CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Dia dah tarik sikit-sikit, rezeki saya tak macam dahulu’ - Noorkhiriah mampu hadam hakikat tiada lagi tawaran kerja

29-4-2026 05:53 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1781| Komen: 14|Original author: Inigo-Montoya


KHIRIAH.jpg


LAMA membina nama sebagai anak  seni, Noorkhiriah kini mampu menghadam hakikat tiada lagi tawaran kerja.

Bukan merajuk jauh sekali terasa hati, Noorkhiriah atau nama lengkapnya, Noorkhiriah Ahmad Shapie mengakui hari demi hari, wajahnya tidak lagi menjadi pilihan membintangi drama apatah naskhah untuk skrin layar lebar.

“Betul orang cakap hidup ini ibarat putaran roda.

“Alhamdulillah, saya sudah boleh tenangkan diri dan berdamai dengan takdir bahawasanya rezeki saya tak macam dahulu.

“Mungkin Allah dah bagi rezeki begitu dan begini 20 tahun lepas. Sekarang, Dia dah tarik sikit-sikit,” katanya kepada HibGlam.

Noorkhiriah yang kini muncul dengan  filem terbaharu berjudul Felai FX berkata, dia tidak menyangka akan menempuh zaman suram seperti yang dilaluinya ketika ini.

“Sejujurnya, kadang-kadang ada rasa ‘weh, saya tak sangka yang anak  seni begini akhirnya’.

“Ingatkan akan sentiasa hidup mewah, ada job dan sebagainya. Jadi, kita kena bersiap-siaga dengan pelan masa depan dan sentiasa muhasabah diri. Ingat, langit itu tidak selalunya cerah,” ujarnya lagi.

bila-orang-ajak-majlis-berbuka-tapi-1-pun-kau-tak-boleh-pergi.lepas-seribu-tahun.jpg


Titip pesanan

Noorkhiriah menitipkan peringatan buat diri sendiri dan orang sekeliling terutama yang berkecimpung dalam dunia hiburan agar mula menabung demi masa depan.

“Buat sesiapa yang sebaya dengan saya atau yang baru nak jadi pelakon, tolonglah menyimpan (duit).

“Sebab kita tak nak jadi macam scammer yang makan duit orang. Kita tak tahu apa akan jadi kemudian hari.

“Saya bukan jenis suka bercerita dalam media sosial. Kalau tiada job, saya doa agar Tuhan permudahkan urusan rezeki saya waima bukan lagi dalam dunia hiburan,” jelasnya.

Sungguhpun begitu, Noorkhiriah menegaskan dia masih mencintai bidang lakonan yang merupakan lubuk rezekinya.

“Saya masih nak bekerja (berlakon), saya sayangkan kerja ini. Alang-alang kalian wawancara, saya nak tegaskan yang saya masih berlakon.

“Andai kata kalau ada tawaran, alhamdulillah saya ambil dengan harga yang berpatutan dengan komitmen saya berikan.

“Andai kata kalau sudah tiada nama Noorkhiriah dalam senarai, saya faham tidak mengapa,” katanya.

Noorkhiriah mengakui kesilapan terbesarnya adalah mengumumkan mahu berhenti berlakon pada 2016 walhal dia masih mencintai dunia seni.

“Rasanya silap saya juga. Saya belum bersara dan masih lagi ‘shooting’ sampai sekarang. Cuma rezeki belum masuk lagi. Pernah jadi dua tahun lepas, bulan Jun hingga hujung tahun tiada job sampaikan nampak dinding macam pantai melambai-lambai,” tuturnya.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Farnor 29-4-2026 10:40 PM
peringatan..
Quote lanacondor 30-4-2026 12:33 AM
Baik dia ni rajin sedekah.. semoga semua yg dlm kesusahan Allah datngkan rezeki yg tak disangka2
Quote lanacondor 30-4-2026 12:33 AM
Baik dia ni rajin sedekah.. semoga semua yg dlm kesusahan Allah datngkan rezeki yg tak disangka2
Quote hyie 30-4-2026 12:52 AM
bedah tong gas
Quote prince_marhaen 30-4-2026 08:19 AM
Jujur cakap akak memang tak ada komersial values, dulu2 masa freehair pun terpaksa pakai seseksi mungkin untuk laku.

Lagipun watak akak susah nak dapat yang verstyle, sekarang bukan zaman cerita meratap, cerita watak autism ke cacat ke, cerita kampung2, sawah2, cerita korporat pun dah jarang ada orang gaji ke, menantu dah berusia ke...dah kurang kak. Producers pun nak cari makan, kena ikut rentak stesen TV/online platform.

Akak berniaga dah okey dah, cuma bila asyik ada alasan pun susah gak kak.

Jangan kata rezeki kena tarik balik, betulkan statement, rezeki sentiasa ada, cuma kena usaha balik punca rezeki tu daripada mana.
Quote lasagna 30-4-2026 08:55 AM
waaa kak.. xperlu laa kot petik ayat scammer tu..
Quote supernaturalee 30-4-2026 09:40 AM
lasagna replied at 30-4-2026 08:55 AM
waaa kak.. xperlu laa kot petik ayat scammer tu..

udah mcm shady yg baru viral tu pulok





Quote AuntyZaza 30-4-2026 10:07 AM
Semoga murah rezeki.
Quote lasagna 30-4-2026 11:19 AM
supernaturalee replied at 30-4-2026 09:40 AM
udah mcm shady yg baru viral tu pulok

iyoo.. sheol kan prnh bekerja sama dlm drama pemes tu, kemain petik ayat scammer tu.. ghisau.

Quote Denco 30-4-2026 11:45 AM
berlakon over sgt, sama pesen berlakon mcm si akish masa bdk2, trus auto mnyampah
Quote ragazza 30-4-2026 07:57 PM
lasagna replied at 30-4-2026 08:55 AM
waaa kak.. xperlu laa kot petik ayat scammer tu..

Kenapa dgn scammer. Apa kaitan ngan acik ni..
Quote sleepandream 3-5-2026 11:09 AM
entah2 sheols salah sorg mangsa scammer tu...
tapi nasihat sheols bagus yach... kene menyimpan masa tgh laku...
Quote lasagna 5-5-2026 08:19 AM
ragazza replied at 30-4-2026 07:57 PM
Kenapa dgn scammer. Apa kaitan ngan acik ni..

mereka prnh berlakon sesama uols (drama Nur),
tp tatau laa se-close mana mereka..

Quote gekkou 5-5-2026 05:20 PM
aku lagi jealous bila mana
orang yang kurang dapat tawaran kerja, atau masih tidak bekerja
sekurang2nya ada pasangan atau keluarga utk support yang masih bekerja
berbanding yang single dan pula anak yatim piatu
berbanding yang single tapi komitmen pada keluarga masih ada

allah lancarkan rezeki khiriah seperti mengalirnya air zam zam

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2026 01:33 AM GMT+8 , Processed in 0.086535 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top