama solo sehingga album aishah 3 sedunia. lepas tu aku sambung belajar...so tinggalkan sekejap. dia ni selalu ada kontroversi, dulu masa tengah nama GAH dia ada isu dngan wartawan, aku tak tahu apa isu dia tapi dengar cerita ramai wartawan boikot pada masa itu. 4-5 tahu lepas ada kes pulak dengan VIda (isu gegarcanganza)..tapi salah si Vida tu juga. Ni skrg isu penjualan tiket pula...tak sure senjaga dibuat isu supaya audience alert or what. kpeada Aishah - selamat maju jaya dan semoga konsert akak berjaya...saya salah seoarng peminat lagu2 Aishah.
Quote prince_marhaen 30-4-2026 08:11 AM
Kak Ecah jangan nak macam Nek Ani ye, asyik feeling kena sabotaj je. Hihihi..
Semoga konsert sukses! At least banyak lagu Kak Ecah popular & evergreen...tak macam Aci Nurul..
Quote redz85 30-4-2026 08:24 AM
“Doa orang di luar sana makbul"

makcik tak terima tersingkir awal GV..

Quote lasagna 30-4-2026 08:45 AM
wehhh apa cite ni.. igt smooth jer..
kesian kak ecah..
Quote Kuin-Kepam 30-4-2026 10:04 AM
espri6006 replied at 30-4-2026 03:35 AM
Aishah ni suara sedap, dulu zaman kaset kaset selalu juga mengikuti perkembangan dia, dari album per ...


dulu masa tengah nama GAH dia ada isu dngan wartawan, aku tak tahu apa isu dia tapi dengar cerita ramai wartawan boikot pada masa itu

Tak jemput wartawan2 ke wedding dia....
Quote espri6006 30-4-2026 12:00 PM
Kuin-Kepam replied at 30-4-2026 10:04 AM
Tak jemput wartawan2 ke wedding dia....

oo kisahnya
Quote MatDeghem 30-4-2026 12:11 PM
Kuin-Kepam replied at 30-4-2026 10:04 AM
Tak jemput wartawan2 ke wedding dia....

wartawan sangkak hadap makan pree. tak di jemput terus boikot kak ecah. pulak kawin dgn jantan temasek. terus double chop boikot.

kesian mamat tu ...lepas kawin sakit dgn kak ecah asik sakit je. kata nya...bila bercerai terus sehat.
masa tu kak ecah top top meletop macam neelopah sebelum berniqab



Quote ezacbee 30-4-2026 01:34 PM
Sama date dgn konsert m.nasir cipta4..

Quote supernaturalee 30-4-2026 04:03 PM
kat ticket2u puan ada jual



jualan masih slow

tp takpe, lambat lg, bulan 7



yg seram ni, konsert jee

9.5, 9 hari lagi

tapi takde 1 pun yg sold out

aishah at least ada 1 kategori seat sold out

ramai yg kerisauan dgn kemampuan die berkonsert lps tgk die perform live masa PC tu hari

Quote sleepandream 1-5-2026 04:11 PM
sheols pakai vendor ticketing mana asalnya?
suara sheols kalau menyanyi masih sedap okehhh... suara masa bercakap je kkdg annoy sikit
semoga konsert sheols success yach

Quote siasia 1-5-2026 06:03 PM
La br tau ada nk buat konsert. Sbb kurg promo kut
Quote tumpanglalu74 2-5-2026 01:17 AM
espri6006 replied at 30-4-2026 07:35 AM
Aishah ni suara sedap, dulu zaman kaset kaset selalu juga mengikuti perkembangan dia, dari album per ...

Dia sedap nyanyi lagu omputih dari lagu melayu..

[youtube]aK-dhs4pklM?si=ujsdeRiZt66KNuiQ[/youtube]
https://youtu.be/aK-dhs4pklM?si=ujsdeRiZt66KNuiQ
Quote jargon 2-5-2026 12:38 PM
Tengok dia ni aku tingat bini pertama selam madu si markisah..muka jenis cmni

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2026 01:45 AM GMT+8 , Processed in 0.150000 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top