|
DEMI melangsaikan hutang mencecah RM1.49 juta, seorang pelakon wanita dari China sanggup menghasilkan kandungan video lucah dan menjualnya kepada orang ramai.
Pelakon yang dikenali sebagai Lisa itu berkata, dia terpaksa menggunakan jalan tersebut bagi menyelesaikan beban kewangan yang ditanggung sejak beberapa tahun lalu. Menurut Lisa, masalah itu bermula selepas dia membenarkan seorang rakan menggunakan namanya untuk membuat pinjaman bagi membuka restoran. Namun rakannya didakwa melarikan diri bersama wang pinjaman berjumlah USD158,000 (RM744,000), menyebabkan dia terpaksa menanggung hutang tersebut. Jumlah itu kemudian bertambah apabila dicampur dengan hutang peribadinya sendiri. Pada 25 April lalu, Lisa muncul dalam siaran langsung di saluran SWAG yang dikenali sebagai antara platform penstriman dewasa terbesar di Asia. Dalam siaran berkenaan, dia dilihat menjalani sesi urutan bersama seorang pelakon lelaki sebelum berlaku insiden tidak sengaja mendedahkan bahagian dada. Bagaimanapun Lisa tidak berasa malu dengan tindakannya itu. "Payudara saya milik saya, dan saya berhak menunjukkannya kepada sesiapa yang saya mahu," katanya. Kredit : mstar
|
KamikuP: Bawah mesti bushy khuenzz.. ek ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-5-2026 02:54 PM GMT+8 , Processed in 0.031250 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.