CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Awak ada masalah dengan saya jangan libatkan anak-anak - Hafidz Roshdi

29-4-2026 03:37 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7590| Komen: 164|Original author: Raline


Hafidz-Roshdi-Nurul-Shuhada.jpeg


PETALING JAYA – Sekian lama berdiam diri, pelakon Hafidz Roshdi berharap bekas isteri, Nurul Shuhada Mat Shukri memberi kerjasama untuk membolehkannya menjalankan tanggungjawab sebagai bapa kepada dua cahaya mata mereka.

Pada masa sama, Hafidz atau nama sebenarnya Muhammad Hafidz Roshdi, 32, memohon maaf secara terbuka kepada Shuhada selain memaklumkan sudah mendapatkan hak berjumpa anak-anaknya daripada mahkamah.

“Awak ada masalah dengan saya jangan libatkan anak-anak.

“Anak perlu figura abah dia juga dan saya dah dapat hak dari mahkamah.

“Saya minta maaf atas apa dah jadi sebelum ini baik dari segi kewangan, emosi atau lain-lain yang saya terlepas pandang,” katanya dalam hantaran InstaStory.

Pelakon drama Melastik ke Hatimu itu menegaskan enggan lagi bermusuhan dan hanya mahu menuntut hak untuk melawat dua cahaya matanya, Humairah dan Umar.

“Saya tak nak bermusuh dengan awak, mahu hak lawat dan jumpa Humairah dan Umar saja.

    “Saya dah minta maaf, dah lepas tanggungjawab saya, awak nak maafkan ke tak sekarang ini jangan libatkan Humairah dan Umar.

“Luka di hati awak itu Allah saja boleh rawat, saya nak jumpa Humairah dan Umar. Nak jalankan tanggungjawab sebagai abah mereka,” katanya lagi.

Hafidz turut merayu agar Shuhada tidak menyekat atau menghalang usahanya untuk menghubungi anak-anak bagi bertanya khabar serta meminta diberi akses komunikasi terkini.

“Jangan sekat atau halang, saya nak hubungi mereka tanya khabar, perkembangan mereka.

“Sila bagi nombor telefon terkini Humairah,” ujarnya.

Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan sah bercerai talak satu pada 27 Julai 2023.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 9, dan Umar, 5 tahun.

Selepas bercerai Shuhada bersama dua anaknya berhijrah ke Melbourne, Australia untuk menyambung pengajian di institusi  pendidikan.

Hafidz kemudian kembali bernikah dengan Athira Yuhada pada 15 Disember 2023 dan memiliki seorang cahaya mata perempuan. 


Sumber – KOSMO! ONLINE



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Farnor 29-4-2026 03:11 PM
[email protected] ke?
Quote lolipopmanish 29-4-2026 03:13 PM
Apa lagi niiiiii
Quote kucingitam 29-4-2026 03:14 PM
sakit ati baca komen tololngai kat ig sana.. haih
Quote tepisket.. 29-4-2026 04:39 PM
Haa apa lagi kau nak cik kak? Takkan nak suh Hafidz sembah kau plak? Jgn rasa diri tu macam Tuhan plak ya.
Quote alvira 29-4-2026 05:18 PM
Muncul lagi kisah kembar kemek ni..shubingai.. panas betul today cerita pasal kemek dgn kembar dia ni shubingai
Quote BungaKencana 29-4-2026 05:27 PM
ramai walangai merentan.. pmpuan skrg bodoh dia bukan kaleng2 eh
Quote BungaKencana 29-4-2026 05:29 PM
tepisket.. replied at 29-4-2026 04:39 PM
Haa apa lagi kau nak cik kak? Takkan nak suh Hafidz sembah kau plak? Jgn rasa diri tu macam Tuhan pl ...

walangai nk dia dtg oz jumpa ank2 dkt sana.. ataupun belikan tiket balik utk 3 org dari oz..
Quote BungaKencana 29-4-2026 05:30 PM

seru lg... MKL manaaaa
Quote LaskarHijayu 29-4-2026 05:42 PM
Kesian HR. Mesti rindu sgt kat anak2
Quote Farnor 29-4-2026 05:43 PM
@KantoiLagi mana u nii spill tea sikitlah..
Quote red_velvet 29-4-2026 05:55 PM
Memang ni yang ngai nak.. Apis merayu2 mintak maaf.. Dia kalau boleh nak apis sujud kat kaki dia..meols rasa dia baca status apis ari ni sambil menyeringai lebar sambil jerit "yes aku dah menang!!" ( siapa yang salu tengok live tt dia dulu paham la cara dia camana.. iykyk )
Quote Sendawg 29-4-2026 05:59 PM
BungaKencana replied at 29-4-2026 05:27 PM
ramai walangai merentan.. pmpuan skrg bodoh dia bukan kaleng2 eh

Memang lah. Ramai enabler pembackup hanya lah sbb isteri disakiti. Ngai, Nurin, Kemek, people always think they are innocent (tapi2 banyak ramai cepat meluat dgn Nurin sbb dia makin gila)
Quote red_velvet 29-4-2026 06:31 PM
BTW helok  gambo apis merenung kat depan tu. Manela ngai tak gila bayang dendam kesumat sampai bawak lari anak2 jadi 0elarian kat oz..
Quote penmerah 29-4-2026 06:46 PM
Pompuan ni hodoh rupa ...hodoh jua perangai
Jangankan kata tololngai diluar sana... dalam forum pun ngai disayangi oleh acik forum
Jentik nama di benang pun taboleh padahal memasinb cirit ot memanjang

Ngai ni mungkin disayangi dan dibekap sbb sheol ugly privilege (sama mcm pretty privileges) dan dicurangi
Quote ragazza 29-4-2026 07:08 PM
Sendawg replied at 29-4-2026 05:59 PM
Memang lah. Ramai enabler pembackup hanya lah sbb isteri disakiti. Ngai, Nurin, Kemek, people alwa ...

masukkanlah sekali kebab dalam list tu
Quote seibei 29-4-2026 07:19 PM
penmerah replied at 29-4-2026 06:46 PM
Pompuan ni hodoh rupa ...hodoh jua perangai
Jangankan kata tololngai diluar sana... dalam forum pun  ...

ugly privilege
Quote Minami2013 29-4-2026 07:34 PM
Kesian anak2 yg di sekat jumpa bapak sbb dendam kesumat mak dgn bapak nya. Penganiayaan mak kpd anak2 yg dinafikan hak utk dpt kasih sayang dan perhatian seorang ayah.
Quote Missterry 29-4-2026 07:46 PM
Edited by Missterry at 29-4-2026 07:50 PM

Bagus HR ni..demi anak2 ..dia pun follow dah ig ex wife dia sekarang.. wife baru dia pun supportive ye.. tahniah jadi matang.. semoga ex wife terbuka hati untuk berbaik demi anak.. amin ...

Bukan nak compare tapi saya sangat suka cara Faz mengutamakan kebahagiaan anak..apa saja konflik dia dengan bekas suami, dia tak libatkan anak dia. Anak dia always dapat jumpa ayah dia, even on his wedding day.. semoga kita semua pun dapat mencontohi Faz.. i know kat porem ni ramai tak suka Faz tapi bab anak, Faz memang contoh terbaik (as a public figure).
Quote Farnor 29-4-2026 07:52 PM
BungaKencana replied at 29-4-2026 05:30 PM
seru lg... MKL manaaaa

Sdah seru tapi takde respon pun hahahaha.

Lihat semua komen(164)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2026 12:35 AM GMT+8 , Processed in 0.231298 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top